Bab 18: Jaga

92 7 14
                                    

Rizwan membuat dua cawan teh. Satu untuk Sarah, lagi satu untuk dirinya sendiri. Dia tahu betapa sukarnya rasa kehilangan seseorang, jadi dia ingin memujuk Sarah secara perlahan-lahan dahulu. 

"Teh?" ucap Rizwan sambil memengang 2 cawan kaca.

Sarah menerima pemberian Rizwan tanpa berkata apa-apa, cuma senyum sahaja yang terukir di wajahnya. Dia meneguk teh itu secara perlahan-lahan, maklumlah panas lagi. Ia melegakan tekak Sarah yang perit akibat menangis sehingga tidak dapat tidur semalam. Badannya amat memerlukan rehat, tetapi fikirannya terlalu kusut untuk dia memenjamkan matanya.

"Kau... tak tidur ke malam tadi? Nampak macam letih ni," Rizwan dari tadi merenung kelopak mata Sarah. Matanya jelas terpampang menunjukkan dia perlukan tidur.

"Saya teringin sangat nak tidur Rizwan. Tapi, saya tak boleh," Sarah memandang wajah Rizwan. Dia teringin tidur lena seperti dahulu.

"Aku ada rahsia nak bagitahu kau Sarah,"

"Hah? Rahsia?"

"Aku pernah curi pedang pak cik kau lepastu guna untuk potong dahan pokok,"

"Hahaha, iya ke?"

"Tengok gambar ni. Masa ni aku umur 14 tahun, habis aku kena belasah dengan Djin," cerita Rizwan sambil menunjukkan gambar di mana dia kena belasah dengan Djin. Ejen Leon tukang ambil gambar.

Masa terus berlalu dengan pantas, Rizwan sudah menceritakan lebih 20 kisah dia mencari pasal dengan ketua-ketua teras, Generel Rama dan Aliya. Dia pernah meletakkan lipas di celah-celah buku Aliya ketika muda dahulu. Cukur misai Generel Rama bila dia tertidur kat office, letak gam kat pemegang pistol Ejen Zain, gantikan syampu Ejen Ganz sampai rambut dia jadi lurus bersinar dan ronyokkan tudung Ejen Dayang lepas baru siap gosok.

Sarah terhibur mendengar pelbagai variasi cerita tentang zaman muda'liar' Rizwan. Dia tidak sangka jejaka yang pendiam dan menjaga adabnya merupakan remaja nakal ketika muda.

"Kau nak tahu tak, arwah mak aku... selalu tidurkan aku dengan menyayangi melodi yang indah," Rizwan tersenyum apabila mengingati sebuah 'memori' yang dia tidak mampu lupakan.

"Boleh awak nyanyikan melodi tu... untuk saya?"

"Kalau suara aku tak sedap, cakap tau. Jangan diam,"

Sarah mengangguk tanda setuju. Dia memang dah lama nak dengar suara nyanyian Rizwan. Rizwan menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menyanyikan melodi sambil menutup mata.

Seribu satu memori dia bersama ibunya mula jelas terpampang di fikirannya. Secebis memori yang takkan pernah dia lupakan. Semua kenangan indah mula muncul dan membuatkan dia bahagia. Apabila selesai menyayi, dia berasa pelik apabila tidak mendengar suara Sarah.

"Sar-  eh? Dah tidur rupanya,"

Rizwan mengutip cawan teh lalu beredar dari bilik itu dengan senyuman.

♡♡♡

"Apalah yang Sarah tengah buat apa sekarang ni ya... kejap...? Harini kan hari Isnin!" Encik Mustakim duduk di kerusi sambil memikirkan perihal anak perempuannya. Sudah lama anaknya tidak menghubungi dia. Makin lama makin rindu alamatnya.

Dia merenung sebingkai gambar yang tergantung di dinding kayu rumah miliknya. Gambar itu merupakan gambar mereka bertiga yang terakhir. Dia memandang wajah arwah isterinya yang tersenyum. Hatinya dirundung sebak mengingati peristiwa gelap yang telah terjadi padanya. Peristiwa itu menyebabkan perubahan perubahan 360° darjah dalam hidup Sarah.

Encik Mustakim hilang dalam fikirannya sendiri. Bunyi hon motor di luar halaman rumahnya menyedarkan dia kembali ke realiti.

"Assalamualaikum Mustakim!"

"Waalaikumusalam... eh kau Daiyan?"

Djin melawat abang iparnya. Saja dia hendak melihat keadaan abang iparnya. Dia tahu abang iparnya risau kerana sudah lama anaknya tidak menghubunginya.

