part 2

1.2K 35 6
                                    

Ray melangkah masuk ke dalam kelas 5 canggih setelah memarkir motornya.kehadirannya yang lewat pada hari itu menyebabkan seisi kelas memandangnya.mana tidak jadi perhatian kalau dia masuk kelas macam nak masuk pecah rumah orang.salam apa pun tak bagi,sedangkan ada cikgu dalam kelas tersebut.

"Eh,awak,berhenti kat situ."dengan lembut dan tegas,cikgu sarah memberi arahan.dia meletakkan marker di atas meja dan berjalan mendekati ray.memandangkan ray terlalu tinggi dan dia terlalu pendek,dia terpaksa mendongak untuk melihat wajah ray."kenapa awak datang lewat?"

Ray cuma membatukan diri.pandangannya ditala dari atas ke bawah cikgu kecil dihadapannya."siapa pulak minah ni"desis hati kecilnya memandangkan dia tidak mengenali guru baru itu."who are u?"

"Ehem,saya cikgu sarah,cikgu sejarah menggantikan cikgu habibah yang cuti bersalin.oh,awak mesti pelajar yang tak datang kelmarin kan.nama awak rayyan kan?....."cikgu sarah mengenalkan dirinya secara tak rasmi.

"Ray" ray membetulkan panggilan dirinya.dia benci orang memanggilnya rayyan walaupun hakikat sebenar itulah namanya.baginya,hanya seorang sahaja yang boleh memanggilnya begitu.cuma ibunya sahaja.ya,cuma ibunya.

Cikgu sarah angkat kening sebelah."ish,berlagak betullah budak ni" rungutnya dalam hati."okeylah,awak pergi duduk.saya tak nak membazir masa lagi"cikgu sarah berlembut lagi.dia cuba memujuk dirinya supaya bersabar dengan karenah pelajar di hadapannya.dia tidak mahu terlalu garang terhadap anak didiknya memandangkan dia cuma seorang guru ganti.tambahan pula,pelajar di sini kebanyakannya terdiri daripada golongan berada.jikalau tersilap langkah,kemungkinan dia boleh kehilangan kerja.

Ray cuma berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih.beg galas ditangan diletak elok di atas kerusi lalu duduk bersebelahan syah.syah merupakan classmatenya sejak dia tingkatan 4.nama sebenarnya aisyah huda.tapi supaya sesuai dengan gayanya yang kasar,rakan-rakan lain memanggilnya syah.biar ada gaya lelaki sikit.

"Weyh,kenapa kau tak datang kelmarin?kau sakit eh?"syah separuh berbisik.takut juga kalau cikgu baru tu marah walaupun baginya cikgu tu nampak baik je.

Ray tidak menjawab.earphonenya dikeluarkan dari poket seluar.eternal love-michael learns to rock dimainkan.dia malas melayan pertanyaan syah.malah dia tidak mahu orang masuk campur akan halnya.

Syah masih tak berputus asa.dia tahu yang ray tidak akan menghiraukannya.namun dia tetap nak tahu jugak.earphone ray ditarik sebelah.

Ray berpaling menghadap syah.matanya mencerlung tajam ke arah earphone di tangan budak tomboy tu. Matanya memberi arahan yang bermaksud "bagi balik earphone tu"

Syah yang faham akan maksud cerlungan tajam tu menyerahkan kembali earphone kepada tuan asal.takut jugak dia kalau ray naik angin.

Earphone ditarik kasar lalu diletakkan di bawah meja.dia sudah tiada mood setelah dikacau oleh syah.kepalanya dilentokkan di atas meja.matanya dipejam dan fikirannya entah pergi ke mana entah.yang pasti dirinya bukan berada dalam kelas tersebut.

Syah menjeling sekilas ke arah ray.keluhan kecil dilepaskan."arghh susah betul nak cakap ngn mamat ni!" Syah geram akan tindakan ray.setiap hari kalau tak dengar earphone time cikgu mengajar,mesti tak lain tak bukan tidur je kerjanya.tahulah ni sekolah private.cikgu pun tak kisah kalau nak belajar ke tak.tapi tahun ni kan nak spm.patut dia tu fokuslah.

Sudah puas dia menasihati ray.namun ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.syah walaupun dah menjadi classmate ray sejak tingkatan 4.namun dia masih tak mengenali sepenuhnya jejaka di sebelahnya.malah tiada satu pun yang dia tahu tentangnya.dan dia pun tak tahu sama ada ray menganggapnya kawan ataupun tidak.namun dia ikhlas berkawan dengan ray.dan sampai sekarang dia berusaha untuk lebih mengenali ray.ingatannya diputarkan kembali semasa hari pertama ray masuk kesekolah itu.

teman lelakiku 17 tahun!!!???Where stories live. Discover now