Bab 16

2K 118 33
                                        

-Fizzah Shah-

Masuk je dalam biliknya yang sudah lama tidak dihuni sejak dia berkahwin, Adlina sebak bila frame gambar arwah mama dan papanya elok terletak di atas meja sisi katilnya.

Dia mengambil frame itu dan mengusapnya lembut, bibir terukir senyuman pahit. Sepahit hidupnya kini.

"Ad gagal mama, papa. Ad gagal pertahankan hak sendiri. Ad gagal bina bahagia dengan dia, Ad gagal bagi apa yang dia nak. " ujarnya lirih dan teresak-esak sendirian.

Kalau tadi dia masih berpura-pura kuat dan teguh di Yazid. Tapi kini dia teresak sendirian menghamburkan kekecewaan dalam dirinya.

Dia meletakkan frame itu kembali dan mula merebahkan badan di atas katil. Matanya terkebil-kebil dengan air mata menuruni pipi melihat syiling putih biliknya.

"Sakit sangat Fayyadh. " dia menepuk dadanya perlahan.

"Lagi sakit sebab kau tak pernah usaha pertahankan rumahtangga kita. Aku benci kau! "

Sekarang rasa sayang tu makin luntur. Cinta tak payah cakap dah lama hilang sejak lelaki tu curang. Nak bagi peluang kedua? Dah banyak sangat bagi peluang sehingga peluang tu dah tak valid untuk Fayyadh.

Bunyi ketukan di pintu, terus dia mengelap air mata dengan bahagian lengan baju.

"Nah simkad baru. Tukar simkad tu supaya Fayyadh tak ganggu Ad. Lepas ni apa-apa keputusan Ad, along tak nak masuk campur. Tapi ingat, jangan bagi orang pijak Ad sesuka hati..."

"Jangan lemah sangat depan orang. Jangan buka peluang kalau berkali-kali disakiti. Along sentiasa sokong Ad. Lepas ni kalau nak turun pakai tudung dulu, kawan along nak datang sini"

Adlina hanya angguk saja melihat kepergian abangnya. Depan orang dia akan bahasakan 'abang Shah' tapi kalau mereka berdua dia panggil 'along' je. Itu Yazid yang tetapkan kerana dia tak nak Fayyadh turut panggil dia dengan panggilan 'along'. Kan dah boleh teka memang dia tak suka Fayyadh dari dulu, tapi dia cuba terima memandangkan Ad sangat cintakan lelaki tu.
Last sekali jadi macam ni.

Tutup je pintu, dia mengeluh memandang simkad baru di tangan.

Dia letak je atas meja dulu. Capai tuala dan terus masuk bilik air untuk bersihkan badan dan rehat. Penat fizikal dan mental.

✨✨✨✨✨

"Mana adik kau? " tanya lelaki bertubuh tegap dan sado itu bila melabuhkan punggung di atas sofa kulit Yazid.

"Kat atas, tengah rehat lah tu. Kenapa tiba-tiba je tanya ni? " pandangan Yazid sudah mencerun ke arah kawan baiknya yang selalu datang melepak disini.

Jangan cakap berkenan dengan adik dia sudah, isteri orang lagi tu.

"Saja je tanya, semalam jumpa nampak juga mukanya, hari ni tak pula. Mana tak tanya kalau tiap kali datang je hadap muka tak berapa handsome kau je. Rimas. "

Amboi kau! Jujur sangat tu...

"Tapi kau datang juga kan? " sindiran Yazid dibalas dengan gelakan nipis.

"Habis tu mana lagi aku nak lepak selain rumah kau? Aku tak suka lepak kafe atau mana-mana tempat selain rumah kau, tak best sebab tak free macam rumah kau. "

Betul apa dia cakap, kalau datang sini free je boleh makan, minum. Nak tidur sampai pagi esok pun boleh tapi dia tak tidur sebab kena kerja keesokan harinya. Kalau weekend pun dia tak datang sebab nak rehatkan diri daripada hadap laptop dan kerja bertimbun kat pejabat tu.

