BAB 3

942 99 1
                                    

Bunyi hon di depan taska buat Lisa dan Sara sama-sama melihat ke luar. Sara dah agak, pasti Ammar.

Ammar dengan penuh gayanya, berkemeja  ungu, berseluar slack hitam, dan spek hitam keluar lalu berdiri sambil sandar pada kereta.

Sara keluar sambil bercekak pinggang.

"Oi, kau tak kerja ke curi tulang?" Sara bertanya.

"Elok sikit ek, tengok jam la. Kan waktu lunch ni. Jom!!!" kata Ammar.

Sara buat muka pelik.

"Jom ke mana?" soal Sara.

"Makan lah. Takkan jom balik pulak" jawab Ammar.

"Cepat nanti aku lambat masuk office semula" kata Ammar lagi.

"Lisa, aku keluar kejap tau. Tolong ambil handbag aku boleh?" pinta Sara. Lisa hanya menurut. Handbag dihulur pada Sara. Lisa terpandang Ammar. Ammar melambaikan tangannya.

'Ish pelik betul mamat ni' kata Lisa dalam hati.

Lambaian Ammar dibalas dengan jelingan tajam lalu Lisa segera masuk ke dalam taska.

Sara masuk ke dalam kereta.

"Siapa tadi tu? " soal Ammar.

Sara menoleh. Ammar maksudkan Lisa ke?
Ye la kot.

"Lisa, cikgu Lisa" jawab Sara.

"Ouhh. sombong betul. Dia jeling aku tadi" kata Ammar.

"Hahahaha, bukan kau memang patut dijeling ke?" gurau Sara.

"Aku ni patut dilihat, sebab aku terlalu kacak. " bangga Ammar.

Sara buat muka meluat. Eyy nasib baik memang betul kacak.

***

Sara pulang semula ke taska. Ammar yang menghantarnya. Lisa segera mendapatkan Sara.

"Siapa laki tadi tu? "Soal Lisa

"Kawan" balas Sara.

"Ye ke kawan? Ke.... Boyfriend?" teka Lisa

"Ya ampun tak percaya sudah. Kawan je la" balas Sara.

"Kawan tu ke yang pergi theme park dengan kau semalam sampai kau penat cam ni?" soal Lisa.

"Ala, aku yang ajak dia. Bukan salah dia" kata Sara.

Lisa ni overprotective. Silap silap diserangnya Ammar. Risau.

"Dah tu dia ikut je? " soal Lisa tak berpuas hati.

"Ye la. Takkan dia nak reject permintaan kawan yang paling dia sayang ni pulak" jawab Sara.

Lisa malas bertanya lebih. Dia tak mahu menyibuk urusan orang lain.

***

Sara pandang kertas di tangannya. Hanya berbaki dua lagi hajat yang masih belum ditanda. Sebenarnya satu sahaja. Kerana dia pasti hajat yang satu lagi itu takkan tercapai.

Itu wishlist yang dia senaraikan selepas dia dikhabarkan tentang penyakitnya. Dia tak mahu ada penyesalan dalam hidupnya.

📌hiking
📌----------

'hiking nanti jom' Sara menghantar whatsapp kepada Ammar.

Ting.

Bunyi notifikasi whatsapp. Laju betul reply mamat ni.

Last Wishlist✔Where stories live. Discover now