3 hari kemudian, tiada apa-apa yg berubah semuanya masih tetap sama. Jungwon dan Hyun tidak pernah berkomunikasi lagi. Dia pun tak tahu kenapa. Sekurang-kurangnya tanya lah bagaimana keadaan dia sekarang. Ni tak, diam terus.
"Yoon, kau rasa aku ada buat salah lagi ke?"
Yoon menggulingkan biji matanya sakit hati. Bodoh sangat lah kawan dia ni. Dia tak salah apa-apa dan sepatutnya dia yg marahkan lelaki tu sebab tak kisah pasal dia langsung. Tapi dia masih sempat fikirkan perasaan lelaki tu.
"Kau tak salah apa-apa pun. Jungwon tu je yg bodoh"
"Eh, jangan macam tu" Hyun tersenyum kelat.
Yoon menjelingnya. "Dia tak kisah pasal kau Hyun. Kau hampir lemas tau. Tapi dia pergi selamatkan Yeeun yg reti berenang tu. Kau masih fikirkan dia?"
"Itu hak dia nak selamatkan siapa. Kita tak boleh salahkan dia"
Jawapan daripadanya membuatkan dia semakin sakit kepala.
Jungwon melangkah masuk ke dalam kelas. Hyun segera bangun dan menghampirinya. "Kau masih marahkan aku ke? Maaf"
Lelaki itu terus diam seakan-akan tak sedar akan kewujudannya.
"Jungwon, aku minta maaf. Jangan lah marah aku lagi"
"Macam mana aku tak marah bila kau tolak Yeeun dalam kolam renang? Aku kecewa dengan kau tau. Pasal haritu aku boleh terima lagi, tapi kali ni kau dah melampau" Suaranya meninggi, semua orang dapat mendengarnya.
Sekali lagi, Hyun rasa dimalukan dihadapan pelajar lain. Semua orang perlahan-lahan melupakan kejadian tempoh hari tapi datang pula masalah baru.
"Ha?" Dia tak tahu harus memberikan respon bagaimana. Dia tak sangka pun perempuan tu akan tuduh dia macam ni.
"Dia sendiri bagitahu aku. Kau tolak dia"
Mata Hyun mula berkaca-kaca, sangat kecewa. "Aku tak pernah tolak dia. Kau tak percayakan aku ke?"
Jungwon menundukkan kepala. Sebenarnya dia lebih percayakan Yeeun berbanding Hyun sendiri. Tapi dia tak mahu perempuan tu terasa dengan jawapannya jadi dia lebih memilih untuk mendiamkan diri.
Air mata gadis itu menitis. "Suka hati kau lah nak percaya yg mana satu. Tapi aku betul-betul tak buat"
Dia keluar sambil mengelap air matanya.
Jungwon memejamkan matanya. Rasa bersalah. Salah dia ke? Penjelasan siapa yg betul sebenarnya?
Yoon memberikannya pandangan tajam sebelum membuntuti Hyun. Jungwon terduduk sebaik sahaja dua kawan baik itu keluar. Dia mengusutkan rambut.
Yoon mencari kawan baiknya itu dimerata-rata tempat, tapi tetap tak jumpa. Dia mengeluh. Risau.
Disini lah Hyun menangis didalam tandas, dia cuba sebaik mungkin untuk tidak membuat sebarang bunyi.
"Aku tersilap langkah ke? Macam mana semuanya boleh berubah seteruk ni?" Dia berbisik perlahan.
"Dari mana salahnya? Aku tak boleh salahkan sesiapa sebab semua terletak ditangan aku" Dia memukul kepalanya sendiri. Cuba berfikir dimana terletak kesalahannya.
"Ah aku tak tahu"
Air matanya mengalir semakin deras.
Yoon membawa langkah kakinya masuk ke dalam kelas. Tadi dia makan seorang diri. Entah ke mana kawannya itu menghilang. 3 orang murid lelaki sedang bergelak ketawa dibelakang, seronok menonton satu video. Mula-mulanya dia tak nak ambil tahu pun tapi bila mendengar nama rakan baiknya disebut dia terus bangun.
"Perempuan tu mula dulu tapi Hyun yg terpaksa minta maaf pfft"
"Nampak sangat Hyun sukakan Jungwon"
Dia merampas telefon pintar mereka tanpa teragak-agak.
"Eh Yoon"
"Korang takkan sebarkan video ni kan?" Dia bertanya tegas, lebih kepada memberikan amaran.
3 orang pelajar lelaki itu meneguk air liur sendiri tanda takut, mereka menganggukkan kepala perlahan. "Ya. Jangan risau"
Tanpa izin, dia terus membawa telefon itu dan menunjukkan video-video tersebut kepada Jungwon. Harap-harap lah kali ini lelaki tu akan mempercayai Hyun.
Bukti dah ada.
Kalau dia tak percaya juga.
Entah lah.
YOU ARE READING
❝Happy Ending : Season 2❞ + Jungwon
RomansaHyun selalu berdoa agar masa boleh diputarkan semula. Mengubah masa lalu dan menggunakan semua peluang yg dia pernah lepaskan dulu. Dan tak sangka, Doanya dimakbulkan. ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 29 October 2021 Start : 02...