Wad Ejen Sarah
Ketiga-tiga mentor lelaki menunggu di luar, manakala Ejen Geetha merawat Sarah di dalam wad M.A.T.A tahap 3. Wad tahap 3 khusus untuk ejen-ejen yang keracunan azurium atau cedera parah.
“Sabarlah Karya, aku yakin yang dia akan baik-baik sahaja. Bawa bersabar lah ya,” pujuk Bakar. Dia berasa kasihan melihat rakannya yang kelihatan resah dari tadi, dia mengusap belakang Karya yang tertunduk di sebelahnya.
Karya berasa sangat-sangat takut untuk kehilangan orang yang amat disayanginya. Dia berharap Sarah akan selamat, dia tidak sanggup menerima kehilangan Sarah.
Ketiga-tiga mentor lelaki memasuki wad Sarah selepas dibenarkan oleh Ejen Geetha. Masing-masing memandang sayu apabila melihat Sarah, hampir seluruh badannya dibalut dengan bandage dan jahitan, mukanya dipenuhi dengan plaster dan pucat seperti kertas. Sarah umpama mayat hidup.
“Aku tak sangka Sarah akan menjadi begini,” ucap Karya dengan nada yang tidak dapat ditahan. Dia berasa sungguh menyesal kerana tidak mengambil berat tentang rakannya itu.
“Bertenang Karya, semua yang terjadi ni pasti ada sebabnya,” pesan Ejen Leon sambil menepuk bahu rakannya itu.
“Kita patut melaporkan apa yang terjadi pada Sarah esok. Ini sudah menjadi kes berat bagi M.A.T.A,” ujar Ejen Geetha.
“Aku setuju. lagipun Husna sudah melampaui had,” balas Ejen Bakar.
Kalau ikutkan hati mereka semua mahu saja laporkan apa yang terjadi pada Sarah malam ini. Namun ketua-ketua teras sudah pun berada di rumah untuk berehat. Tak baik mengacau orang sedang berehat.
Jari Sarah mula begerak-gerak, matanya terbuka secara perlahan-lahan. Akhirnya dia tersedar dari pitam.
“Sarah..” panggil Karya.
Sarah langsung tidak mengendahkan panggilan Karya, wajahnya kosong tanpa sebarang emosi. Dia kemudian duduk dan menundukkan wajahnya.
“Sarah, awak okey tak?” soal Ejen Geetha yang mula risau.
Sarah tiba-tiba ketawa terbahak-bahak, dia kemudian menangis pula. Mentor-mentor yang berada di situ berasa takut dengan tingkah laku Sarah yang menakutkan.
“Aku tak layak hidup kat dunia ni! Baik aku mati!” Jerit Sarah yang menangis.
Sarah kemudian bertindak ganas dengan mengambil gunting yang berada berdekatan dengannya. Mentor-mentor lelaki cuba untuk merampas gunting daripada tangan Sarah, namun gagal. Kesemuanya cedera apabila tangan mereka terkena gunting.
Belum sempat Sarah menikam dirinya, satu bebola peluru terkena pada tangannya. Gunting itu terlepas dari tangannya. Ejen Geetha segera bertindak dengan meyuntik ubat tidur pada Sarah, akhirnya keadaan kembali terkawal.
YOU ARE READING
Kekasih Hati Mr Inviso
Fiksi Penggemar❝𝑲𝒆𝒉𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊𝒎𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒘𝒂 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒃𝒖 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒓𝒂𝒔𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒏𝒈𝒌𝒂𝒑 𝒅𝒊 𝒉𝒂𝒕𝒊𝒌𝒖❞ ✧༺♥༻✧ ★彡[ꜱᴀʀᴀʜ ʟᴀɪʟᴀ, ꜱᴇᴏʀᴀɴɢ ᴇᴊᴇɴ ʏᴀɴɢ ᴄᴀɴᴛɪᴋ ʟᴀɢɪ ᴍᴀɴɪꜱ. ᴛᴇᴛᴀᴘɪ ᴅɪ ꜱᴇʙᴀʟɪᴋ ᴡᴀᴊᴀʜɴʏᴀ ʏᴀɴɢ ᴀ...