BAB 2

1K 109 0
                                    

"Letak kat sini macam okay sikit" kata Sara memberi cadangan.

"Ish nanti silau la aku nak bangun tidur nanti" kata Ammar.

"Kau nak bangun tengahari ke? Orang lain pagi dah bangun" kata Sara.

"Ye la. Kalau cuti buat apa bangun awal. Letak sini ek? Ah aku nak letak sini jugak" kata Ammar sambil mula memasang katil yang baru dibelinya.

Sara hanya menggeleng. Kata mintak pendapat, tapi bukan nak dengar.

Persiapan yang lain semua sudah selesai. Cuma katil sahaja belum siap dipasang.

Sara pergi ke dapur untuk membantu Puan Diana menyediakan hidangan minum petang. Beberapa minit kemudian, Ammar datang ke dapur.

"Eh kejapnya dah siap?" soal Sara.

"Biasalah. Tengok orang la" kata Ammar membangga diri.

Sara buat muka. Muka menyampah.

"Makan jom Sara, Ammar" ajak Puan Diana. Karipap yang sudah siap digoreng dihidangkan di atas pinggan lalu diletakkan di atas meja.

"Thank you Sara tolong aku setup rumah" kata Ammar.

"Aku tak buat free" balas Sara.

"Ma tengok ma, dia berkira dengan Ammar."

"Kalau mama pun taknak la buat free" jawab Puan Diana.

"Ohhh mama tak support anak sendiri ek" kata Ammar.

Puan Diana hanya ketawa.

Sara menjelirkan lidahnya. Padan muka.

"Kau nak apa? " soal Ammar.

Sara mula berfikir. Apa yang dia nak? Entah la.

Tiba-tiba dia teringat wishlist yang dia buat. Dia mahu pergi ke taman tema.

"Malam nanti aku ws kau" kata Sara.

"Kenapa tak bagitahu sekarang? " soal Ammar.

"Saja" jawab Sara lalu meneruskan suapannya.

***

'Aku dah book ticket untuk dua orang.' Sara menghantar chat whatsapp kepada Ammar. Dia turut sertakan sekali gambar tiket yang dia pesan melalui atas talian.

'Woi, kau saja nak bagi aku penat kan? Esok tu aku dah start kerja tau' balas Ammar.

'Ala, hari first kerja apa je ada' balas Sara.

'Memang la dia ni' balas Ammar.

Sara sengih sendiri. Rasakan. Biasa dia sahaja yang mengikut Ammar ke mana-mana. Kali ini, Ammar pula yang harus mengikutnya.

Sara ambil kertas wishlist yang dilipat kemas. Kotak pergi ke taman tema ditanda.

***

"Kau serious la nak naik yang ni? " Ammar pandang Sara tak percaya.

"Yee la" kata Sara.

"Bukan dulu kau kata mati hidup balik pun kau tak nak naik ke roller coaster ni?" tanya Ammar.

"Tu dulu" Sara sedar. Mana ada orang mati hidup balik. Dia harus cuba segala yang pernah dia takuti.

"Ish kau ni, pelik pelik je." kata Ammar.  Mereka duduk di seat mereka. Sebaik sahaja roller coaster itu bergerak, terus Ammar menjerit sekuat hati. Sara disebelah tak henti henti ketawa.

Last Wishlist✔Where stories live. Discover now