12

263 61 34
                                    

Kali ini giliran Hyun pula terhegeh-hegeh ingin berbaik dengannya. Kalau dulu dia yg mengabaikan lelaki tu tapi sekarang dia pula yg diabaikan.

Suasana di dalam bilik seni begitu sunyi sehingga ia mampu mendengar suara pernafasan murid di sampingnya. Mata semua orang fokus melihat papan lukisan sementara tangan sibuk menari diatas kertas.

Hyun berbisik memanggil nama Jungwon. "Jungwon!"

Pemilik nama itu memekakkan telinganya. Terus mengabaikan Hyun. "Jungwon. Kau ingat tak masa aku abaikan kau haritu, kau ada ajak aku beli plushie baru. Jum kita pergi esok. Nak tak?" Dia cuba memujuk.

Jungwon tidak membalas. Tiada emosi terlakar diwajahnya. Mustahil kalau dia tak dengar.

"Jungwon--"

Hyun mengalah saat dia keluar begitu sahaja.

Keesokan harinya, Hyun sudah sedia berdiri diluar pagar rumah milik keluarga Yang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keesokan harinya, Hyun sudah sedia berdiri diluar pagar rumah milik keluarga Yang. Dia tahu lelaki tu belum bersetuju untuk pergi membeli plushie bersamanya hari ini tapi dia tetap menunggu. Siapa tahu, dia menukar fikiran?

Dia melihat wajah sendiri melalui kaca telefon, tiada apa-apa yg kurang tapi dia tetap risau tanpa sebab. Bila jatuh cinta, ini lah yg terjadi. Perkara kecil pun diperhatikan dengan teliti.

"Cantiknya aku hari ni. Nasib baik ada Yoon tolong make up kan" Dia tersenyum manis. Teruja melihat reaksi Jungwon sebentar lagi.

Dia memasukkan telefon ke dalam poket semula. Dahinya berkerut ketika sebuah kereta berhenti dihadapannya. Jungwon dan Yeeun keluar dari perut kereta secara serentak.

Ternyata Jungwon tidak berada di dalam rumah sejak tadi. Dia menunggu sesuatu yg tiada. Macam orang bodoh. Dia penat-penat bersiap tapi lelaki tu keluar dengan perempuan lain.

Jungwon berhenti, terkejut melihat keberadaannya disini. Dia hampir bertanya, tapi baru teringat perempuan ni lah yg melayan Yeeun seperti sampah tempoh hari.

Dia memutarkan tubuh, menukar arah dan mula membuka langkah tapi Hyun cepat-cepat menarik hujung bajunya. "Jungwon, jum lah beli plushie dengan aku. Kau nak kan? Aku boleh belanja"

"Leave him alone, girl" Celah Yeeun, menjeling menyampah.

"Aku tak nak" Jungwon membalas dingin lalu masuk ke dalam rumah tanpa menoleh melihat wajah Hyun walaupun sekilas.

Malu. Sakit hati. Berjam jam dia bersiap, sanggup meminta bantuan daripada Yoon, teruja, gembira tapi ini pula yg dia dapat. Ditolak dan lelaki tu sedang berseronok keluar dengan perempuan lain. Orang yg dia lebih suka.

Dia mula menangis. Perasaan ni, dia tak mahu rasakan lagi.

"Kasihan"

Kata Yeeun, dia ketawa kecil sebelum masuk ke dalam kereta.

Sejujurnya rasa sakit yg dia rasakan semalam masih belum hilang sepenuhnya tapi itu tidak menghentikan dirinya dari meminta maaf kepada Jungwon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejujurnya rasa sakit yg dia rasakan semalam masih belum hilang sepenuhnya tapi itu tidak menghentikan dirinya dari meminta maaf kepada Jungwon. Dia bangun awal hari ni, berharap dapat bertemu dengannya diperhentian bas.

Dia berhenti melangkah saat matanya menangkap kelibat lelaki itu. Tapi ada Yeeun bersamanya.

Kenapa perempuan tu ada disini? Yeeun pun tinggal disekitar sini ke? Fikir Hyun.

"Itu ke perempuan yg kau selalu cerita dekat aku? Aku ingatkan dia kawan yg baik buat kau tapi- rude gila dekat aku" Yeeun bercakap tak puas hati.

Hyun terdiam. Diorang cakap pasal dia ke?

"Mungkin dia tak sengaja tolak kau" Jungwon membalas, cuba sebaik mungkin untuk tidak memburuk-burukkan imej Kim Hyun.

Yeeun menggenggam penumbuk dan memukul pahanya perlahan. Dia mencebik. "Dia tak sengaja? Dia sendiri yg tarik rambut aku"

"Ni. Kepala aku masih sakit tau" Dia menunjukkan kawasan yg ditarik oleh Hyun tempoh hari.

Jungwon tersenyum kecil sebelum mengusap dan meniup kepala perempuan itu. "Sakit lagi ke?"

Hyun yg sedang menyaksikan semua itu hanya mampu menggenggam hujung kainnya. Bibir bawah digigit. Cemburu. Sakit hati. Dua orang tu bercakap buruk tentangnya dibelakang.

Entah bagaimana Yeeun dan Hyun tak sengaja berpandangan. Yeeun melambai kecil ke arahnya.

Makin sakit hati dia dibuatnya.

Tiba-tiba Yeeun merehatkan kepalanya ke atas bahu Jungwon, sengaja membuat Hyun rasa seperti bukan sesiapa bagi lelaki itu.

Dapat dia lihat reaksi Jungwon, dia kelihatan sangat suka dan mula tak senang duduk kerana gemuruh. Tapi tangannya perlahan-lahan membelai kepala perempuan itu. Dia tersenyum.

Hyun segera meninggalkan tempat itu.

Hyun segera meninggalkan tempat itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝Happy Ending : Season 2❞ + JungwonWhere stories live. Discover now