BAB 4

895 93 0
                                    

***

Lisa jeling Ammar yang duduk di depannya kini.

"Awak kata Sara ada. Awak tipu" marah Lisa.

Geram kerana ditipu Ammar. Kalau dia tahu tadi, tak hendak dia pergi berjumpa Ammar.

"La, saya ingat Sara ada kat rumah. Sorry" jawab Ammar serba salah.

"Saya tak suka orang tipu saya. Dah la guna kan nama Sara. Kalau Sara tahu memang habis la awak" kata Lisa.

"Jangan la gitu. Sara takkan marah saya la. " kata Ammar.

"Tu Sara. Saya akan dan sedang marah awak!" kata Lisa.

Ammar tergelak kecil. Lisa marah, tapi dia rasa kelakar. Adakah dia benar sudah jatuh cinta?.

"Apa yang kelakar sangat?" soal Lisa.

"Awak la" jawab Ammar.

"Comel je bila marah" sambung Ammar lagi.

Lisa menjeling lagi. Lelaki di depannya ini ada sahaja perangainya. Macam-macam.

***

Sara masuk kerja seperti biasa hari itu setelah sekian lama bercuti. Lisa segera memeluk Sara.

"Sara, lamanya kau cuti!" kata Lisa.

"Mana ada lama. Baru sebulan. " jawab Sara.

"Sebulan tak lama? Biar betul kau ni" kata Lisa.

"Kenapa? Kau rindu aku?" soal Sara.

"Takkan tak rindu. Aku buat kerja sorang sorang tau. Patah belakang aku ni" rungut Lisa.

Sara ketawa. Ada ada saja kawannya ini.

"Dah lah member kau tu hari hari datang sini" adu Lisa.

Sara curiga. Siapa?

"Kawan kau tu la. Ammar" jawab Lisa.

"Buat apa dia datang sini?" soal Sara.

"Dia kata saja lalu. Alang alang dah lalu, singgah duduk kejap" kata Lisa.

"Masalahnya hari hari dia singgah. Geram pulak aku" rungut Lisa.

Sara senyum. Mungkin betul tekaannya. Ammar mula suka akan Lisa. Dari cara Lisa bercerita sahaja sudah menjelaskan segalanya.

"Ye ke saja singgah? Ke saja nak jumpa kau?" usik Sara.

Lisa mencubit Sara.

"Kau ni kann. Eiii "

Sara ketawa.

"Haritu aku pergi rumah kau dengan Ammar, tapi kau takde" kata Lisa.

"Bila?" soal Sara. Otaknya cuba mengingati.

"Dua minggu lepas kot" kata Lisa.

Bingo!

Jadi Lisa la orang yang ibu nampak.

"Ohh ibu ada bagitahu Ammar datang. Taktau pulak dia datang dengan kau" kata Sara.

"Ish, dia tipu aku masalahnya. Dia kata kau ada sekali, aku ikut la. Rupanya kena tipu. Mengamuk aku" kata Lisa.

Sara hanya senyum. Lisa, lisa. Susah la Ammar macam ni.

***

Hari berganti hari. Dulu, bila keluar dengan Ammar pasti berdua sahaja. Sekarang pasti ada Lisa sekali.

Last Wishlist✔Where stories live. Discover now