BAB 8

1K 96 0
                                    

'Datang kat location yang aku send tu beb' -Lisa.

Sara mengerutkan keningnya. Ada apa Lisa mahu berjumpa dengannya malam malam begini? Kenapa tak tunggu esok je?

Sara segera bersiap. 20 minit kemudian dia  segera memandu ke lokasi yang diberi.

***

Sara turun dari keretanya. Dia baiki sedikit tudung bawalnya yang sedikit senget. Dress floral simple sahaja yang sempat disarungnya tadi. Tak sempat nak pakai lawa-lawa.

Mana Lisa?

'Aku kat dalam, meja no 7'-Lisa. Pesanan dari Lisa dibacanya.

Sara masuk ke dalam restoran itu. Restoran itu cantik dari luar. Betul betul di tengah tengah laut. Sara tak pernah ke sini lagi. Tak tahu pula dia jika tempat ini wujud selama ini. Kalau dia tahu, hari hari dia nak pergi sini.

Meja no tujuh agak terlindung di sebalik tiang. Sara mendekati meja tersebut tanpa syak wasangka.

Sara terkaku.

Ammar!

Ammar senyum saat melihat Sara. Manis. Senyuman yang paling Sara suka lihat.

'Lisa ni sengaja suruh aku gantikan date dia ke macam mana?' soal Sara dalam hati.

Sara duduk.

"Lisa mana?" soal Sara.

Ammar menjongketkan bahunya tanda taktahu.

"Suka hati je hantar orang lain gantikan date dia" kata Sara geram.

"Siapa kata ni date aku dengan Lisa?" soal Ammar pula.

"Dahtu? Dengan lilin bagai ni. Takkan dengan aku pulak" jawab Sara.

"Kenapa? Tak boleh ke kalau dengan kau?" soal Ammar

Sara terdiam. Jelingan diberikan. Sara sedar dirinya siapa. Dia bukan sesiapa kecuali kawan buat Ammar.

"Ni untuk kau la ni. Tanda minta maaf aku... Suka tak?" soal Ammar teruja.

'Oh tanda minta maaf je rupanya' katanya dalam hati. Sedikit kecewa.

"Biasa je. " kata Sara.

"Kau tak suka ke? Kau nak apa? Bagitau je. Semua aku buat" kata Ammar.

Sedaya upaya dia cuba memujuk Sara. Dia benar-benar mahu memujuk Sara.

"Semua?" soal Sara.

"Aah semua." jawab Ammar bersungguh.

"Okay, lepas makan aku bagitahu" jawab Sara.

Ammar pandang Sara curiga. Pasti ada agenda.

Sekejap saja rajuk Sara. Mereka berdua makan sambil berbual. Kalau dilihat dari jauh, seperti pasangan bahagia.

Sara tak sangka Ammar juga romantik orangnya. Kalau dengan kawan pun dah romantik macam ni, apatah lagi dengan girlfriend dia nanti kan? Untung perempuan bertuah tu.

"So apa dia yang kau cakap nak mintak tu?" soal Ammar selepas mereka siap makan.

Sara senyum jahat. Ammar tahu pasti ini bukan idea yang baik..

Sara buat isyarat ke arah laut. Ammar tak faham.

"Tak faham la. Nak aku buat apa ni?" soal Ammar.

"Terjun" kata Sara.

Ammar bulatkan matanya tanda tak percaya.

"Kau biar betul. Malam-malam gini?" soal Ammar.

Last Wishlist✔Where stories live. Discover now