1

400 66 12
                                    

Kim Hyun's ❀

"I'm sorry, mungkin ini kedengaran agak mustahil tapi saya amnesia. Awak siapa ya?"

Pandangan itu. Riak mukanya. Kerutan di dahinya saat melihat aku. Aku masih ingat semuanya dengan jelas dan itu membuatkan aku bertambah sedih.

Dia tak ingat aku. Dia dah lupakan semua memori indah kami berdua. Paling perit, dia dah tak ada perasaan pada aku. Dia tak tahu apa-apa.

Aku hanya lah orang asing baginya.

Aku ingatkan aku dah terima kenyataan tapi..

Sejak terserempak dengan Jungwon aku terus menangis tanpa henti, tak makan, makan tak lalu, mandi tak basah. Aku jatuh sakit.

Sekarang genap empat hari aku demam.

Sampaikan ibu terpaksa batalkan penerbangan ke Jepun. Kami masih berada di Korea.

Secara tiba-tiba aku teringat kejadian beberapa hari lalu dimana Jungwon mengutip plushie tanpa mengetahui itu pemberian daripada aku.

Aku tersenyum kelat. "Semua ni salah aku. Maafkan aku, Jungwon"

Andai masa boleh diputarkan kembali, aku ingin menyelamatkan Jungwon dari kemalangan dan aku ingin memperbaiki segalanya. "Aku nak kau tahu tentang perasaan aku yg tak pernah berubah"

Aku mula tersedu-sedu dan memukul dada yg terasa sangat sakit. "Ah aku benci diri aku!"

"Hyun?! Jangan macam ni" Yoon menerjah masuk untuk menghentikan perbuatan aku. Dia memegang tangan aku tapi aku terus melakukan hal yg sama. Memukul dada sambil menangis.

"Jungwon tak ingat aku. Dia tak tahu aku siapa. Aku sakitkan dia sebelum berpisah. Macam mana aku boleh okey?"

Yoon memeluk aku dengan erat. "Sabar dulu. Mungkin memori dia akan kembali lepas beberapa bulan, siapa tahu?"

"Mustahil. Aku nak betulkan semuanya. Sekurang-kurangnya aku nak dia hidup macam dulu, aku tak nak dia kehilangan memori. Semua ni salah aku"

"Jangan salahkan diri kau, Hyun"

"Makan lah" Ujar Yoon, dia meletakkan bubur ke atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Makan lah" Ujar Yoon, dia meletakkan bubur ke atas meja. Aku melihat bubur itu dengan pandangan kosong.

"Aku tak ada selera"

"Makan lah, Hyun. Dah berhari-hari kau macam ni. Bahaya" Pujuk Yoon lagi.

Sejujurnya aku menghargai usaha dia menjaga aku yg sakit ni. Tiap hari dia datang ke sini. Aku menggelengkan kepala. "Nak minum air je"

Dia mengeluh sebelum menghulurkan segelas air. Aku tersenyum kecil lalu meletakkannya ke atas meja semula. Yoon memandang aku keliru. "Aku nak tidur"

"Hyun.."

"Tak apa. Lepas bangun tidur nanti aku janji akan makan, okey?"

Dia mengeluh sebelum menganggukkan kepalanya dengan ragu-ragu. "Aku balik dulu tau. Dah lewat dah ni"

Aku sekadar menganggukkan kepala.

Selepas Yoon pergi, aku mula menangis seperti biasa. Aku menggigit selimut untuk menghalang suara tangisan aku didengari ibu diluar.

Aku mungkin nampak macam orang bodoh sekarang tapi aku tak boleh buat apa-apa.

Perasaan aku terhadap Jungwon tidak pernah sesekali berkurangan. Aku tak pernah berhenti mencintainya sejak berumur 8 tahun. Memang gila.

Aku mengelap air mata sebelum bangun dan mengheret kerusi ke hadapan jendela. Aku duduk disitu dan merehatkan kepala sambil menikmati angin malam.

"Kim Hyun"

"Oh. Apa hubungan kita?"

Air mata membasahi pipiku sekali lagi. "Sepatutnya aku tak tolak perasaan kau. Kalau tak, mesti semua ni tak pernah jadi. Mesti kita dah hidup bahagia" Aku melihat langit yg dihiasi bintang.

Cantik. Indah.

Tapi tetap terlihat menyedihkan dimata aku.

Aku rasa semua ni salah aku.

Keluarga aku yg bahagia dulu, semuanya dah hancur. Jungwon seorang je yg mampu buatkan aku gembira, tapi apa yg terjadi? Dia tinggalkan aku.

Aku memejamkan mata.

"Ku mohon putarkan lah masa kembali. Aku ingin memperbaiki semuanya. Aku ingin kembali ke dunia 17 tahun"

Usai berdoa, aku terus membaringkan diri ke atas katil dengan harapan keajaiban benar-benar akan berlaku.

Walaupun mustahil. Aku tetap berharap.

 Aku tetap berharap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝Happy Ending : Season 2❞ + JungwonWhere stories live. Discover now