Susuk tubuh seorang perempuan yang turun dari tangga dengan memakai hoodie hitam dengan muka bertutup menarik perhatian jejaka tampan itu. Matanya ralit melihat langkah tubuh kecil itu hingga ke dapur. Nampak misteri tapi ayu. Yazid yang perasan turut menoleh ke sana.

"Itu adik aku. Yang kau tengok lama-lama tu kenapa? Jangan usyar sangat bini orang lagi tu. " teguran Yazid menyentak dia.

Walaupun dia teruja jika adiknya bercerai, tapi selagi adiknya bergelar isteri orang tetap dia tak nak lelaki lain berusaha mendekati Adlina.

Tak baik dan berdosa ganggu hak orang. Tak nak pula Adlina dituduh curang oleh pihak sana.

"Kenapa dia bertutup sampai macam tu sekali? Berpurdah ke? " keliru kejap.

"Dia tahu kau nak datang lah aku suruh dia bertutup macam tu, takut kau tertarik pula nanti. Dah semalam kau tengok dia berpurdah ke? "

Aneh-aneh saja pertanyaan Fuhail ni. Bukan kali pertama jumpa adik dia,  dah banyak kali dah.

Memang menarik perhatian dia pun.
Dan dia tak nafikan pertama kalinya dia rasa getaran di hati, bila melihat penampilan wanita bertubuh pendek semalam.

Dia suka yang tertutup sebegini berbanding yang terbuka dan terdedah. Look so pathetic and terdesak menggoda dia. Dia maksudkan perempuan yang selalu terkejar-kejar dia kat luar sana tu.

"Bila dia nak berpisah dengan laki tak guna tu? " terus direct. Itu sikap Nik Fuhail Carim ya. Terus cakap lepas, tak ada nak jaga hati orang dah.

"Entah. " malas nak masuk campur lebih-lebih.

"Aku sokong kalau adik kau berpisah dengan jantan tu. Menyakitkan hati kalau habiskan sisa hidup beribu tahun sekalipun dengan laki yang tak reti menghargai isteri. Aku yang single ni pun tak larat nak jadi buaya darat, dia yang ada bini pula nak kahwin ramai. Buat serabut otak je ada bini ramai. "

Betul apa, perempuan yang tergila-gilakan dia pun dah buat dia rimas nak layan, terus halau je kalau perempuan tu datang 'serang' dia. Kalau boleh nak layan isteri sorang je,  tak larat nak layan ramai orang. Sakit otak.

Tanpa sedar keluhan daripada Yazid turut melukakan hati Adlina yang sedang memasang telinga di sebalik tiang yang memisahkan dapur dan ruang tamu.

Dia tahu dia yang salah kerana terlampau lemah untuk melawan, terlampau sayang sehingga masih teguh pertahankan benda yang sudah runtuh.

Perlahan jarinya naik mengesat titisan air mata di pipi.

Dia bersandar lelah di dinding. Sakit mencengkam ulu hati, bukan terasa dengan sindiran kawan abang sendiri,  kerana apa yang kawan abangnya cakap tu semua betul. Buaya darat. Tak cukup bini seorang, nak kahwin seorang lagi guna alasan ZURIAT.

Puih! Rasa nak je ludah kahak kat muka bakal bekas suami tak gunanya itu.













✨✨✨✨✨


WATAK UTAMA :

NIK FUHAIL CARIM (33 TAHUN)
- CEO FC CARL HOLDING

ADLINA SHAHMINA (27 TAHUN)
- SURI RUMAH/ PENGURUS NO2 SYARIKAT KELUARGA

WATAK LAIN JUGA.... TAK NAK MENTION, BACA JE.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: 4 days ago ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

KHIANAT CINTA ADLINACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang