part 9

957 36 9
                                        

Maya menjalani hidupnya seperti biasa.pergi kerja,balik kerja.balik-balik makan maggi.lepas tu buka laptop sambung kerja dan tidur.hari-harinya membosankan seperti biasa.tiada yang menyeronokkan.kecuali semasa ray tiba-tiba hadir dalam hidupnya.tapi sekarang dah seminggu lebih dia tak nampak batang hidung ray.lagi pula tak ada sebab untuk berjumpanya.

Hari ini maya pulang dari kerja lebih lewat dari biasa.pukul 10 barulah dia berhenti buat kerja,itu pun masih ada banyak lagi kerja yang belum siap.

Maya turun ke aras utama dari tingkat 5 menggunakan lif.sekarang ni memang dah tak ada orang dah kat pejabat tu.yang ada cuma pak guard yang setia mengawal 24 jam.

Sebaik sahaja dia keluar daripada bangunan pejabatnya,dia berlalu ke tempat parkir keretanya yang terletak di sebelah kiri bangunan dan di sebelah kanan restoran Ai Z.

Memandangkan hari sudah malam,kawasan tersebut lengang dan sunyi.kebetulan pula lampu jalan rosak.hanya samar-samar sahaja cahaya dari restoran sebelah yang menerangi kawasan tersebut.keretanya pula diparkir agak belakang.

"Tap.tap.tap"

Tiba-tiba kedengaran suara derapan kaki dari belakang.perlahan-lahan bunyi derapan itu kedengaran.maya menarik handbag rapat ke badan.jantungnya semakin berdegup laju.sebelah tangan kanan sudah siap memegang senjata di dalam handbag.bersiap sedia sekiranya berlaku apa-apa bahaya.dia cuba menenangkan diri seperti tiada apa-apa yang berlaku.hanya tinggal satu meter sahaja jarak dia dari keretanya.

apabila sahaja sampai di depan pintu kereta,maya terus menekan punat 'on' pada kunci lalu segera membuka pintu.sebaik sahaja dia mahu masuk ke dalam kereta,tangan kirinya dipaut dari belakang dan dia jatuh tersungkur di atas jalan.

Maya segera bangun dan menarik lelaki yang cuba masuk ke keretanya.dengan menggunakan kemahiran taekwondonya,maya menyepak betis kanan lelaki itu lalu lelaki itu jatuh melutut.namun lelaki itu terus bangkit dan menolak maya ke dalam kereta.dia terbaring di atas kusyen kereta dan tulang belakangnya terhentak brek tangan menyebabkan dia mengerang kesakitan.lelaki itu pantas menekup mulut maya daripada membuat bising.

"Tolo.."maya menjerit meminta tolong dan cuba melepaskan diri namun usahanyanya sia-sia.maya terlihat handbagnya yang terjatuh di bawah tempat duduk kiri.dengan berhati-hati maya mengambil pisau di dalamnya lalu mengacukannya ke leher lelakiku itu.lelaki tersebut pantas mengelak dan menolak pisau itu ke leher maya pula.maya dah tak tahu nak buat apa.dia tahu yang nyawanya dalam bahaya dan tak ada guna untuk melawan lelaki berbadan besar di hadapannya ini.perlahan-lahan air matanya mengalir.lelaki tersebut mendekatkan kepalanya ke telinga maya menyebabkan maya semakin gementar dan takut.lelaki itu semakin mendekati maya.maya memejamkan matanya dengan rapat.

Tiba-tiba ada seseorang yang menarik lelaki itu keluar dari kereta.maya membuka mata lalu bangkit dan menyembunyikan diri di bawah seat.

Ray melayangkan satu tumbukan ke muka lelaki tersebut sehinggan tersungkur di atas jalan.lelaki itu pantas bangun dan membalas balik tumbukan ray sehingga ray terdorong ke belakang.

"Arghh!stupid!!" ray semakin berang.dia berlari lalu menerjah perut lelaki itu dan lelaki tersebut ditumbuk berkali-kali di muka.ray mencengkan leher lelaki itu dan memaksanya bangun.lelaki itu sudah terkulai layu.sebaik sahaja ray mahu melayangkan tumbukannya,tiba-tiba ray merasakan tangannya pedih dan perit.ray terpandang pisau yang dipegang oleh lelaki itu.cemas melihatkan darah yang membasahi tangan ray,lelaki tersebut lari menyelamatkan diri.

Ray melihat darah yang semakin banyak keluar dan menitis di atas jalan ray.tiba-tiba dia berasa pening.kepalanya terasa amat berat dan sakit.ray cuba menahan sakit kepalanya.tangan kirinya memegang kepala dan dia menggagahkan diri ke arah maya.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Apr 21, 2015 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

teman lelakiku 17 tahun!!!???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang