33

287 57 41
                                    


33 : Special Chapter  [Edited]

❝I saw that you were perfect, and so I loved you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝I saw that you were perfect, and so I loved you. Then I saw that you were not perfect and I loved you even more❞


"Eh dia sibuk ke?" Hyun merenung skrin telefon miliknya dengan dahi berkerut sebaik sahaja panggilannya ditolak oleh Jungwon. Tak tipu, dia rasa agak sedih. Tapi tak nak melebih lebih jadi dia pun meletakkan telefon pintar itu ke atas meja tanpa mencuba sekali lagi.

"Mungkin dia sibuk. Tak apa. Sekarang dia 20 tahun. Bukan 17 lagi" Katanya, cuba untuk memahami teman lelakinya.
Tiba-tiba telefon pintarnya berdering semula. Dia mengangkat panggilan itu tanpa membaca nama kenalan.

"Sorry, tadi aku memang nak jawab tapi tak sengaja tertolak pula"

Jungwon. Automatik dia tersenyum. "Tak apa. Aku ingatkan kau sibuk tadi"

"Tak pun. By the way, buat apa call malam-malam ni?"

"Awal lagi lah. Baru 11:54pm hehe. Ingat tak esok hari apa?" Hyun bertanya lagi. Cuba memastikan sama ada lelaki itu mengingati hari lahirnya ataupun tidak.

"Hmm kejap. Oh. Happy New Year, kan? 2022"

Senyumannya lenyap begitu sahaja. Pertama kali Jungwon boleh melupakan hari penting begitu. Disebabkan terlampau sakit hati, Hyun terus menamatkan panggilan tanpa berkata apa-apa.

"Bengap punya lelaki"

Kakinya menyepak udara sambil menjerit geram. "Ee macam mana dia boleh lupa birthday girlfriend dia sendiri!"

Tiba-tiba satu pesanan masuk. Dia mencapai telefon pintar tersebut sambil memasang wajah cemberut.

my world <3

Marah betul kau ya?
Sampai ke sini aku dengar
suara kau menjerit.

Tak kelakar lah √√

Hm buka lah pintu ni
Sejuk lah.

"Eh? Dia ada dekat luar ke?"

Dia bingkas bangun dari katil dan langsung bergegas ke luar. Terpancar senyuman ceria dimuka Jungwon sebaik sahaja pintu dibuka. Kek diangkat tinggi. "Happy birthday to the love of my life!"

Hyun ketawa kecil. Bahunya dipukul perlahan. "Kau ni kan.. aku ingatkan kau tak ingat birthday aku"

"Mana boleh lupa. Nah pegang kek ni. Kita pergi Chamber 5"

❝Happy Ending : Season 2❞ + JungwonWhere stories live. Discover now