*p/s: on audio
"Err, maksud aku.. Kalau nanti tiba-tiba aku tukar mengajar tempat lagi jauh ke? Ha kan susah dah nak jumpa time tu" terang Sara.
"Kenapa nak pindah jauh-jauh? Ibu kan ada kat sini. Nanti siapa nak tengokkan ibu?" jawab Ammar.
"Kau kan ada. Janji dengan aku kau jaga ibu aku macam mama kau tau" kata Sara.
"Takyah janji. Ibu tu dah macam mama aku dah." jawab Ammar.
Sara senyum. Sekurang-kurang ada Ammar untuk menjaga ibunya bila dia sudah tiada nanti.
Hujan mulai turun rintik-rintik.
"Jom la balik. Hujan dah ni. Jap lagi basah kita" kata Ammar. Jaket yang dipakainya ditanggalkan lalu dia melindungi kepala Sara dengan jaketnya itu daripada terkena hujan. Sara mengangguk setuju.
Ammar hantar Sara hingga ke depan pintu rumahnya.
"Thank you! Jangan lupa janji weekend ni" kata Sara sambil tersenyum.
"Iyoo la cik Sara. Takkan la aku lupa" jawab Ammar.
Kereta Ammar yang berlalu pergi dari rumahnya itu dipandang hingga hilang dari pandangan.
Bahagia? Mesti lah.
Sara masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri. Selesai mandi, Sara buka laci mejanya.
Sebotol ubat dikeluarkan lalu Sara telan dua biji pil. Sejujurnya, sakit Sara semakin bertambah teruk ketika ini. Kadang-kadang Sara sendiri risau. Risau kalau hajatnya tak sempat tertunai. Entah sempat entah tidak.
Tapi selepas mendengar janji Ammar tadi, impian yang nampaknya terkubur itu seperti ada sinar semula. Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan segala-galanya.
Sara baring lalu tertidur kesan dari pil yang dimakannya tadi.
***
"Ammar rasa, masa yang Ammar bagi pada Lisa dah terlalu lama. Lisa tak ada jawapan lagi?" soal Ammar penuh berharap.
Lisa hanya tunduk.
Melihat Lisa yang hanya diam itu, Ammar kembali bersuara.
"Tak ada peluang langsung ke untuk Ammar?" soalnya.
Lisa mengeluh perlahan.
"Lisa betul betul minta maaf. Tapi Lisa tak cintakan Ammar sikit pun. Lisa dah cuba paksa hati Lisa untuk terima Ammar... Tapi.... Lisa tak boleh" jawab Lisa. Kepalanya masih menunduk memandang lantai.
Ammar diam. Mengambil masa untuk berfikir.
"Langsung tak ada peluang lain untuk Ammar buktikan yang Ammar betul betul sayangkan Lisa?" soal Ammar. Tak mahu mengalah terlalu awal.
"Sorry Ammar. Tak ada. Lisa betul betul minta maaf. "Ujar Lisa sebelum bangun dan berlalu pergi dari situ.
Ammar meraup mukanya.
Matanya memandang susuk tubuh Lisa yang kian hilang dari pandangan. Perlukah dia berhenti berharap? Perlukah dia berputus asa?
***
Sara memandang jam di tangan. Sesekali pandangannya dihalakan ke arah luar rumah. Kata Ammar, dia akan datang menjemput Sara jam 7.30 pagi.
Sara hanya mengenakan sehelai baju jersie dan seluar track sukan berserta bucket hat bagi melindungi wajahnya dari sinaran matahari.
"Ammar jemput pukul berapa?" soal Puan Siti apabila Sara masih lagi di situ.
"Entah dia. Kata pukul 8.30 ni dah lima minit lewat" kata Sara.