part 5

692 29 3
                                        

Jam dinding yang tergantung di depan kelas dikelih berkali-kali.

1:30 p.m

Entah kenapa.hari ni dirasakan masa berlalu terlalu lambat.dia dah tak sabar lagi menantikan pukul 2 akan sampai.dah tak sabar nak tunggu habis waktu sekolah.

Rambut yang jatuh mencecah dahi dibawa ke belakang.sekali lagi matanya ditala ke jam di depan."lambatnya,lambatnya,lambatnya" berkali-kali perkataan tersebut digumam rendah.

Syah di sebelah memandangnya pelik."await mamat ni lain macam ni,biasanya kalau cikgu mengajar dia tidur,tak pun dengar lagu,tapi hari ni dia terjaga elok je.tapi tak nampak pulak macam dia tengah fokus"

"Weyh,kau apasal ray macam tak senang duduk je aku tengok,sekejap sekejap tengok jam,siap berzikir ntah pape dari tadi" syah menegur orang sebelah.suaranya diperlahankan sehabis mungkin kerana teacher rosnani yang garang tengah mengajar subjek biologi kat depan.kalau dia tertangkap mati kutulah
jawabnya.

"Ehem" Ray mendehem sambil buat muka tak bersalah.necktienya ditarik longgar.buku teks yang sejak tadi terbuka dibawa mendekatinya lalu dia berpura-pura mendengar penerangan cikgu biologinya.

Syah angkat kening double jerk."aku tanya kau buat bodoh pulak.aishh!!" Syah mencebik geram.rasa nak pang-pang je mamat ni.ingat aku ni tunggul kayu ke apa!menyesal pulak aku tegur dia.huh!tunggu kau habis sekolah nanti siap lah kau!!

********************************
2:00 p.m
"Yes!!" Ray menjerit gembira dalam hati.tangan kanannya dikepal.sebaik sahaja loceng dibunyikan,serta merta buku biologi dimasukkan ke dalam beg.

"Class,stand.." amri,si ketua kelas bangun memberi arahan.
"Thank you teacher" seisi kelas bangun  dan mengucapkan terima kasih serentak.

Sebaik sahaja teacher rosnani keluar,ray terus bersegera  menapak keluar dari kelas untuk pulang.

"Weyh ray,tunggu ar!" Syah yang baru nak simpan buku-buku atas meja menjerit memanggil ray.tapi ray buat tak endah.

"Bengang betul lah aku dengan mamat tu" syah menumbuk mejanya melepaskan geram.

"Apasal angin semacam je kau ni?" Rafiq yang duduk di depan syah memandangnya pelik.

"Tepi arh kau" syah yang tengah angin menarik kasar begnya.bahu rafiq ditolak kasar lalu meninggalkan rafiq dibelakang.Rafiq menggaru pelipis yang tak gatal."huh,asal aku yang tak tahu menahu pulak dijadikan mangsa ni?" Omelnya dalam hati.
***********************************
Motorsikal kawasaki ninja dihidupkan.helmet berwarna hitam di tangan dipakainya sehingga menampakkan dua biji matanya dan hidung mancungnya sahaja.penutup helmetnya diturunkan.sebaik sahaja dia mahu keluar dari garaj,tiba-tiba ada  seseorang menghalangnya.

Ray brek mengejut.hampir-hampir sahaja dia melanggar orang didepanya.penutup helmet dinaikkan ke atas."arghh,kacau line betul ar minah ni" getusnya dalam hati.

"Kau nak apa" ray bertanya malas.jam ditangan dijeling sekilah.2:15 p.m

"Aku nak cakap ngan kau.sekarang kau pergi letak motor kau.kita cakap kat sana" syah memberi arahan sambil jari telunjuk menghala ke arah bangku yang terletak di sebelah garaj.

"boleh kita cakap esok.sekarang aku ada hal" ray menutur datar tanpa riak.

"No,right now!" Syah mencekak pinggan.suaranya kedengaran keras seolah-olah menahan amarah.

Ray menghela nafas.pangkal hidungnya diurut perlahan.kenapa pulak dia nak marah-marah ni."okay,fine.cakap kat sini je." Ray mengalah.kedua-dua belah dinaikaan keatas.

Syah turut mengalah.dah kira okay lah ni dia nak cakap dengan aku.tapi,macam mana aku nak cakap ni.aku nak bagitau dia kenapa dia tak pernah layan aku baik-baik.kenapa dia tak hargai aku bila aku concern pasal dia.kenapa dia tak pernah nak baik dengan aku.tapi,takkan aku nak cakap benda poyo macam tu.nak cakap ke tak.cepat syah,nak cakap ke tak.syah tiba-tiba pula tak keruan.kepalanya yang tak gatal digaru.sebelah tangan lagi dikepal kemas menahan debar di hati.

teman lelakiku 17 tahun!!!???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang