Sejak kejadian bertemu dengan ray 2 hari lepas,setiap hari hidupnya tak tenang.selalu gelisah.takut juga dia kalau ray buat kerja bodoh dengan menyebarkan gambarnya.kalau tersebar tak tahulah dia nak letak mana muka.
Selesai menyiapkan tugasan yang diminta oleh encik Lee,maya duduk di mejanya.handphonenya diambil dan nombor seseorang dicari.
'Pervert'
Tertera nama panggilan ray pada skrin lalu dia menelefon namun tidak diangkat.maya mengepal tangan menahan marah.mahu sahaja dia mengamuk kat sini.nasib baik dia ada dalam pejabat.kalau tidak memang dah lama dah.sudah berkali-kali dia cuba telefon ray tetapi tak dijawab-jawab.ish,pandai betul dia mengelak dari aku.siap kau aku jumpa kau nanti.kau tunggulah!
Selepas sahaja waktu rehat tengah hari tiba,maya terus bergegas ke restoran Ai Z.dia kena jumpa jugak ray hari ni untuk pastikan yang ray padam gambar itu.
Sampai sahaja di restoran tersebut,dia terus duduk.sementara menunggu fariz dan Linda menyusul kemudian,matanya melilau-lilau mencari kelibat ray."ish,mana budak ni!!?" Maya menggumam rendah.tak kelihata pula di mana ray.
"Cik nak minum apa?" seorang waiter datang dan mengambil pesanan dari maya.
"Ermm,fresh orange"
"ok,cik tunggu sekejap ya" waiter itu mencatat di atas buku kecil."Wait" maya memanggil waiter tersebut yang baru sahaja mahu angkat kaki.
"Ada nak tambah apa-apa ke cik?" Waiter itu bertanya lagi.
"Tak ada apa-apa.saya just nak tanya kat sini ada tak waiter muka putih-putih and rambut panjang?" Maya bertanya teragak-teragak.sungguh dia tak tahu macam mana nak describe rupa ray tu.
"Ermm,maaf cik.tapi pekerja perempuan kat sini semua pakai tudung" waiter itu tersenyum manis.
"Eh,bukan perempuan,dia lelaki" maya mengoyang-goyang kedua-dua belah tanga.aishh,boleh pulak waiter ni ingat perempuan.tu lah rambut panjang macam perempuan!
"Ohhh.." waiter tersebut ketawa perlahan."ray ke?dia shift malam.pagi ni dia tak ada.dia pergi kelas"
"Ohh..okay.thanks" maya mengucapkan terima kasih lalu waiter itu berlalu pergi.rupa-rupanya dia baru budak U and nama pulak mak aih,macam mat saleh.maya mengomel dalam hati lalu mengeluarkan handphone.hajatnya untuk bertemu ray tidak kesampaian.haila,kenapalah dia kerja malam.masa ni lah nak pergi kelas bagai.mesti dia ni budak u.huh!!bila pulak aku boleh jumpa dia.geram betullah!maya mendengus marah.
****************************************
Usai sahaja kelas kimia di makmal,semua pelajar kelas 5 canggih beredar ke kelas sementara menanti puan norain iaitu guru bahasa melayu masuk.
Shah meletakkan buku kimia ke dalam beg lalu menghempaskan badannya di atas kerusi.letih betul hari ni.tak henti-henti kelas.shah mengeluh panjang.dipandang ray di sebelah.
Ray tengah khusyuk menelaah handphone ditangan.entah apa yang dilihatnya.siap senyum seorang diri lagi.
Syah memandang ray aneh.meroyan dah ke mamat ni.siap senyum-senyum lagi.ehh,wait!dia senyum?tak pernah aku tengok dia senyum.dah gila ke apa..tapi comel jugak dia senyum.tak lah nampak macam singa.desis syah lalu melentokkan kepalanya di atas meja menghadap ray.lama dia berada dalam keadaan sedemikian.ray sedikitpun tidak tersedar.
Ray menilik gambar maya yang ditangkapnya.entah kenapa dia suka sangat tengok maya berperwatakan begini.walaupun nampak kolot.tapi dia tetap comel.kalau boleh setiap hari dia mahu melihat maya.sungguh dia amat merindui wanita ini.tapi dia malu nak bersemuka dengan maya.maya telefon pun dia tak pernah nak angkat.takut tergagap-gagap bila bercakap.

ANDA SEDANG MEMBACA
teman lelakiku 17 tahun!!!???
Romancebagaimana jika si perfect maya,seorang setiausaha berumur 26 tahun berjumpa dengan si dingin rayyan?? tapi si perfect tersebut hanyalah berlakon menjadi gadis yang perfect ditempat kerja dan diri sebenarnya 360 darjah berbeza.masalah mendatang apabi...