Bab 14 : Terhalang

163 10 25
                                    

Amaran : Bab kali ni mempunyai bahasa kasar (tengking) dan aksi-aksi berbahaya. Jika anda tidak mahu masuk penjara, saya cadangkan anda tidak meniru aksi yang saya tulis ni okay itu je. Silakan baca~



Ejen Dayang memandang wajah Rizwan sebelum menoleh ke arah Ejen Zain. Ejen Zain mengangguk tanda teruskan sahaja perbicraan. Ejen Dayang menghembus nafas berat sebelum memandang wajah Rizwan.

    “Rizwan bin Maliq, kamu didapati bersalah atas niat ingin mencederakan ketiga-ketiga anak Dato’ Othman. Kamu mengaku bersalah, atau tidak?” ujar Ejen Dayang dengan wajah yang serius.

    “S-saya... bersalah. Saya memang ada niat untuk mencederekan mereka bertiga,” balas Rizwan yang masih menunduk ke bawah.

    “Kamu akan dijatuhkan hukuman digantung dari mana-mana misi selama sebulan. Kamu faham?” sambung Djin.

    “Saya faham,”

    “Baiklah, Ejen Karya dan Ejen Bakar akan iringi kamu keluar,” arah Ejen Ganz.

Karya dan Ejen Bakar mengiringi Rizwan keluar dari Briefing Room. Generel Rama dan mentor-mentor Akademi menyaksikan perbicaraan terhadap Rizwan. Ejen-ejen muda telah diarahkan menunggu di Hall Akademi.

    “Korang... aku rasa macam tak sedap hatilah,” ucap Ali dengan wajah yang resah.

    “Saya pun rasa macam tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang buruk telah terjadi tanpa pengatahuan kita,” sambung Iman yang memegang dadanya.

    “Aku rasa... ada benda buruk yang jadi sekarang ni. Kalau takde, kenapa Ejen Leon suruh kita tunggu kat sini?” ujar Khai dengan riak wajah serius.

    “Tapi, gapo sebenar dio ho? Doh belaku lonih ni?”
(“Tapi, apa sebenarnya yang dah berlaku sekarang ni?”) soal Chris dengan wajah yang inginkan jawapan.

Semua Ejen muda turut tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku. Namun mereka pasti, ada sesuatu perkara buruk yang sedang terjadi.

Pintu Hall Akademi terbuka luas, keempat-empat mentor masuk dengan wajah yang ‘normal’. Ali dapat merasakan sesuatu yang tidak kena pada wajah Karya.

    “Terima kasih atas kerjasama anda semua kerana berjaya mematuhi arahan yang saya berikan,” ucap Ejen Geetha sambil tersenyum.

    “Err... Ejen Geetha. Apa sebenarnya yang telah terjadi sekarang ni?” tanya Moon dengan penuh rasa ingin tahu.

    “Apa yang kamu maksudkan?” soal Ejen Leon pula.

    “Jangan berbohong kepada kami Ejen Leon. Kami tahu kamu berempat menyorokkan sesuatu dari kami,” balas Rudy dengan wajah yang bengang. Rudy memang seorang yang tidak suka ditipu, dia memang benci apabila seseorang menipu.

    “Apa yang kamu merepek ni Rudy? Kami tidak sembunyikan apa-apa dari kamu semua,” ujar Ejen Leon yang menahan geram.

    “JANGAN MENIPU LAGI EJEN LEON, KAMI SEMUA TAHU YANG SESUATU TELAH TERJADI! CUBA JUJUR UNTUK SEKALI NI!?”

    “KAMU JANGAN JADI KURANG AJAR EA RUDY! KESABARAN AKU ADA HADNYA!” marah Ejen Leon, dia tidak dapat menerima yang anak muridnya menengking dirinya. kan kurang ajar macam tu.

Kekasih Hati Mr InvisoWhere stories live. Discover now