Karya terjaga daripada pitam akibat mendengar bunyi bising yang menganggu telinganya. Sedar-sedar sahaja dia sudah berada di bilik yang berwarna biru cair dan diterangi dengan lampu-lampu putih yang sungguh terang umpama cahaya Nur. Penglihatannya samar-samar, kepalanya berasa sungguh pening. Disebabkan faktor itulah, Karya melupakan hasratnya untuk duduk. Sebaliknya, dia kembali baring di katil sambil memaksa otaknya untuk mengingati apa yang telah berlaku sewaktu dia masih menyedarkan diri. Usahanya sia-sia apabila dia diserang sakit kepala yang amat tidak tertanggung kesakitanya.
"Encik Karya sudah sedar. Cepat panggil doktor!" arah seorang jururawat yang berkaca mata.
Dia segera menuju ke Karya dan memeriksa keadaannya. Sejurus kemudian, seorang doktor lelaki yang berkaca mata dan kelihatan berkarisma segeram memeriksa tubuh badan Karya. Wajah doktor lelaki itu kelihatan risau, matanya teliti memeriksa Karya. Wajah doktor itu mengingatkan dia pada seseorang yang dia sayang selama ini. Doktor lelaki itu memberikan isyarat kepada semua jururawat untuk keluar agar dia dapat berkomunikasi bersama Karya tanpa gangguan. Doktor itu mengambil pelung untuk duduk di tempat duduk pelawat.
"Ermm... doktor ni siapa ya? Saya tak boleh ingatlah," soal Karya dalam kehairanan.
Doktor itu mengeluh lalu mengenggam tapak tangannya yang sudah sejuk akibat terlalu terkejut dengan jawapan Karya.
"K-kau tak kenal aku? Aku Aiman Naufal. Abang kau," ucap Aiman yang mula panik. Dia berasa risau yang adiknya tidak akan mengingati dirinya.
"Aiman... Aiman!? Kau Aiman!?" Karya berasa sungguh terkejut lalu segera memeluk tubuh badan abangnya. Dia tidak mengendahkan kesakitan badannya dan kepalanya untuk memeluk Aiman.
"Aku rindukan kau Aiman. Kenapa sejak akhir-akhir ni kau tak nak call aku?" bisik Karya dia telinga Aiman dengan nada sejuk. Dia berasa sedikit terkilan dengan sikap abangnya. Selama ini dia menyangka yang abangnya sudak lama lupakan dirinya.
"Kau, baring dulu. Sakit badan kau nanti," balas Aiman yang membaringkan Karya semula.
dia mengambil nafas panjang sebelum mulakan bicara.
"Sorry Karya... sejak akhir-akhir ni, phone aku asyik rosak je. Terpaksalah aku beli phone baru. Dah banyak sangat beli phone, aku dah lupa nombor kau terus," penjelasan Aiman langsung tiada logik akal. Itulah Aiman, kalau disuruh menipu memang akan menjadi benda lain.
"Kau ni alasan tak agak-agak. Cuba reka cerita yang meyakinkan sikit," Karya menumbuk perlahan baru Aiman.
"Perkara sebenarnya, aku tak nak ganggu kau. Lagipun, aku kan doktor. Banyak kerja aku nak kena setelkan. Maafkan akulah kerana dah lama tak call kau, aku betul-betul sibuk sekarang ni. Mama pun dah bising kenapa aku tak call dia," ujar Aiman yang sudah mengeluh.
"Takpe Aiman, aku faham. Pasal Mama tu nanti kau kenalah setelkan, dia kan mak kita berdua. Mama bising sebab rindu kau tu,"
"Lagipun, kau belum kahwin lagi kan. Hah, sampai bila nak membujang bang,"
"Kau ni sembang macam kau pun dah kahwin," Aiman menahan geramnya. Kalau adiknya dalam keadaan sihat waalfiat sekarang, sudah ditumbuknya adiknya sekarang.
Wad hospital itu dipenuhi gelak ketawa dua beradik yang lama tidak bersua. Kedua-duannya terperangkap dalam jadual kerja yang ketat sehingga tidak dapat bertemu. Dengan takdir tuhan, mereka berdua dipertemukan semula di hospital.
Pintu wad terbuka, kelihatan 3 susuk tubuh badan memasuki wad Karya.
"Karya, kau okay tak?! Siapa yang berani pukul kau hah!?" Soal Ejen Bakar yang risau tentang kesihatan rakan karibnya itu.
"Aku okay... Tapi, korang semua ni siapa? Macam mana kau boleh tahu nama aku?"
Ketiga-tiga mentor saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka tidak menyangka ketakutan terbesar mereka menjadi nyata.
"Maafkan saya kerana mencelah. Boleh kita bercakap di luar?" Ujar Aiman yang sudah berdiri di sebelah pintu keluar.
Mereka berempat berjalan keluar dari wad Karya. Aiman mula menjelaskan satu persatu tentang keadaan Karya. Adiknya yang bernasib baik itu telah dijumpai oleh Puan Munah di kelas 6 Vallea...
