"Sara ...terima"
Lisa yang baru sampai di situ hairan. Terima apa?
"Alhamdulillah, kiranya jadi ya dua hari lagi?" kata Puan Diana. Tak sabar hendak bermenantukan Sara..
Lisa bersalaman dengan Sara, Puan Siti dan Puan Diana.
"Jadi apa ni?" soalnya.
"Kahwin. Ammar nak kahwin dengan Sara" Jawab Puan Diana. Jelas terpancar riak terkejut di wajah Lisa.
Tak lama kemudian senyuman tawar diberi.
"Congrats beb" kata Lisa. Tumpang gembira. Betul ke dia gembira? Bukan ini yang dia mahu?.
Sara senyum. Tipu la kalau dia kata dia tak gembira. Sara benar benar gembira.
***
Lisa membuka tudung bawalnya lalu dihamparkan di atas katil. Fikirannya benar benar bercelaru. Ammar mahu berkahwin dengan Sara?
Semudah itu Ammar berputus asa terhadap dirinya?
Benar. Lisa juga sukakan Ammar. Cuma dia tak mahu menjalinkan apa apa hubungan dengan Ammar. Dia tahu dari cara Sara, Sara anggap Ammar lebih dari seorang kawan.
Kerana itu la dia tak mahu beri apa-apa jawapan lagi terhadap Ammar. Dia fikir, Ammar akan terus menunggu sehingga dia bersedia. Lisa tak mahu rasa bersalah kerana memiliki Ammar sedangkan bukan Sara. Lisa sayang Sara. Sara pasti kecewa kalau Lisa memilih Ammar.
Tapi, Lisa tak sangka yang Ammar memilih Sara akhirnya. Jadi dia? Mahu dicampak ke mana perasaannya terhadap Ammar ini?
Gembira? Mestilah. Cuma dia tak pasti sama ada dia gembira untuk mereka berdua. Atau gembira untuk Sara.
Lisa mengeluh perlahan.
Mungkin bukan jodohnya dengan Ammar.
***
"Ammar yakin dengan keputusan Ammar?" soal Sara. Wajahnya pucat tapi dia tetap mengukir senyuman.
Ammar angguk.
"Kenapa pulak tak yakin? Kalau tak yakin buat apa Ammar lamar?" kata Ammar.
Sara senyum lagi. Esok dia dan Ammar bakal bernikah. Tidak ada majlis, cuma keluarga sahaja yang ada.
Tak percaya, impiannya untuk berkahwin dengan Ammar bakal tercapai.
"Rest betul betul ye harini. Nanti esok letih" kata Ammar. Sara angguk. Dari dulu sampai sekarang Ammar tak pernah kasar dengannya.
Nikah di mana? Di hospital sahaja. Sara masih tak dibenarkan keluar lagi dari hospital. Lagipun, dia masih belum sihat sepenuhnya..
"Thank you Ammar" kata Sara.
Ammar senyum.
"Ammar sayang Sara?" soal Sara.
"Sayang la. Kenapa pulak tak sayangnya" kata Ammar.
"Saja tanya. Sara pun sayang Ammar... Sampai akhir hayat Sara" kata Sara.
Entah kenapa hati Ammar jadi sebak.
"I love you Ammar.." ucap Sara.
Ammar sengih. Cuba menahan sebaknya.
"I love you too Sara" balas Ammar. Malu.
***
"Nanti ada apa apa lagi kau call je aku" kata Lisa. Handbag yang diletak di atas meja dicapai. Mahu berangkat pulang.