Tak tahu lah. Jungwon tu benak ke ataupun tak waras. Sekarang dia dan perempuan itu makan bersama-sama sambil berborak rancak.
Hyun yg kebetulan lalu disitu menghentikan langkah tatkala matanya merangkap mereka berdua.
Dia mati kata.
Dia yg tak salah diabaikan berhari-hari tapi Yeeun yg benar-benar salah itu malah dimaafkan begitu sahaja. Nampak sangat lah lelaki tu tak pernah fikirkan perasaannya.
"Aku ni bukan siapa-siapa ke bagi kau Jungwon?"
Walaupun begitu, dia tetap cuba berfikiran positif memandangkan dia dan Jungwon baru berbaik semalam. Takkan lah nak gaduh balik kan?
Suka hati dia lah nak maafkan Yeeun ataupun tidak. Mungkin dia tak nak bermusuhan dengan perempuan tu.
Tak apa.
Dia dah janji takkan sakitkan aku lagi.
Yeeun meneguk jus yg dipesannya tadi lalu menukar topik perbualan mereka. "Katakan lah Hyun sukakan kau. Kau nak buat apa?"
"Kenapa kau tiba-tiba cakap pasal ni? Mustahil. Dia takkan sukakan aku"
"Kalau. Kalau dia sukakan kau. Kau terima tak?"
Jungwon diam. Berfikir.
"Tak tahu"
Yeeun tersenyum. "Sebenarnya dia sukakan kau. Dia sendiri cakap dekat aku"
Terbuntang matanya, jujur dia terkejut. Dia putus kata-kata, tak tahu harus memberikan respon bagaimana. Tapi kenapa Yeeun bagitahu semua ni?
"Dia.. suka aku?"
"Ya. Kau akan pilih dia dan tinggalkan aku ke?"
Arah tempat tinggal Jungwon dan Yeeun bertentangan jadi selepas menghantar gadis itu dia perlu berjalan jauh menuju ke rumahnya kembali. Selepas beberapa minit berjalan. Pandangan matanya tak sengaja terkunci pada figura yg sangat dia kenali.
"Hyun? Riki?"
Entah lah. Dia tak suka melihat dua orang itu berduaan. Riki menghulurkan buku latihan kepada Hyun. Gadis itu tersenyum dan melambaikan tangannya ketika Riki pergi.
Jungwon berlari anak untuk mendapatkannya. "Hyun!"
Mendengar namanya diseru. Dia terus menoleh. Yang Jungwon. Dia tersenyum, melupakan apa yg dia lihat di restoran tadi. "Hai Jungwon"
"Riki cakap apa dekat kau?"
"Oh, aku belum siap salin apa yg tertulis dipapan putih semalam jadi aku minta buku latihan dia. Tu je lah. Dia suruh aku tiru"
Jungwon merampas buku latihan milik Riki yg dipeluknya tadi. "Kau tiru aku punya je lah. Nanti aku bagi buku latihan aku" Katanya ikut suka mak bapak dia je.
"Tapi-"
"Tak apa. Aku boleh ambil gambar dan bagi dekat kau melalui mesej"
Dia terpaksa mengalah. "Em okey. Kalau macam tu aku masuk dulu"
"Kejap"
Terasa jari jemari lelaki itu menyentuh pergelangan tangannya. Dia menarik gadis itu perlahan. Pandangan mata mereka berdua terkunci.
"A-apa?"
Jungwon mengangkat dagunya lembut. Tak lama kemudian, pandangannya jatuh ke atas bibir.
Ibu jarinya digerakkan untuk menggosok bibir gadis itu perlahan. "Mulut ni. Bibir ni. Susah sangat ke nak angkat dan jujur dengan aku?"
"Kau sukakan aku, kan?"
YOU ARE READING
❝Happy Ending : Season 2❞ + Jungwon
RomanceHyun selalu berdoa agar masa boleh diputarkan semula. Mengubah masa lalu dan menggunakan semua peluang yg dia pernah lepaskan dulu. Dan tak sangka, Doanya dimakbulkan. ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 29 October 2021 Start : 02...