20 minit kemudian.....
Kami pun menemui Anneline dan mendapati Anneline sedang duduk keseorangan di tepi kolam.
Aeska terus kesana dan merentap tangan Anneline.
"Anneline! Mana kamu pergi hah!" Tengking Puan Aeska di hadapan Anneline.
Anneline hanya menjawab...
"Saya nak cari seorang gadis tadi.. tapi tiba tiba hilang..." Kata Anneline.
Semua orang berkumpul di sana dan ingin melihat apa yang terjadi.
Aeska pun menampar dan memukul Anneline di hadapan orang ramai. Malu sungguh.
Selepas itu tangan Anneline pun ditarik Puan Aeska sehingga ke pintu gerbang. Anneline menangis teresak esak tetapi puan Aeska tidak memperdulikannya.
Sampai di dalam van.... Kami pun menaiki di dalam van itu dengan rasa sayu kerana belum lagi puas bermain.
Sedang dalam perjalanan pulang... Aku melihat Anneline menangis teresak esak kerana dimarahi oleh Puan Aeska dan dipukul olehnya. Lagi lagi di hadapan orang ramai ,lagi malu.....
Aku pun memujuknya supaya tidak menangis lagi. Lama kelamaan, akhirnya terpujuk juga dia dengan kata kata manis aku.
****
Sampai pulang.... Kami semua terperanjat apabila melihat Alice pengsan di anak tangga dan melihat patung Elsabelle milik Anneline juga ada di situ.
Puan Aeska pun segera memanggil Ambulans untuk menghantar Alice ke hospital secepat mungkin. Kami pula menyedarkan Alice dari pengsanya itu.
1 jam kemudian......
Ambulans pun datang dan mengangkat Alice sampai ke dalam kereta Ambulans tersebut.
Kami pun mengikuti kereta Ambulans itu dari belakang dengan menaiki van. Sampai di Hospital kami pun duduk menunggu di kerusi sambil memikir tentang Alice. Tidak lama kemudian, doktor pun datang....
"Macamana dengan keadaan Alice?" Tanya Puan Aeska.
"Hmmm, susah Sya nak cakap....." Kata doktor itu.
Kami pun mula berasa sayu apabila doktor kata susah nak cakap tu.
"Hei saya tanya macamana dengan keadaan Alice? Ha!" Tengking Puan Aeska di hadapan doktor itu.
"A..Alice..menghidapi koma sekarang..ni...nie....." Kata doktor itu dengan tergagap gagap.
"Apa! Doktor saya tak percaya dengan semua ni!" Kata Anneline.
"Mungkin kamu tak percaya semua ni tapi.... Kamu harus menerima kenyataan ini..." Kata doktor itu.
Kami pun memasuki sebentar di wad Alice untuk melihat keadaan Alice.
"Alice......" Kataku dalam hati.
Selepas itu, kami pun pulang dengan rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan Alice.
Selepas pulang, Puan Aeska mula menyiasat kami
Bersambung...