Y/n takjub memandang hiasan yang ada di dalam dewan itu. "Wah, cantik betul dekorasi ni, pandai betul kau pilih designer," ujarnya kepada Hyunsuk.
"Entah macam mana nak balas budi kau ni, kau kan dah banyak tolong aku, siap dewan, pembantu sampai hampir semua kau buat," keluhnya.
"Alah, benda kecil je ni, tapi kalau kau betul nak balas budi aku, satu je aku minta, bila sesuatu yang tak dijangka berlaku, kau kena jaga diri kau," lembut sahaja suara Hyunsuk memberitahunya.
Y/n yang mendengarnya terkedu. "Kenapa kau tiba tiba cakap tentang ni? Kan semuanya baik baik je,"
Hyunsuk mengenhela nafas berat dan memandang ke lantai. "Sebenarnya..."
- flashback Hyunsuk -
Pada hari dia keluar bersama y/n, dia berasa tak sedap hati. Macam ada je yang perhatikan mereka. Waktu 5J pajama party dekat rumah dia, baru dia perasan bukan dia je yang tak sedap hati. Rupa rupanya Jihoon dan Junkyu juga merasakan hal yang sama. Dan kerana itu esoknya mereka berkumpul tanpa y/n dan bersepakat untuk lebih mengawal dan menjaganya. Dia juga menyuruh Asahi menjaga dirinya kerana seseorang boleh menggunakannya untuk mengumpan y/n.
- end of flashback -
"Sebab tu aku nak kau lebih hati hati dan jaga diri kau," tapi y/n mencelah, "Buat apa aku nak jaga diri, baik aku mati je daripada membebankan korang terus," ayat nya cukup membuatkan Hyunsuk kaku.
"Erm, lupakan tentang tadi, aku nak balik dulu, terima kasih tau atas segalanya," cepat sahaja y/n menukar topik lalu dia segera pulang.
'Haih, semoga semuanya berjalan lancar,' desis hatinya.
"Boss! Semua sudah hampir siap, ada apa apa lagi yang harus kami lakukan?" PA Hyunsuk, iaitu Na Jaemin bertanya.
"Esok, aku nak kau jemput y/n, ini alamat rumahnya. Oh, satu lagi, kerahkan beberapa orang pengawal lagi untuk menjaga pintu depan, dan beberapa persekitaran lagi," Jaemin menerima sehelai kertas yang bertuliskan alamat rumah y/n. Lalu dia mengangguk.
"Yoshi! Doyoung!" kedua dua orang itu terkejut apabila dipanggil oleh Hyunsuk.
"Apa?" Hyunsuk lalu bertanya kembali, "Hadiah beli tak lagi?" pertanyaannya membuatkan kedua duanya tepuk dahi.
"Ha, lupa lah tu, jom kita pergi beli, ajak yang lain sekali mana tau ada yang belum beli," Yoshi segera memanggil lagi 8 kawannya itu dan mereka pergi.
- di sebelah lain -
Y/n yang kepenatan masuk ke rumah. Ya seperti biasa Asahi mungkin di biliknya. Setelah masuk ke bilik, dia merebahkan badannya ke atas katil.
'Fuh, hari ni betul-betul penat. Tapi aku serius tak sabar nak tunggu esok! Hadiah pun dah ada dalam beg, sekarang-' y/n berhenti bercakap dalam hati sewaktu menerima mesej dari Haruto.
'Y/n, esok kau jangan pakai macam biasa lagi tau,'
'Asal lak? Ada yang tak kena ke?'
'Tak lah, maksud aku, aku tak nak kau asyik pakai hitam je, dah macam malaikat maut, hahaha,'
'Ish, ada ada je kau ni, dah kau nak aku pakai baju apa?'
'Mana aku tau, kau fikir lah sendiri, Asahi dengan kitorang pakai sut je, kau pakai lah warnah putih,'
'Ok ok, nanti aku cari, ha ada apa apa lagi?'
'Esok kau tak payah pergi dengan Asahi, kau senyap senyap je dalam bilik, cantikkan diri kau tu,'
'Kenapa tak payah pergi? Cantikkan diri? Jadi selama ini aku tak cantik lah?!'
'Bukan, kau ni overthinking lah, maksud aku kau tingkatkan kecantikan kau tu, ah, malas aku nak fikir, esok Nana dengan Nono datang ambil,'
'Ish! Lepas satu satu masalah ni, siapa pula Nana dengan Nono tu?!'
'Kau akan tahu sendiri, dah cari baju tu, tidur awal tau! Bye'
Seen
"What? Kau seen macam tu je? Ok fine aku cari baju," y/n akhirnya berputus asa nak bergaduh dengan mamat sorang tu.
Tapi lain pula cerita bila y/n membuka almarinya. Hampir semua baju hariannya berwarna hitam. Patut pun Haruto cakap dah macam malaikat maut.
- skip keesokan harinya -
Satu lagi hari yang penting bagi y/n. Pagi pagi lagi dia sudah bersiap-siap. Acara itu diadakan pada waktu siang kerana sebelah malam mereka ada private party pula.
Tok! Tok! Tok!
"Ye, masuk" Asahi masuk ke bilik y/n lalu duduk di atas kerusi yang terdapat di situ.
"Kau nak ikut kitorang pergi parti tak nanti?" untung sahaja y/n ada pengalaman berlakon, jadi dia boleh handle soalan tadi.
"Parti siapa? Aku taknak ikut lah," Asahi dah mula mencebik. "Ala, please~ kenapa tiba tiba taknak ni? Ke sebab kena pakai sut?"
"Tak, aku ada hal lain, kau keluar ya, siap siap, nanti mungkin Junkyu yang akan jemput kau, bye" y/n memang dah kehilangan skrip nak jawab macam mana, dia mengheret Asahi keluar dari biliknya.
- skip -
1 jam selepas Asahi dijemput, kini giliran y/n pula. Dia masuk ke dalam sebuah kereta dengan berhati-hati.
"Hai, y/n kan? Aku Na Jaemin, boleh panggil aku Nana, dan sebelah aku Lee Jeno, boleh je nak panggil Nono tapi biasanya Jeno je. Kami berdua PA Tuan Hyunsuk," terang Jaemin.
"Hai, ye saya y/n, salam perkenalan Nana dan Jeno," senyuman manis terukir di bibir y/n.
"Kau cantik juga orangnya, Hyunsuk cakap kau ni suka pakai warna hitam, tapi bila tengok dari depan, kau comel dan putih juga," ujar Jeno pula.
Sewaktu dalam perjalanan, mereka bertiga tidak ada idea untuk bercakap kerana baru pertama kali berkenalan.
15 minit kemudian, mereka sampai di tempat yang ingin dituju. Sewaktu y/n keluar dari kereta, semua mata tertumpu kepada dia. Apa yang dia pakai?
__________________________________
Nak part seterusnya?
Sebelum tu like dan comment dulu tau♡
Jangan lupa follow mai juga, nanti mai follow back korang.
Sabar ya kalau nak part seterusnya💎
YOU ARE READING
CINTA INTROVERT || 아사히 [✓]
FanficUsaha Kim Y/n untuk membuat seorang Asahi yang sangat pendiam dan misterius menjadi orang yang normal, ceria dan percaya diri akhirnya berjaya setelah mengetahui punca Asahi menjadi orang seperti itu pada satu malam. Hari Ulang Tahun Asahi kini tiba...