"Hyun?"Aku tersentak sebaik sahaja mendengar satu suara memanggil namaku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Taman? Aku yakin sekarang aku berada ditaman Chamber 5, tempat dimana aku meluahkan perasaan pada Jungwon beberapa tahun lalu.
Mimpi?
Dedaun yg bertaburan diatas tanah berterbangan apabila ditiup angin. Tiba-tiba bahu aku dicuit menyebabkan aku melihat wajah si dia.
"Kau nak cakap apa tadi?"
Yang Jungwon?
Dia betul-betul berada dihadapan mata aku. Pandangannya, riak mukanya, tiada kerutan didahi menujukkan dia kenal aku. Aku rindu pandangan ini. Mata aku mula berkaca-kaca.
Rindu.
"Hyun kau-"
Ayatnya terhenti sebaik sahaja aku memeluk tubuhnya dengan erat. Aku mula menangis, tidak menghiraukan pandangan orang lain. "Aku rindu kau sangat-sangat"
"Em. Kau nak cakap ni je ke?" Dia bertanya.
Ah suaranya. Aku rindu.
Walaupun doa aku tak menjadi kenyataan, aku tetap bersyukur mimpikan dia macam ni.
Aku sedikit terkejut ketika tangannya mengusap belakangku. "Kau tak okey ya?"
Semakin kuat aku menangis. Dia tak tahu ke aku nangis sebab dia?
Dia meleraikan pelukan tapi tangannya masih memegang kedua-dua bahu aku, dia memandang aku risau. "Kenapa? Ada sesiapa ganggu kau ke?"
"Tak ada. Aku nangis sebab terlampau gembira dan sedih dalam yg masa"
Dia kelihatan teragak-agak untuk mengusap kepala aku. Aku meneguk liur. Sentuh lah. Sentuh. Please..
Akhirnya tangannya mendarat diatas kepala aku, dia mengusap lembut. Aku tersenyum gembira. "Aku tak tahu sebab kau jadi macam ni tapi jangan lah nangis lagi. Okey?"
Aku menganggukkan kepala. Laju betul angin aku berubah.
Sekarang, aku gembira. Dah lama aku tak rasa perasaan ni.
"Jadi kita nak pergi mana lepasni?" Dia bertanya.
Aku abaikan soalannya."Panjang juga rupanya mimpi ni. Dah lah rasa nyata sangat" Bisikku perlahan.
Aku merenung tangannya. Aku nak pastikan kalau aku betul-betul boleh sentuh dia lagi.
"Hyun?"
Jantung aku bertindak balas, berdegup dengan kencang. Dah lama tak dengar dia panggil nama aku.
Aku meneguk liur sebelum menyentuh tangannya. Dia sedikit terkejut tapi tetap membiarkan aku terus menyentuhnya.
Kenapa rasa nyata sangat?
"..Hyun?"
Entah bagaimana pandangan aku berakhir pada bibirnya. Mungkin kalau aku cuba sikit-
"Hei. Kau tengok apa yg kau dah buat dengan gaun putih kau ni" Dia menarik tangannya perlahan.
Aku terbatuk batuk. Ah tak guna. Apa benda yg aku fikir tadi tu? Pipi aku mula membahang. Malu dengan fikiran sendiri.
Bahaya juga bila fikiran 19 tahun ni.
"Tu" Kata Jungwon. Dia menundingkan jarinya ke arah dada aku.
HA DADA?
Terbeliak mata aku. Sedar akan itu, dia terus meletakkan tangannya lalu berdehem kuat. "Jangan salah faham tapi baju kau terkena aiskrim. Tu"
Aku melihat tempat yg ditunjuk olehnya tadi. Nasib baik betul.
"Biar je lah. Aku boleh cuci"
Dia ketawa sambil menggelengkan kepala. Comel.
"Jum lah"
"Jum pergi mana?" Aku bertanya tak faham.
"Balik rumah. Kita kan janji lepas tengok wayang terus balik. Tak ingat? Kau sendiri yg cakap"
"Ah.." Aku menganggukkan kepala faham.
Tak pernah lekang dengan senyuman. Mata aku terus memerhatikan wajahnya yg tampan sambil tersengih sengih. Kami berdua duduk dibangku yg sama sementara menunggu bas.
Aku mengesot perlahan, merapatkan diri dengannya. Aku bermain jari sambil tersenyum gembira.
"Kau bipolar ke apa? Tadi nangis, sekarang tersengih terus"
"Tak suka tengok orang bahagia cakap" Aku menjelingnya.
Dia ketawa perlahan. "Gurau je"
Aku kembali tersenyum.
Tak lama kemudian, kepala aku tiba-tiba sakit. Aku memejamkan mata. "Ah"
"Eh? Hyun kenapa ni? Kau okey?"
"Aku tak tahu. Kepala sakit sangat"
Dia memegang kedua-dua belah pipi aku lalu meletakkan tangannya di permukaan dahi aku. "Panas ni! Kenapa kau tak bagitahu aku kau sakit?"
Aku kekal diam memandangkan kepala aku terlampau sakit. Tak sangka, kondisi didunia nyata terbawa ke dalam mimpi.
"Kau pucat ni. Hyun. Hyun?" Dia menepuk pipiku perlahan, meminta aku untuk melihatnya.
Tapi aku tak boleh.
Aku memejamkan mata.
Tidak. Jangan tidur, Kim Hyun.
Aku tak nak bangun dari mimpi indah ni.
YOU ARE READING
❝Happy Ending : Season 2❞ + Jungwon
RomanceHyun selalu berdoa agar masa boleh diputarkan semula. Mengubah masa lalu dan menggunakan semua peluang yg dia pernah lepaskan dulu. Dan tak sangka, Doanya dimakbulkan. ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 29 October 2021 Start : 02...