Sara Syarina. Umur? Tahun ni Sara dah masuk usia 26 tahun. Kata orang, sepatutnya sudah berkahwin. Tapi Sara single forever. Huwaaaaaaa.
Tinggi 161cm. Tak terlalu pendek dan tak terlalu tinggi. Sedang elok. Sara orang biasa biasa. Ayahnya sudah lama meninggal dunia ketika dia masih kecil. Sara la satu-satunya anak tunggal kepada ibunya, Puan Siti.
Sara bekerja sebagai guru tadika. Memang itu cita-citanya sejak kecil. Dia suka kanak-kanak. Cantik? Bagi Sara dia biasa biasa sahaja. Tapi manis dilihat bagi orang lain. Perwatakannya yang sentiasa ceria buat orang disekelilingnya selesa berkawan dengannya.
"Bro, sorry lambat bro. Ada parent lambat ambil anak dia tadi. So, aku tak boleh tutup tadika lagi" kata Sara saat melihat Ammar yang sudah muncung mengalahkan itik itu.
"Ha ye la. At least chat la aku kata lambat ke apa. " kata Ammar tak puas hati.
"Ala sorry la. Aku belanja kau harini. Order je apa kau nak" kata Sara.
"Serious ni? Kang aku order banyak banyak jangan bising itu ini pulak" kata Ammar.
"Ye. Order je apa kau nak. Kalau kau order banyak banyak melebihi budget aku, apa susah... Basuh pinggan kat sini la jawabnya" kata Sara lalu ketawa.
Ammar menjelingnya.
Siapa Ammar? Ammar merupakan kawan baiknya semasa di universiti. Ammar sebaya dengannya. Ammar anak kedua dari dua orang adik beradik. Rupa? Ammar kacak. Matanya hazel, hidungnya mancung. Bonus, Ammar ada lesung pipit yang buatkan wajahnya kelihatan manis bila tersenyum.
"Kau menung apa dari tadi? Ada problem?" soal Ammar.
Dia tahu Sara pasti ada masalah jika dia termenung seperti itu. Bukan dia baru kenal.
"Tak de la. Aku tengah kira cukup tak duit nak bayar makanan kau ni" kata Sara berjenaka.
"Hampeh, aku ada duit sendiri la" kata Ammar.
"Aku gurau je la. Kau takyah emosi la. Makan je banyak banyak" kata Sara sambil tertawa kecil.
***
"Sara dah balik?" soal ibunya, Puan Siti.
Puan Siti sedang bertelekung, menunggu waktu maghrib masuk.
Sara mencium tangan ibunya tanda hormat.
"Aah. Sara pergi makan dengan Ammar dulu tadi" kata Sara.
"Ammar dah balik Malaysia?" soal ibunya.
"Aah. Minggu lepas dia balik." jawab Sara. Ammar baru pulang ke Malaysia minggu lepas setelah menamatkan pelajarannya di peringkat master.
"Nanti ajak la dia datang sini. Lama ibu tak jumpa Ammar" kata ibunya. Sara mengangguk sebelum meminta diri untuk masuk ke biliknya.
Sara menanggalkan shawl yang dipakainya. Sara menanggalkan make up yang dipakainya. Jelas terlihat muka pucatnya.
Handbagnya dicapai. Sehelai kertas dikeluarkan. Lama dia tenung kertas itu. Ada yang sudah siap ditanda. Ada yang masih belum. Cuma tinggal 4 sahaja yang masih belum ditanda.
***
Petang itu, Ammar sendiri datang menjemputnya di taska. Tergopoh gapah Sara mengemas taskanya. Kereta Honda City yang dipandu Ammar dimasukinya.
"Lambat" kata Ammar.
"Kau memang kalau nak keluar kena bagitahu 5 minit sebelum sampai kan. " kata Sara. Ammar memang begitu. Dari dulu lagi dia begitu. Bak kata orang, tak boleh dijangka.