"Aku ada nak cakap sikit dengan kau," ucap Djin yang duduk di kerusi kayu.

"Sarah... dia dah lama tak call aku. Dia okay tak dekat bandar tu?"

Djin terpaksa mereka cerita tentang Sarah. Dia tidak cerita tentang kecederaan mental dan fizikal Sarah. Dia hanya bagitahu Mustakim yang Sarah sibuk dengan kerja-kerjanya di bandar.

"Betul ke apa yang kau cakap ni Daiyan? Aku bukan apa, aku rindu anak aku. Aku takut ada apa-apa yang buruk jadi kat dia. Kalau kau jumpa Sarah, boleh tak kau suruh dia call aku?" pesan Mustakim yang mengiringi Djin ke motornya.

"Insyallah. Pesanan kau akan aku sampaikan kepada Sarah."

Djin menunggang motornya kembali ke Cyberaya. Mustakim hanya memerhatikan Djin berlalu pergi dan lenyap dari pandangannya.

♡♡♡

Karya melihat  kotak kad poker yang berada di atas mejanya. Dia mengambil kotak kad poker itu dan mengeluarkan kad poker itu dari kotaknya.

'Hmm... dah lama aku tak main kad poker ni,' Karya menarik 2 keping kad poker dan memegangnya.

Dia teringat memori dia bermain kad poker bersama bapanya. Dia selalu bermain kad poker dan memegangnya.

"Kau pegang apa tu Karya?" soal Aiman yang memeriksa keadaan Karya, Hari ini adalah hari terakhir Karya berada di hospital. Esok dia akan kembali mengajar di sekolah seperti biasa.

"Ohh.. aku tak pegang apa-apa." dengan ilmu silap mata yang dipelajarinya, Karya 'menghilangkan' kad poker dari tangannya.

"Eh, mana k-kad tu?! Kau nak kenakan aku lagi ea?!"

Aiman segera mendekati Karya. Dia masih tidak berpuas hati kerana tidak dapat melihat kad poker itu dengan jelas. Dia mengangkat lengan Karya, tiada apa-apa.

"Kad tu ada kat telinga kau lah," ucap Karya selamba menarik kad poker yang berada di telinga Aiman. 

"Apakah,"

Karya tergelak, dengan Aiman sekali terikut gelak. Mereka masih rapat seperti dahulu.

"Apabenda lah kau ni Karya. Dah lawak-lawak macam ni pun orang tak nak ke?" tanya Aiman yang sengaja mengungkit tentang status Karya yang 'single'.

"Alah, kau yang doktor gaji besar pun orang tak pandang," perli Karya sambil menyusun kad2 poker kembali ke dalam kotak.

Aiman amat tersentap dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Karya. Salah dia juga kerana memulakan pasal bab 'single' ni.

"Nanti kalau aku bawak calon isteri kau jangan terkejut ea," tambah Karya lagi.

"Pergh! Dah ada calon?! Dia cikgu sama dengan kau ke?"

"Aish, aku tak berkenan dengan cikgu-cikgu sekolah aku lah. Takde siapa yang dapat buka pintu hati aku lagi,"

"Samalah kita huhuhu,"

Karya dan Aiman menangis sambil ketawa. Mereka sedih kerana masih tidak menjumpai 'kekasih' mereka. Hidup single ini amat menyeronokkan dan menyakitkan mereka. Di sudut hatinya, dia amat mermelukan peneman yang setia hingga ke hujung nyawa.

Karya merasakan yang dirinya sedang dilamun cinta. Tetapi, dengan siapakah dia terjatuh hati? Dia sendiri pun tidak pasti.

Author note

assalamualaikum geng. huhu, dah lama sangat Mia tak tulis bab baru ni. maafkanlah Mia ya. Mia syok sangat kat sekolah sebab ada member dengan cikgu kesayangan Mia. Cikgu kesayangan Mia tu lelaki. Korang janganlah salah anggap ya huhu. Mia janji takkan rampas dia dari isteri dia HAHAHA, eh gurau2. anyways, macam mana sekolah korang? Okay tak? Share lah sikit pengalaman bersekolah korang ehehehe, Mia teringin nak dengar cerita pasal sekolah korang. Mia baru je habis speaking test bahasa inggeris, tergagap-gagap Mia nak cakap bahasa inggeris huhuhu. lepastu, ada periksa hafazan pulak. Ni belum setel lagi hafal ni. Doakan Mia dipermudahkan segala urusan ya guys! Luv u all!



Kekasih Hati Mr InvisoWhere stories live. Discover now