Hyun berehat didalam bilik rawatan sebagai alasan untuk melangkau kelas yg seterusnya. Lututnya yg cedera pun tidak terasa, tiada lebih sakit berbanding hatinya sekarang.
Sudah semestinya hatinya terluka. Dia kembali ke masa lalu untuk hidup berbahagia bersama Jungwon tapi ini pula yg terjadi.
Mungkin lebih baik jika dia berdiam diri dan menerima takdir yg sudah tertulis. Tapi, dia tak sanggup dan tak boleh melupakan lelaki itu.
Hyun membaringkan diri ke atas katil, air matanya terus mengalir tanpa henti. "Aku tersilap langkah ke? Macam mana Yeeun tiba-tiba berubah hati? Dari mana salah aku ni?"
Jungwon mengerutkan dahi apabila melihat tempat duduk Hyun masih kosong, perasan sudah 3 kelas gadis itu terlepas. Dia menghampiri Yoon yg sedang sibuk menulis. "Yoon, Hyun pergi mana?"
"Oh dia kata dia sibuk tolong cikgu Hwang dekat bilik guru. Eh? Kenapa aku bagitahu kau"
Jungwon menganggukkan kepala sebelum menanyakan soalan lagi. "Dia dah sihat ke?"
"Dia dah okey sikit. Tapi belum sihat sepenuhnya. Eh kenapa kau nak tahu?" Yoon meletakkan pensil dengan kasar.
Jungwon tidak menjawab sebaliknya dia kembali ke tempat duduknya dan menghantar mesej kepada Hyun.
Hyun🧁
Kau dekat mana? √√
seen"Eh? Kenapa dia tak balas?"
Disebabkan rasa tak sedap hati dan risau, dia pun memutuskan untuk mencari dimana Hyun berada.
Pertama sekali dia menuju ke bilik guru. Semua pandangan cikgu-cikgu didalam jatuh kepadanya. Hyun tiada dan itu membuatkan dia semakin risau. Sempat dia membongkok sebagai tanda meminta maaf sebelum mencari keberadaan gadis itu ditempat lain.
Dia mengeluh sebaik sahaja keluar daripada bilik sains. Tiada juga. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu dan terus berlari ke bilik rawatan.
Dia menapak masuk ke dalam dengan berhati-hati, tak mahu membuat bunyi, risau 'pesakit' lain terganggu. "Hyun" Dia berbisik.
"Hyun"
"Kau ada dekat sini kan?"
Jungwon berhenti dihadapan katil seolah-olah tahu Hyun berbaring disitu. Dia menolak langsir perlahan, keluhan kecil dilepaskan saat melihat perempuan itu berbungkus didalam selimut.
"Hyun, kau tidur ke? Aku risau tengok kau tak masuk kelas"
Hyun yg sedang menangis didalam terus menekup mulutnya dengan rapat, menahan diri daripada membuat bunyi.
Jungwon diam seketika, menunggu respon daripadanya. Tapi Hyun tidak mengatakan apa-apa.
"Aku penat tau cari kau merata-rata tempat, aku excited nak bagitahu something ni"
"Yeeun ajak aku getback tadi"
Semakin deras air mata Hyun mengalir.
Aku dah lama tahu, Jungwon. Apa motif kau bagitahu semua ni?"Kau tak nak ucapkan tahniah ke?"
"Hm tak apa lah. Nanti kau bangun aku bagitahu. Aku masuk kelas dulu tau. Get well soon."
Jungwon membawa langkah keluar dari bilik rawatan. Hyun terus membuka selimutnya. Peluh dan air mata dilap perlahan. Lama dia termenung.
'Mungkin aku patut biarkan Jungwon dan Yeeun bersama. Dengan itu Jungwon takkan amnesia lagi'
"Dah bangun?"
Terhinjut bahunya saat mendengar suara Jungwon. Lelaki itu mengambil tempat duduk disisi katil. Dia menunjukkan senyuman tak bersalah.
"Aku dah agak kau pura-pura tidur"
Hyun mengalihkan pandangan ke luar tingkap. "Dan kau pura-pura masuk kelas"
"Oh? Lutut kau berdar-"
"Tak ada apa-apa" Laju Hyun memotong, dia menutupi lututnya menggunakan selimut semula.
"Mana boleh macam tu. Kotor selimut tu nanti" Balas Jungwon sebelum menarik selimut perlahan. Dia menyeluk sesuatu didalam poket.
"Lantak lah" Hyun menjeling ke atas, dia cuba merampas selimut itu tapi Jungwon menguatkan lagi genggamannya.
Kekuatan lelaki tu luar biasa.
"Ish, lepas lah!"
"Kenapa kau marah sangat ni? Aku ada buat salah ke?"
Jungwon mengeluh lalu melekatkan plaster dilutut gadis itu. Akhirnya dia melepaskan tangannya. "Aku minta maaf kalau aku ada buat salah" Ucapnya lembut.
Hyun terdiam. Tak tahu nak balas apa lagi.
"Kenapa hidung kau merah? Kau baru habis nangis ke?"
Kantoi. Akhirnya dia membalas, sengaja marah-marah bagi menutup rasa malu. "Ish buat apa kau letak benda ni? Semua ubat-ubatan kan dah disediakan dekat dalam bilik ni?"
Jungwon tidak membalas lagi. Dia hanya mengamati wajah cemberut yg dipasang oleh gadis itu. Senyuman nipis terbit dihujung bibirnya.
YOU ARE READING
❝Happy Ending : Season 2❞ + Jungwon
RomanceHyun selalu berdoa agar masa boleh diputarkan semula. Mengubah masa lalu dan menggunakan semua peluang yg dia pernah lepaskan dulu. Dan tak sangka, Doanya dimakbulkan. ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 29 October 2021 Start : 02...