"Aaaaaaa cantiknyaaaa " jerit Sara gembira apabila melihat pemandangan dari atas bukit itu.
Patutlah ramai orang suka pergi hiking. Walaupun penat, ada ganjaran yang menanti di atas. Pemandangan yang cukup indah. Udara pun sejuk. Tenang je rasa.
Ammar menghulurkan sebotol air mineral kepada Sara.
Sara menyambut huluran air itu.
"Terima kasih" ucap Sara.
"Sebab?" Ammar tak tahu ucapan terima kasih itu untuk apa. Air tu ke?
"Terima kasih sebab tunaikan impian aku" kata Sara.
"Impian?" soal Ammat hairan.
"Ye la. Aku teringin sangat nak naik bukit ni dengan kau" kata Sara.
"Akhirnya dapat pun" sambungnya lagi.
"Ohh, kalau macam tu, nanti kita pergi lagi if aku tak kerja" kata Ammar.
"Kalau sempat..." kata Sara.
"Asal pulak tak sempat. Aku kan tak kerja, boleh la pergi pagi" jawab Ammar.
Sara tersenyum. Ammar pasti tak faham.
Sara letih. Benar-benar letih. Mungkin kerana pendakian ini. Mereka mengambil keputusan untuk berehat sebentar sebelum turun.
Ammar mengambil gambar Sara yang sedang buat isyarat peace.
Sara senyum manis. Kenapa? Ammar yang ambil gambarnya. Tiap kali nak pose tertengok muka Ammar. Aihhh. Kacak habis.
Ammar turut ambil gambar bersama dengan Sara. Gambar kasut yang sama, juga selfie mereka berdua.
"Aku nak baring jap boleh ? 5 minit lagi kita turun ek" kata Sara. Ammar cuma mengangguk. Tak sampai hati pula dia melihat Sara yang keletihan itu.
5 minit kemudian...
"Sara jom?" kejut Ammar .
Sara tak menjawab atau memberi sebarang reaksi.
"Saraa" cuit Ammar.
"Oi lena betul, sambung tido kat rumah laaa. Jom balik jom" kata Ammar.
Masih tiada reaksi. Ammar mula risau. Sara ni takkan la penat sangat sampai tak bangun kot. Bahu Sara digoncang. Tak terlalu kuat, tak terlalu perlahan. Cukup untuk mengejutkan seseorang yang sedang tidur.
Sepi. Jantung Ammar berdetak laju. Takut.
***
Ammar duduk di kerusi menunggu. Rambutnya diramas kasar. Cuak dia tadi. Terus sahaja dia call ambulance dan anggota penyelamat supaya Sara dapat dibawa turun dengan segera.
Ammar turut mengangkat Sara. Jujur kata, terlalu ringan. Ammar sendiri hairan. Dia tahu Sara semakin kurus cuma dia tak sangka Sara seringan ini.
Bunyi tapak kaki kedengaran. Ammar mengangkat wajahnya memandang ke arah bunyi itu.
Lisa.
Lisa hanya berbaju kurung. Nampak seperti dia bergegas ke sini.
"Mana Sara?"
"Kat dalam" jawab Ammar. Dia sendiri tak tahu keadaan Sara.
Lisa yang kelihatan hairan memandang Ammar dari atas hingga ke bawah. Berpeluh.
"Awak bawak Sara pergi mana?" soal Lisa ingin tahu.
"Hiking" jawab Ammar.
"What?? Hiking? Goshhh Ammar. Kau biar betul" kata Lisa. Jelas reaksinya yang kelihatan agak marah ketika itu. Ammar tak faham.