Pagi ini y/n dan Asahi ke sekolah seperti biasa. Biasanya y/n akan berkumpul bersama Treasure kalau waktu rehat, tetapi kali ini dia hilang entah ke mana.
- di rooftop -
Y/n cuma termenung dan memandang kosong langit di hadapannya. Makanan yang dia bawa langsung tidak diendahkan. Entah apa yang bermain di minda nya.
Sehelai kertas yang terbang dibawa angin jatuh di riba y/n. Sepertinya itu poster tentang hari keluarga. Tanpa sedar, air mata jatuh ke pipi y/n.
Dia rindukan mendiang keluarganya, dia tidak sempat ucapkan selamat tinggal untuk kali terakhir kepada mereka.
Tiba tiba, y/n merasakan ada seseorang yang sedang memeluknya dengan erat, ya dan orang itu adalah Asahi.
"Tak apa, teruskan sahaja. Kalau mahu menangis, menangislah sehingga kau tenang, jangan memendam terlalu banyak rasa rindu itu," kata Asahi sambil mengelus rambut y/n yang berwarna coklat gelap.
Kerana terlalu lama menangis, akhirnya y/n terlelap dalam dakapan Asahi. "Selamat tidur ya cantik," ucapnya lembut sambil tersenyum.
Y/n terbangun kira kira pukul 1:45 petang. Di sebelahnya juga terdapat Asahi yang masih setia menemaninya.
"Kau dah bangun?" tanya Asahi.
"Sekarang pukul berapa?" Y/n meneliti jam tangannya dan terkejut "Pukul 1?! Kau tak kejutkan aku ke?!"
"Kenapa aku nak kejutkan? Aku sendiri tak masuk kelas," Asahi berkata dengan bersahaja.
"Jadi-" perkataan y/n terpotong apabila terdengar seseorang memanggil namanya.
"Y/n! Asahi!" oh, itu suara Yedam yang memanggil mereka. Mereka semua datang ke rooftop itu.
"Lama kau tidur, aku ingat terjadi apa apa tadi, kenapa tak masuk kelas?" bebel Mashiho.
"Wey, nama pun orang tidur, tengok, siap bf dia teman lagi," gurau Doyoung hingga membuatkan mereka ketawa.
"Bila masa aku ada bf? Kita pernah bincangkan ke?" Y/n kehairanan lalu memandang Asahi.
"Tak ada lah, kitorang bergurau je pun, jangan ambil serius eh," Jihoon menjawab.
"Malam ni jom pergi Sungai Han, kita tengok bunga api," ajak Hyunsuk.
"Aik, memangnya Seoul ada event eh hari ni?" tanya Haruto.
"Bro, takkan kawan kau sendiri tak boleh nak baca lagi. Hyunsuk kan anak CEO, bila bila masa dia boleh minta ayah dia buat semua ni, kan?" kata Junghwan sambil memandang Hyunsuk yang tersengih seperti kerang busuk.
"Jadi macam mana? Setuju?" Dan semua menjawab "Deal boss!"
- skip malam itu -
Mereka semua datang bak rombongan kerana mereka sama sama memakai baju yang berwarna biru langit.
"Cantik korang berdua, dah macam real couple," goda Yoshi.
"Ish, kan dah janji tak ungkit lagi, kitorang ni housemate je lah," y/n sudah malas nak melayan kerenah mereka.
"Siapa tau kalau housemate buat macam macam," y/n segera memandang Asahi dengan tatapan tajam, dan menghantar mesej telepati kononnya.
'Kau bagitau diorang ke tentang malam tu?!'
'Kau gila, y/n?! Mustahil aku nak ceritakan perkara tu'
'Kalau kau ada bagitau diorang, tak selamat kau malam ni!'
Y/n membuat gaya seperti ingin menampar Asahi. Asahi cuma diam, sungguh dia tak pernah ada niat nak ceritakan tentang tu kat diorang. Tak kuasa eh.
Bunyi letupan bunga api mengalihkan perhatian mereka, y/n yang masih marah tadi terus teruja apabila melihat bunga api yang berwarna warni itu. Jaehyuk menghulurkan plastik berisi banyak snek dan menyuruh y/n memilih satu.
- skip -
Y/n tertidur di atas bahu Asahi ketika dalam perjalanan pulang kerana penat berjaga. Kerana tak sampai hati membangunkannya, Asahi menggendong y/n ala bridal style apabila turun dari kereta.
"Kau boleh ke buka pintu?" Tanya Junkyu yang berada di dalam kereta. Asahi cuma mengangguk lalu masuk ke rumah.
Dia meletakkan y/n di atas katil di biliknya (bilik y/n). Lalu dia mencium kening y/n dengan lembut dan berkata "Sweet dreams baby,"
Asahi sebenarnya sukakan y/n sejak kejadian malam yang hujan itu lagi tetapi dia tidak berani mengungkapkan rasa cinta itu. Biarlah dia tunggu beberapa hari lagi, Asahi ingin mengungkapkan rasa itu pada masa dan waktu yang sesuai.
Author: ciee pada baper semua kan😆 ngaku kalian~
__________________________________
Nak part seterusnya?
Sebelum tu like dan comment dulu tau♡
Jangan lupa follow mai juga, nanti mai follow back korang.
Sabar ya kalau nak part seterusnya💎
YOU ARE READING
CINTA INTROVERT || 아사히 [✓]
FanfictionUsaha Kim Y/n untuk membuat seorang Asahi yang sangat pendiam dan misterius menjadi orang yang normal, ceria dan percaya diri akhirnya berjaya setelah mengetahui punca Asahi menjadi orang seperti itu pada satu malam. Hari Ulang Tahun Asahi kini tiba...