Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang! Sorry sangat-sangat sebab lambat update. Mia ada perperiksaan, seperti yang Mia janjikan. Mia akan post bab 6, kali ini Mia akan ceritakan kisah latar belakang Ejen Karya. Ini semua hanya rekaan semata-mata jika ada persamaan ianya satu kebetulan sahaja :) Dan lagi satu, Mia ubah gaya penulisan Mia agar pembaca dapat mengahadam dan memahami apa yang ditulis saya ehek :3
*Karya berumur 7 tahun pada masa ini*
"Iya?! Baiklah. Terima kasih banyak,"Encik Hafiz segera mematikan talian. Talefon bimbitnya disimpan kemas di poket seluar. Encik Hafiz melompat kegembiraan, walaupun sudah dewasa, Hafiz tetap tidak boleh mengikis sifat keanak- anakkannya itu.
"Ayah kenapa nampak happy sangat?" soal Karya yang tiba-tiba muncul di ruang tamu itu. Rambutnya kelihatan kusut-masai, wajahnya pula kelihatan mengantuk. Dia masih memakai baju tidur Ultramannya itu yang bermaksud Karya baru sahaja bangun dari tidur.
"Mana ada, ayah okay je. Kamu tengok ayah lompat tadi sebab err... sebab ayah suka bersenam pagi-pagi ni," ujar Encik Hafiz yang cuba menahan malu apabila anaknya sendiri melihat dirinya dalam keadaan terlalu gembira.
"Apa kata Bidin mandi dulu. Dah siap mandi ayah beritahu Bidin berita gembira yang ayah baru terima. Setuju?" soal Encik Hafiz untuk mengalihkan perhatian anaknya itu.
"Ala... Bidin baru bangun tidur, tapi tidak mengapalah. Bidin setuju," balas Karya dalam keadaan mengantuk. Dia segera menuju ke bilik air untuk mandi.
...
"Apa?! Betulkah apa yang abang cakap ni? Soal Puan Lina dengan riak terkejut. Dia menekup mulutnya, cuba untuk mempercayai apa yang diperkatakan suaminya itu.
"Betul, sayang. Takkanlah abang mahu menipu dengan isteri abang sendiri," balas Encik Hafiz bagi meyakinkan isterinya itu.
'Apa yang ayah cakap tu? Sampai ibu terkejut sampai macam tu sekali,' desis hati Karya. Sebaik sahaja dia selesai mandi, Karya terus menuju ke ruang tamu. Sebaik sahaja dia sampai ke ruang tamu, dia berasa hairan melihat riak wajah ibunya yang terkejut itu.
"Hah, Bidin. Memandangkan kamu berada disini, ayah nak beritahu berita gembira buat kita semua. Kamu dengar betul-betul ya," terang Encik Hafiz kepada Karya.
Karya sekadar menggangguk, kemudian dia duduk di sofa. Hatinya tidak sabar untuk mendengar khabar gembira yang mahu disampaikan oleh ayahnya itu.
"Bidin tahun kan, ayah masuk pertandingan silap mata?" soal Encik Hafiz dengan wajah tersenyum.
"Iya ayah," jawab Karya kehairanan.
"Ayah menang pertandingan itu, dan kita semua dapat pergi ke Hotel Sunset Lodge yang mewah itu selama 3 hari 2 malam. Kita semua akan bertolak ke hotel itu esok!" ujar Encik Hafiz dengan nada gembira.
"Hotel Sunset Lodge?!" soal Karya seolah-olah tidak mempercayai apa yang diakatakan oleh ayahnya.
YAHHHOOOOO!
Jeritan lantang Karya memecahkan kesunyian rumahnya, Karya terus melompat dan menjerit sepuas-puas hatinya.
...
YOU ARE READING
Kekasih Hati Mr Inviso
Fanfiction❝𝑲𝒆𝒉𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊𝒎𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒘𝒂 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒃𝒖 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒓𝒂𝒔𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒏𝒈𝒌𝒂𝒑 𝒅𝒊 𝒉𝒂𝒕𝒊𝒌𝒖❞ ✧༺♥༻✧ ★彡[ꜱᴀʀᴀʜ ʟᴀɪʟᴀ, ꜱᴇᴏʀᴀɴɢ ᴇᴊᴇɴ ʏᴀɴɢ ᴄᴀɴᴛɪᴋ ʟᴀɢɪ ᴍᴀɴɪꜱ. ᴛᴇᴛᴀᴘɪ ᴅɪ ꜱᴇʙᴀʟɪᴋ ᴡᴀᴊᴀʜɴʏᴀ ʏᴀɴɢ ᴀ...