16

255 63 15
                                    


Sepanjang waktu sekolah hari ni Jungwon dan Hyun tak banyak berborak sangat. Bukannya saling mengabaikan satu sama lain tapi rasa kekok sebab selalu sangat bertengkar.

Hyun menilik jam tangannya sekilas. 11pm. Selepas itu dia melihat ke luar tingkap, hujan turun dengan sangat lebat hari ini. Keluhan berat dihembuskan.

Tiada payung lagi. Kenapa lah nasibnya malang sangat.

"Hyun, cepat lah. Jum balik dengan aku. Ayah aku dah tunggu kat bawah tu"

Dia menolak pelawaan rakan baiknya itu dengan lembut. "Tak apa. Aku ada basikal"

"Macam mana kau nak bawa basikal dalam hujan macam ni? Nanti kau jatuh sakit, susah"

"Tak apa. Dah biasa. Pergi je lah, pandai pandai lah aku pinjam payung dekat orang lain nanti"

"Ish kau ni" Yoon mengangkat panggilan daripada ayahnya. Tak lama kemudian, dia memasukkan telefon ke dalam poket semula. "Cepat lah! Ayah aku suruh cepat ni"

"Aku lama lagi. Nak salin karangan lagi"

"Ala nanti aku bagi tiru lah, jum"

"Yoon, tak apa"

Yoon mengeluh. Terpaksa mengalah. Dia melihat rakannya itu dengan risau. "Okey lah. Jaga diri elok-elok, bye!" Gadis itu berlari keluar.

20 minit kemudian,
Tinggal Hyun seorang didalam, masih gigih menyalin semua yg tertulis dipapan putih. Langsung tak mengeluh.

Tiba-tiba datang seseorang menghampiri tempat duduknya. Hyun melihat payung yg sudah diletakkan diatas meja, tidak mendongak untuk melihat wajah si pemberi.

"Jum balik dengan aku"

"Kita kongsi payung"

Suara ni. Dia gembira mendengarnya. Nampaknya tekaannya benar. Akhirnya dia mengangkat muka, membalas pandangannya. Yang Jungwon.

"Jungwon? Kau tak balik lagi?"

Pemilik nama itu tersenyum manis. "Ya. Tadi aku tolong cikgu Hwang kejap"

"Ohh"

Lantas, Hyun meletakkan buku-buku teksnya ke dalam loker yg terletak dibelakang. Selepas itu dia memasukkan telefon pintar, earphone dan buku latihannya ke dalam beg.

Belum sempat dia menggalas beg itu Jungwon sudah terlebih dahulu mengambilnya, membawa dengan sebelah bahu tanpa berkata apa-apa. Hyun memandangnya keliru.

"Jum" Lelaki itu mengajak sekali lagi, menarik tangannya lembut. Hyun automatik mengikuti setiap langkahnya.

Jantungnya berdegup dengan pantas. Mungkin kerana sudah sekian lama dia tidak merasakan sentuhan lelaki tu.

Mereka berdua berhenti diluar kelas. "Buka lah payung tu" Arah Jungwon.

Hyun yg sibuk mengamati wajahnya tadi mula gelabah membuka payung. Masalahnya, dia pendek daripada lelaki tu jadi agak susah nak angkat tinggi-tinggi.

"Pfft" Jungwon ketawa kecil, terhibur melihatnya panik.

Dia memegang batang payung ditempat Hyun masih memegang menyebabkan tangan mereka berdua tersentuh lama. Hujan deras, mesti lah sejuk. Tapi sekarang Hyun rasa panas, lagi-lagi pipinya.

Gadis itu menurunkan tangannya perlahan tetapi Jungwon tidak melonggarkan genggaman sebagai tanda ingin terus bersentuhan dengannya.

Ditenungnya iris mata gadis itu dalam-dalam. "Aku nak minta maaf lagi"

"Y-ya?" Hyun tak tahu harus memberikan respon bagaimana. Yg dia tahu, dia malu sekarang.

"Aku janji takkan sakitkan kau lagi"

Ff ni dah tamat dalam draft, patut kah aku publish semua chapter sekaligus? 👹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ff ni dah tamat dalam draft, patut kah aku publish semua chapter sekaligus? 👹

❝Happy Ending : Season 2❞ + JungwonWhere stories live. Discover now