Seorang budak lelaki kelihatan seronok melihat pertunjukkan silap mata, dia seakan-akan terpukau dengan persembahan silap mata yang dipersembahkan oleh ayahnya sendiri. Apabila persembahan tamat, dia menepuk tangannya sekuat hati.
Hafiz: Macam mana? Best tak persembahan ayah tadi?
Bidin: Best! Ayah ajarlah Bidin, Bidin nak jadi ahli silap mata macam ayah!
Hafiz: Boleh je Bidin, ayah janji. Ayah akan ajar Bidin nanti.
Bidin: Yay! Ayah janji tau!
Hafiz tersenyum sambil membuat pinky promise bersama anaknya.
Hafiz: Ayah janji.
Karya tersedar dari pengsan, dia tercungap-cungap seperti tidak boleh bernafas. Dahinya pula basah dipenuhi peluh.
Bakar: Kau okay tak Karya?
Karya memandang ke kanannya, mencari tuan empunya suara. Rupa-rupanya mentor-mentor lain melawatnya di bilik rawatan.
Karya: A-aku,o-okey...
Bakar: Okay apanya kalau nafas tercungap-cungap.
Geetha: Ada apa-apa yang kamu mahu berkongsi dengan kami, Karya?
Karya: Takde apa-apa.
Karya memerhati segenap ruang di bilik rawatan itu, matanya tiba-tiba tertumpu pada jasad seorang wanita yang terlantar di katil dan tidak sedarkan diri. Dia segera bangun dari katil miliknya dan berjalan ke arah katil wanita itu, semakin dekat dia semakin mengecam wajah wanita itu.
Karya: Sa-Sarah...?
Leon menepuk bahu Karya, Geetha dan Bakar pula melihat jasad Sarah yang terkulai layu di katil dengan pandangan simpati.
Karya memandang jasad Sarah, hatinya hancur melihat Sarah dalam keadaan sebegini. Air mata mula bertakung di kelopak matanya . Tiba-tiba jari manis Sarah bergerak.
Karya: Sa-Sarah...?!
Sarah mula membuka matanya secara perlahan-lahan, wajah pertama yang dia lihat ialah Karya kemudian Bakar, Geetha dan Leon. Sarah kemudian perlahan-lahan bangun dan duduk di katil.
Sarah: Apa yang dah berlaku ni? Saya berada di mana?
Geetha: Sarah, kamu dan Karya tidak sedarkan diri akibat terkena letuan yang sungguh kuat. Kamu juga sekarang di bilik rawatan.
Sarah cuba memproses maklumat yang diterimanya, dia kemudian terasa pedih pada tangan kirinya.
Sarah: Ouch!
Geetha: Kamu mempunyai kecederaan ringan di telapak tangan kiri. Bentuk luka kamu berdua juga sama...
Karya sebenarnya tidak perasan pun telapak tangan kirinya cedera, apabila Geetha beritahu Sarah tentang kecederaan yang dialaminya baru dia perasan. Tiba-tiba Bulat dan Roza menghampiri Karya dan Sarah. Muka mereka berdua sangat menonjolkan rasa bersalah mereka.
YOU ARE READING
Kekasih Hati Mr Inviso
Fanfic❝𝑲𝒆𝒉𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊𝒎𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒘𝒂 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒃𝒖 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒓𝒂𝒔𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒏𝒈𝒌𝒂𝒑 𝒅𝒊 𝒉𝒂𝒕𝒊𝒌𝒖❞ ✧༺♥༻✧ ★彡[ꜱᴀʀᴀʜ ʟᴀɪʟᴀ, ꜱᴇᴏʀᴀɴɢ ᴇᴊᴇɴ ʏᴀɴɢ ᴄᴀɴᴛɪᴋ ʟᴀɢɪ ᴍᴀɴɪꜱ. ᴛᴇᴛᴀᴘɪ ᴅɪ ꜱᴇʙᴀʟɪᴋ ᴡᴀᴊᴀʜɴʏᴀ ʏᴀɴɢ ᴀ...