13

255 59 32
                                    

Malang sungguh nasibnya,

Hari ini dia, Jungwon dan Yeeun sama-sama terlambat ke sekolah. Mereka bertiga mendapat denda yg sama. Membersihkan kolam renang sekolah. Tiga orang itu melepaskan keluhan.

Belum mula lagi Yeeun sudah merungut. "Ee apa ni. Dah lah alat pembersih swimming pool tu berat"

Jungwon ketawa kecil. "Tak apa, aku boleh gantikan kau. Kau rehat je lah dekat sana" Dia mengusap kepala gadis itu lembut.

Yeeun tersenyum gembira tapi senyumannya lenyap begitu saja tatkala matanya bertemu Hyun. Hampir lupa perempuan tu ada disini. Dia menjelingnya tajam.

Malas melayan. Tanpa berlengah lagi, Hyun segera mencapai alat pembersih kolam renang itu dan terus membuat kerja.

Beberapa minit kemudian,
Yeeun masih bergoyang kaki dibelakang, dia memerhatikan wajahnya didalam cermin sedangkan Hyun dan Jungwon semakin penat terus membersihkan kolam renang tanpa berehat.

Jungwon meletakkan alat pembersih kolam. "Aku nak pergi tandas kejap" Pamitnya. Dua orang gadis itu tidak tahu ingin membalas apa jadi mereka berdua hanya sekadar menganggukkan kepala.

Hyun menyambung sesi membersihkan kolam renang tanpa banyak cakap. "Kau fikir kau princess ke tak buat apa-apa?" Dia memerli perempuan itu tanpa memandangnya.

"Apa kau cakap?" Yeeun menghampirinya lalu merampas alat pembersih kolam renang itu dan dihempaskan kuat.

"Aku cakap, kau fikir kau princess ke tak buat apa-apa dekat belakang tu?"

"Kalau cemburu, cakap. Aku tahu lah Jungwon tak kisahkan kau lagi"

Hyun berdecit. "Aku tahu kau tak sukakan dia. Kenapa kau tiba-tiba berubah hati? Kau ada niat tak baik kan?"

Yeeun terdiam seketika. Nampaknya betul tekaan Hyun tadi. "Suka hati aku lah" Dia menolak Hyun jatuh ke dalam kolam renang tanpa teragak-agak.

"Ah!"

Jungwon yg terdengar jeritan itu terus bergegas ke kolam renang. Matanya terbuka luas apabila melihat dua orang gadis itu sudah berada didalam air dan hampir lemas.

Lantas dia masuk ke dalam air dan menyelamatkan Yeeun.

Padahal perempuan tu pandai berenang.

Tapi Hyun, tak pandai dan tak pernah berenang.

Mujurlah Yoon datang pada waktu yg tepat, dia terus berlari untuk menyelamatkan Hyun yg masih berada didalam air. "Kenapa kau tak selamatkan Hyun dulu! Dia tak pandai berenang bodoh!" Sempat dia memarahi Jungwon sebelum masuk ke dalam air.

Terdiam lelaki itu.

Tak kisah baju seragam basah, sekarang didalam fikirannya dia hanya ingin menyelamatkan Hyun. Dia cuba mengangkatnya tapi dia memerlukan bantuan.

"Jungwon tolong aku angkat dia!"

Jungwon menyandarkan Yeeun didinding sebelum melangkah ingin membantu Yoon tapi pergelangan tangannya ditarik. "Aku kesejukan"

"Cepat lah!"

Dia berdiri disitu, tak tahu harus mendapatkan selimut buat perempuan ni dulu ataupun membantu Hyun.

"Tak payah! Aku boleh buat sendiri"

Akhirnya dia berjaya meletakkan Hyun diatas. Nasib baik dia datang pada waktu yg tepat jadi rakannya itu baik-baik sahaja. Cuma tertelan sedikit air. Dia terbatuk-batuk.

"Jungwon, tolong ambilkan selimut--" Terputus ayat Yoon saat melihat lelaki itu sudah pergi untuk mendapatkan selimut buat Yeeun.

"Lelaki tak guna" Marah Yoon sebelum mendukung Hyun dibelakang, gaya piggy back. Sempat dia menjeling Yeeun sebelum meninggalkan tempat itu.

Tak lama kemudian Jungwon datang membawa dua selimut ditangannya. Tapi, sudah terlambat.

 Tapi, sudah terlambat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝Happy Ending : Season 2❞ + JungwonWhere stories live. Discover now