Bab 5: Kejadian Malam

143 18 2
                                    

Malam ini juga masih hujan seperti biasa. Setelah makan malam, y/n duduk di sofa sambil memakan cheesecake dan menonton televisyen.

Tok! Tok! Tok!

Pintu rumah y/n diketuk. 'Aish, siapa pula malam malam ni? Dah lah hujan pula tu,' omel hati y/n. Untungnya y/n punya CCTV, jadi dia boleh tengok siapa yang ada di luar rumahnya dengan hanya menggunakan telefon.

"Asahi?!" jerit y/n tapi dengan suara yang sedikit perlahan. Dia terus membuka pintu dan mempelawa Asahi masuk tanpa banyak tanya.

Asahi kelihatan basah lencun sekali. Di muka serta tangannya terdapat beberapa luka. Dia juga membawa dua buah beg yang bersaiz besar dan sederhana.

"Ni, ambil tuala ni. Dan lepas tu kau tukar baju, kalau tak kau akan demam. Oh by the way bilik tamu yang dekat tingkat atas sebelah kiri, tu bilik kau ye. Kalau ada apa-apa, bagitau aku," y/n terlihat peduli tentang Asahi ketika dia menghulurkan tuala.

Setelah Asahi masuk ke dalam bilik, y/n membuatkan dua gelas hot chocolate bersama marshmallow. Tidak lupa juga, dia mengambil kit pertolongan cemas kerana dia sedar ada luka di tangan Asahi.

Asahi turun dari tangga rumah itu, dan y/n mengajaknya duduk di atas sofa.

"Ni, ambil hot chocolate ni, tak panas sangat tu, suam suam sikit je," y/n menghulurkan gelas itu dan Asahi menerimanya.

Asahi segera menghirup hot chocolate itu. Ya, badannya sejuk dan dingin sekali.

"Sahi, boleh duduk di sini sebentar?" ucap y/n dengan lembut. Dia menepuk perlahan tempat duduk di sebelahnya supaya Asahi duduk di situ.

"Kenapa?" Asahi hanya memandang kehairanan, tetapi dia tetap duduk di sebelah y/n.

Y/n mengeluarkan peti pertolongan cemas yang dia ambil tadi lalu mengambil beberapa ubat luka dan kapas. Asahi berpaling ke y/n, mukanya sedikit takut.

"Jangan risau, ni cuma ubat, tak perlu nak sorokkan luka tu, sebab aku boleh nampak. Banyak tu," y/n menunjuk luka-luka kecil di muka Asahi.

Akhirnya Asahi mengalah dan dia membiarkan y/n merawat lukanya. Selesai sapu ubat, y/n meletakkan plaster luka di tangan dan di bahagian kening Asahi.

"Kenapa kau tak bertanya atau panik kalau ada orang yang dalam situasi aku ni?" Asahi akhirnya mengeluarkan suara.

"Kalau aku panik dan banyak tanya macam 'eh, apa yang terjadi? Kau ok?' tu boleh mendatangkan rasa tidak selesa. Jadi aku cuba elakkannya, tapi kalau kau nak beritahu sesuatu, katakan lah, aku sedia untuk mendengar," y/n seperti biasa tersenyum manis.

Air mata tiba tiba jatuh dari kelopak mata Asahi. Dia teringat akan mendiang emaknya yang mempunyai senyuman mirip dengan senyuman y/n.

Itu juga pertama kali bagi y/n melihat Asahi menangis.

"Adakah aku terlepas cakap?" Asahi menggeleng kepalanya.

"Em, y/n, boleh aku tinggal di rumah kau beberapa hari ni?" Asahi bertanya dengan malu malu.

"Boleh je, lagipun aku dah lama tak ada housemate sejak jadi sebatang kara," Asahi mengangguk tanda memahaminya. Sungguh, kehidupan y/n yang tidak mempunyai siapa siapa lebih teruk darinya.

"Kalau boleh, aku nak tanya, kau kenapa ye sampai luka luka macam ni?" pertanyaan y/n mengejutkan Asahi.

"Sebenarnya..."

-skip-

Y/n masuk ke dalam biliknya dan terus merebahkan badannya di atas katil. Mukanya sembab kerana dia menangis gara gara cerita Asahi.

Dia akhirnya faham mengapa Asahi jadi murid yang diam dan misteri. Ini kerana dia banyak memendam luka dan perasaan.

Kehidupan Asahi juga tidak kalah pahitnya. Emaknya telah meninggal dunia, dan Asahi sama seperti y/n, mereka anak tunggal. Asahi tinggal bersama ayahnya yang sering pulang dalam keadaan mabuk. Dan pak cik itu adalah lelaki mabuk yang y/n jumpa sewaktu ingin ke minimarket. Setelah pulang, Asahi sering dipukul dan dimarahi oleh ayahnya. Sebab itu dia mempunyai banyak bekas luka sewaktu datang ke rumah y/n.

Akhirnya, y/n terlelap dalam keadaan yang masih menangis.

__________________________________

Nak part seterusnya?
Sebelum tu like dan comment dulu tau♡
Jangan lupa follow mai  juga, nanti mai follow back korang.
Sabar ya kalau nak part seterusnya💎

CINTA INTROVERT || 아사히 [✓]Where stories live. Discover now