Sarah tiba di akademi, seperti biasa dia akan terus pergi ke arena perlawanan untuk berlatih. Setibanya dia disana dia sedikit terkejut melihat Karya sedang berlatih, dia menghancurkan dron-dron M.A.T.A. dengan sungguh pantas. Setelah Karya habis menghapuskan semua dron M.A.T.A. dia baru tersedar yang dia diperhatikan senyap-senyap oleh Sarah.
Sarah: Wah! Hebat betul cara awak hapuskan semua dron tadi!
Karya: Saya tiadalah hebat sangat macam awak.
Sarah malu dipuji Karya, dia cepat-cepat menyembunyikan mukanya dari dilihat oleh Karya.
Karya: Tujuan awak datang ke sini mesti nak berlatih juga kan?
Sarah: I-iya
Karya: Dipersilakan...
Sarah: T-terima kasih...
Sarah berdiri di tengah-tengah arena perlawanan, simulasi dan dron mula muncul. Sarah mengeluarkan Shadow Blade miliknya, dia dalam posisi sedia untuk menyerang. 10 robot M.A.T.A. mula mengepungnya dalam bentuk bulatan, Sarah fokus cuba untuk melihat keadaan sekelilingnya. Tiba-tiba bunyi bom hendak meletup kedengaran, satu daripada robot itu meletup. Dengan pantasnya 9 robot itu terbelah dua, BOOM! Itu sahaja bunyi yang kedengaran di bilik arena itu. Apabila asap hilang susuk tubuh Sarah mula kelihatan. Karya terdiam, dia tidak pernah melihat selaju ini kecuali Rizwan dan Djin.
Sarah: Umm, Ejen Karya? Awak okay tak?
Karya: Saya okay.
Sewaktu Sarah dan Karya berbual sekumpulan ejen muda mencuri dengar dan mengendap mereka berdua.
Moon: Betulah apa yang aku fikirkan ni. Ejen Karya jatuh cinta dengan Ejen Sarah!
Khai: Shh, perlahanlah sikit Moon. Kang nanti tak pasal-pasal kantoi nanti.
Ali: K-korang...!
Khai: Apa dia Ali? Aku baru nasihat si Moo-
Karya menyilangkan tangannya manakala Sarah pula memerhatikan Moon.
Khai: Weh! Moon!
Moon: Apa?
Moon masih tidak mengalihkan wajahnya.
Karya: Ehem!
Moon tersentak, dia mula mengalihkan wajahnya ke arah suara itu.
Moon: Ejen Karya, huhuhu buat apa kat sini?
Tanya Moon cuba mengalihkan perhatian Karya.
Karya: Sepatutnya, saya yang perlu tanya kamu soalan tu.
================================
Di bilik perjumpaan-:
Leon: Saya tak nak dengar perkara ini berulang lagi ya! Kalau kamu bertiga masih tak nak dengar, kamu bertiga akan di buang dari Akademi ni faham?!
Moon, Ali dan Khai: Faham Ejen Leon...
Leon: Bersurai!
Moon, Khai dan Ali segera meninggalkan bilik perjumpaan.
Khai: Ini semua salah kau Moon! Kalau kau tak paksa aku dengan Ali join kau curi dengar perbualan Ejen Karya dengan Ejen Sarah tak jadi macam ni!
Moon: Ugh! Fine aku salah! Aku yang paksa korang! Aku minta maaf.
Ali: Aku dengan Khai maafkan kau, Moon.
Sarah dan Karya hanya senyap semasa Leon memarahi ejen-ejen muda itu, Ejen Leon kalau bab marah ni... memang dikatakan dia, sangat hebat. Sarah pun tidak berani nak bercakap semasa Leon memarahi ejen muda tadi kerana terlalu takut.
YOU ARE READING
Kekasih Hati Mr Inviso
Fanfiction❝𝑲𝒆𝒉𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊𝒎𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒘𝒂 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒃𝒖 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒓𝒂𝒔𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒏𝒈𝒌𝒂𝒑 𝒅𝒊 𝒉𝒂𝒕𝒊𝒌𝒖❞ ✧༺♥༻✧ ★彡[ꜱᴀʀᴀʜ ʟᴀɪʟᴀ, ꜱᴇᴏʀᴀɴɢ ᴇᴊᴇɴ ʏᴀɴɢ ᴄᴀɴᴛɪᴋ ʟᴀɢɪ ᴍᴀɴɪꜱ. ᴛᴇᴛᴀᴘɪ ᴅɪ ꜱᴇʙᴀʟɪᴋ ᴡᴀᴊᴀʜɴʏᴀ ʏᴀɴɢ ᴀ...