Hari baru, pengalaman baru! Kerana hari ni cuti, y/n memutuskan untuk bangun sedikit lewat. Akan tetapi niatnya itu hancur berkecai apabila terdengar suara ketukan dari luar biliknya.
Tok! Tok! Tok!
"Y/n, jom turun, aku dah siapkan makanan," dengan serta merta y/n bangun dari tempat tidurnya. 'Aik? Budak tu pandai memasak ke? Bukan ke dia tu lelaki?'
5 minit kemudian, y/n turun ke dapur. Di atas meja makan, terdapat sup cendawan yang masih panas dan beberapa keping roti halia.
"Serius kau masakkan sarapan ni?" y/n masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Aroma sup cendawan yang pekat itu terasa mewah sekali.
Asahi cuma diam dan mempelawa y/n duduk.
-skip-
Y/n cuma termenung jauh. Dia sendiri tidak tahu apa yang difikirkannya, dia cuma menatap kosong televisyen di hadapan.
"Y/n..." lamunannya terhenti apabila seseorang menepuk bahunya. "Ye? Kau nak keluar ke?" tanya y/n. Asahi menjawab "Tak ada lah, aku cuma tengok kau termenung je, aku kira kau ada masalah,". 'Budak ni boleh tahan caring juga orangnya, dia normal, tapi dia tutupnya dengan perangainya yang susah nak bercakap tu,' y/n memandang Asahi datar.
"Em, memandangkan cuti, aku pun taknak kau bosan, jom pergi mall. Aku nak beri barang bulanan sekali shopping baju. Boleh tak?" y/n merengek dengan membuat muka comel.
Asahi yang menatapnya tiba tiba mengalihkan pandangan, tanpa dia sedari, senyumannya semakin melebar. Ciee salting~
Y/n juga ikut tersenyum, dia boleh lihat senyuman Asahi walaupun dari belakang. 'Akhirnya senyum juga budak ni, bukannya dia sentiasa masam, tapi sebab dia pun manusia, dia boleh tersenyum juga'.
-skip-
"Sahi, kita tak plan nak pakai hoodie couple kan?" Y/n bertanya Dan Asahi menggeleng.
Hoodie mereka memang seperti couple kerana warna yang sama dan design sama."Tapi kalau nak tukar makan masa pula, kita pakai je lah ye," Asahi menjawab dengan mukanya yang datar tapi sebenarnya dia memang nak sangat pakai pakaian couple.
Asahi tanpa banyak bicara terus memegang tangan y/n. Dia sedikit terkejut mengapa Asahi berbuat demikian tetapi dia merelakan sahaja.
Setelah sampai di mall, y/n terus mengambil bahan bahan bulanan yang dia perlukan dengan bantuan Asahi. Mereka memang kelihatan seperti sepasang kekasih.
Y/n ingin mengambil tisu, tetapi tempatnya terlalu tinggi. Dia tidak ingin menyusahkan Asahi, jadi dia berusaha mengambilnya hingga tidak sedar yang dia hampir terjatuh. Untung sahaja Asahi sempat menyambutnya, tetapi mereka kelihatan malu-malu. Muka y/n juga memerah.
-skip-
"Asahi, jom pergi makan, aku dah lapar. Tapi kau belanja eh," tingkah y/n seperti kanak-kanak. "Ye ok, jom. Nampaknya kat sana ada kafe baru buka, makan kat situ je lah ye," y/n cuma mengangguk tanda setuju.
Kerana mereka sememangnya terlihat seperti couple, mereka mendapat promosi sewaktu memesan makanan masing masing.
"Untung kan, nasib baik pakai baju sama, dapat promosi lagi," y/n tersenyum nakal. Asahi cuma mengangguk dan senyum.
"Oh, tadi kenapa kau beli banyak sangat barang? Sempat ke habis dalam sebulan?" tanya y/n.
Asahi menjawab dengan muka bersahaja, "Kau bagitau aku semalam kalau nak dapat ramai kawan kena buatkan mereka tersenyum atau selesa, jadi aku beli tu untuk mereka esok,"
"Oo, tentang tu. Tapi kau kena bahagiakan diri kau dulu, baru kau nak kisahkan tentang orang lain, tau," ucap y/n lembut. Lalu dia sambung makan.
Asahi menyedari sedikit krim dari kek yang dimakan oleh y/n berada di atas hidungnya. Y/n memang seperti kanak-kanak, makan pun masih comot. Tanpa bercakap banyak, Asahi mengelap krim itu menggunakan ibu jarinya, dan itu membuatkan y/n jadi malu-malu.
Di sebalik kemesraan mereka, ada seorang perempuan yang memantau mereka sejak tadi, "Berani kau rampas Asahi aku! Aku akan pastikan kau hidup merana macam keluarga kalian tak lama lagi!" kata perempuan tersebut dengan tatapan yang tajam.
__________________________________
Nak part seterusnya?
Sebelum tu like dan comment dulu tau♡
Jangan lupa follow mai juga, nanti mai follow back korang.
Sabar ya kalau nak part seterusnya💎
![](https://img.wattpad.com/cover/290673881-288-k186405.jpg)
YOU ARE READING
CINTA INTROVERT || 아사히 [✓]
FanfictionUsaha Kim Y/n untuk membuat seorang Asahi yang sangat pendiam dan misterius menjadi orang yang normal, ceria dan percaya diri akhirnya berjaya setelah mengetahui punca Asahi menjadi orang seperti itu pada satu malam. Hari Ulang Tahun Asahi kini tiba...