BAB 6

908 103 2
                                    

Sara sudah bersiap siap dengan beg galasnya. Dia bawa bekal roti dan air masak sahaja sebagai bekalan untuk hiking.

"Ibu, Sara pergi dulu tau. " jerit Sara dari luar rumah. Sara pandu kereta perodua myvinya ke destinasi yang ingin dituju. Dia dan Ammar sudah berjanji untuk berjumpa di sana.

Ramai orang yang datang untuk hiking pada hari itu. Maklumlah, hari cuti.

Sara bersandar pada keretanya. Matanya asyik melihat orang-orang yang semakin ramai. Ada yang datang dengan rakan-rakan, ada yang datang dengan pasangan. Tak kurang juga yang datang dengan keluarga.

Jam ditangan dipandang lama. Janji pukul 8 pagi, sekarang sudah pukul 9 pagi. Bayang-bayang Ammar pun tak kelihatan lagi. Matahari mula memancarkan sinarnya. Sara masuk ke dalam kereta. Tak larat nak berdiri lama-lama.

No telefon Ammar dihubungi beberapa kali namun tidak dijawab.

'Ammar ni lupa ke apa?' getus hatinya.

'10 minit lagi dia tak sampai, aku balik' kata Sara dalam hatinya.

***

Ammar parking kereta di bawah pokok. Matanya melilau-lilau mencari Sara.

Kawasan mendaki itu sudah agak lenggang ketika itu kerana hari sudah mulai panas. Jam ditangan sudah menunjukkan angka 11.  Ammar terlambat datang.  Sara dah balik.

Ammar cuba untuk menghubungi Sara namun panggilannya tidak dijawab. Mungkin Sara merajuk kerana dia tak menepati janji? Itu kata hatinya.

~~~

Sara berjalan-jalan di tepi tasik. Sara cuba pujuk hatinya sendiri. Dia betul betul teringin nak pergi hiking dengan Ammar. Sampai hati Ammar mungkir janji. Tapi siapa dia untuk merajuk? Dia bukan sesiapa...

Dulu Ammar pernah mengajak dia untuk hiking bersama ketika mereka masih belajar namun Sara menolak. Sara tak suka aktiviti lasak ketika itu. Berbeza dengan Sara yang sekarang. 3 tahun Ammar jauh, cukup untuk buat dia berubah.

Sara keluarkan telefon dari poket seluarnya. Mod on ditekan. Sengaja dia mematikan telefonnya tadi.

14 misscalled dari Ammar.

"Sara, kau balik dah ke?" -Ammar.

Sara cuba fikir ayat untuk dibalas. Namun, belum sempat dia mahu membalas, Ammar sudah menghubunginya.

"Sara, puas aku call kau" kata Ammar. 

"Kenapa?" soal Sara.

"Sorry aku lambat tadi. Aku sampai kau dah balik" jawab Ammar.

Sara diam. Lama dia tunggu Ammar. Agak-agak pukul berapa agaknya Ammar sampai disitu? Sara berteka teki dalam hatinya.

"Sara, kau merajuk ke? Aku mintak maaf weh. Aku tolong Lisa tadi" kata Ammar apabila Sara hanya diam tak bersuara.

Tut tut tut... Panggilan terputus. Sara yang putuskan. Lisa lagi.

Ammar mengerutkan dahinya. Pelik. Takde line atau Sara yang putuskan?

Ammar mengakui kerana dia telah mungkir janji. Tapi, semuanya tak dirancang. Ammar secara kebetulan terserempak dengan Lisa. Kereta Lisa rosak. Jadi Ammar tolong call mekanik, teman Lisa sampai kereta dia siap dibaiki. Kebetulan, kedai pula hanya dibuka mulai jam 10.

Kenapa Sara call Ammar tak angkat?

Phone Ammar dalam flight mode. Tertekan tanpa sengaja.

Ammar mengeluh perlahan. Mungkin dia perlu beri Sara masa untuk tenangkan diri.

Last Wishlist✔Where stories live. Discover now