Shafiq Rydane hanya duduk di sofa sambil memerhatikan abangnya Hanafi Hayder dirawat oleh jururawat peribadi mereka. Jururawat itu sungguh menawan orangnya, sesiapa yang melihatnya dirinya pasti terpukau dengan kecantikkannya kerana dia merupakan gadis melayu kacukan korea. Rambutnya ikal mayang berwarna perang. Matanya berwarna perang gelap yang anggun. Begitulah keluarga Dato' Othman, semua orang yang berkerja untuk Dato' Othman cantik-cantik belaka. Bukan apa, keluarga ni memang spesies pilih rupa.
"Tuan rasa lebih baik sekarang?" soal Rasya Inara sambil menampal plaster di hidung Hanafi.
Hanafi mengangguk lalu memegang tapak tangan Rasya yang gebu dan licin. Biasalah, buaya darat memang suka pegang-pegang perempuan.
"Tuan nak apa-apa lagi?"
"Saya nak awak cium pipi saya boleh tak?" jawab Hanafi yang sudah duduk menghadap Rasya. Dia membuat wajah comelnya agar Rasya menuruti kehendaknya.
Rasya terpaksa akur dengan permintaan Hanafi. Kalau tak di ikut confirm kena buang kerja. Shafiq hanya menggeleng-gelengkan wajahnya, Si abangnya itu memang suka bermanja dengan jururawat peribadi mereka.
"Terima kasih Nara, I love you! I akan suruh papa i naikkan gaji you!"
Rasya Inara memaparkan senyuman manis sebelum keluar dari ruang rehat itu. Hanafi melambai-lambai jururawat itu.
"Kau baru je kena belasah dengan si Saifuddin tu, terus hilang rasa sakit lepas tengok Nara ya. Apapun, kau rasa si lemah tu hidup lagi ke tak? Aku takut dia dah matilah," soal Shafiq yang menuam pehanya dengan ais.
"Hidup je budak tu, kalau dia boleh hidup walaupun kena kemalangan kereta. Takkan dah kena pukul sikit dah mati kan," jawab Hanafi yang membaringkan tubuh badannya di atas sofa yang empuk.
Dalam diam, Shafiq dan Hanafi telah membuat research yang mendalam terhadap Karya sampai alamat rumah dia pun mereka tahu. Cumanya maklumat dia menjadi ejen M.A.T.A sahaja maklumat yang mereka tidak perolehi.
Shafiq Rydane
Hanafi Hayder
YOU ARE READING
Kekasih Hati Mr Inviso
Fanfiction❝𝑲𝒆𝒉𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊𝒎𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒘𝒂 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒃𝒖 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒓𝒂𝒔𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒏𝒈𝒌𝒂𝒑 𝒅𝒊 𝒉𝒂𝒕𝒊𝒌𝒖❞ ✧༺♥༻✧ ★彡[ꜱᴀʀᴀʜ ʟᴀɪʟᴀ, ꜱᴇᴏʀᴀɴɢ ᴇᴊᴇɴ ʏᴀɴɢ ᴄᴀɴᴛɪᴋ ʟᴀɢɪ ᴍᴀɴɪꜱ. ᴛᴇᴛᴀᴘɪ ᴅɪ ꜱᴇʙᴀʟɪᴋ ᴡᴀᴊᴀʜɴʏᴀ ʏᴀɴɢ ᴀ...