~Imbas Kembali~
Hanafi mencekik Karya hingga muka Karya berubah menjadi biru. Dengan baki kekuatan yang ada, Karya telah menyepak kemaluan Hanafi. Jeritan Hanafi jelas menunjukkan yang dia berada dalam keadaan yang teramat kesakitan, Karya telah mengambil peluang yang terbuka untuk melepaskan dirinya dari genggaman Hanafi. Shafiq membaling kerusi yang mengena tepat ke arah kepala Karya, keadaanya yang pening menyebabkan dia tidak sempat mengelak serangan Shafiq. Akibat balingan kerusi itu, mata Karya menjadi semakin kabur dan kepalanya berpinar-pinar, Shafiq mengambil kesempatan menyepak kepala Karya sehingga kepalanya mula berdarah. Karya jatuh terbaring di lantai, dia sudah terlantar kesakitan sehingga tidak mampu menyedarkan diri lagi. Shafiq sedar yang kepala Karya sudah berdarah, darahnya sudah mengalir hingga ke lantar kelas 6 Vallea. Shafiq mula panik, dia menyepak kaki Karya dengan harapan agar dia sedar semula. Tetapi apa yang terjadi sebaliknya, Shafiq sudah gelabah separa mati apabila melihat Karya yang terbaring tidak sedarkan diri seolah-olah dia sudan mati.
"Weh Bacot! Bangunlah! Bangun aku kata!" Jerit Shafiq yang panik.
"Bang, jom kita lari dari sini. Aku tak nak masuk penjara!" Ucap Shafiq yang memapah abangnya itu.
Si Hanafi tidak boleh berjalan gara-gara kemaluannya masih lagi sakit akibat disepak Karya. Mereka keluar dari kelas itu melalui tingkap sahaja, mereka takut bertembung dengan sesiapa semasa melalui jalan biasa. Puan Munah mengeluh sewaktu berjalan di koridor. Dia hendak menuju ke kelas 6 Vallea untuk tolong mengambil barang rakannya yang tertinggal. Cikgu Sufian amat terkenal dengan sikapnya yang mudah lupa. Setiap minggu pasti ada sahaja barangnya yang tertinggal di kelas 6 Vallea. Puan Muna lah yang menjadi tukang mengambil barang, Puan Munah memang akan berada di sekolah lama sedikit berbanding cikgu lain. Maklumah, cikgu displin. Banyak kerja yang harus diselesaikan. Apabila dia membuka pintu 6 Vallea yang berkunci itu, Puan Munah kaget apabila melihat sekujur tubuh yang terbaring dan tidak bergerak. Keadaan kelas itu kucar-kacir dan darah kelihatan berada di mana-mana. Puan Munah segera menalefon ambulan dan pihak polis dengan tangan yang bergetar-getar. Suaranya juga terasa tersekat di kerongkong apabila dia menalefon kedua-dua pihak itu.
-Kembali Semula-
"Jadi doktor, kawan saya ada harapan untuk sembuh atau tidak?" soal Ejen Bakar yang sudah berpeluh-peluh akibat nervous.
"Kawan kamu masih ada harapan untuk sembuh, cuma... proses penyembuhan boleh mengambil masa yang lama. Keadaan persekitarannya turut mempengaruhi dalam proses penyembuhannya," terang Aiman. Dia merasakan kesedihan yang dialami ketiga-tiga mentor itu. Manusia mana je yang tak sedih apabila rakan mereka tidak mengingati satu pun tentang diri mereka.
"Baiklah doktor. Terima kasih untuk penerangan," ucap Ejen Leon yang tersenyum nipis.
Aiman terus beredar apabila selesai berbual dengan 3 orang mentor itu. Ejen Bakar tergaman, dia masih tidak mempercayai perkara yang baru sahaja berlaku padanya. Fikiran mereka bertiga buntu. Bagaimanakah mereka hendak menjelaskan perkara ini kepada Sarah? Ketua-ketua teras dan General Rama mungkin akan berasa sungguh terkejut, tetapi mereka masih dapat menerimanya lagi. Macam mana dengan SARAH?
Nota Author
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang Mia kasihi. Setelah seabad Mia tidak mengupdate, kali ini... Mia update juga BAHAHAHA! Sorry ya kerana Mia tidak mengupdate selalu seperti dahulu. Mia agak tersepit dengan sekolah Mia sekarang. Masa tidak menyebelahi Mia selama ini, semoga dengan update terbaharu Mia ni. Dapat menceriakan pembaca-pembaca semua ya! Selamat tinggal!
YOU ARE READING
Kekasih Hati Mr Inviso
Fanfiction❝𝑲𝒆𝒉𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊𝒎𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒘𝒂 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒃𝒖 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒓𝒂𝒔𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒏𝒈𝒌𝒂𝒑 𝒅𝒊 𝒉𝒂𝒕𝒊𝒌𝒖❞ ✧༺♥༻✧ ★彡[ꜱᴀʀᴀʜ ʟᴀɪʟᴀ, ꜱᴇᴏʀᴀɴɢ ᴇᴊᴇɴ ʏᴀɴɢ ᴄᴀɴᴛɪᴋ ʟᴀɢɪ ᴍᴀɴɪꜱ. ᴛᴇᴛᴀᴘɪ ᴅɪ ꜱᴇʙᴀʟɪᴋ ᴡᴀᴊᴀʜɴʏᴀ ʏᴀɴɢ ᴀ...