Badannya berasa segar selepas membersihkan diri.segala kekusutan di kepala semakin kurang.stress betul dia hari ni gara-gara kejadian petang tadi.sakit hatinya bila mengingatkan kembali kejadian tu.geram betul dia dengan waiter kurang ajar tadi.
"Sabar maya..sabar" maya cuba menenangkan dirinya.nafasnya ditarik dan dihembuskan perlahan-lahan.banyak kali dia berbuat sedemikian.tetapi kejadian tadi memang tak boleh dilupakannya.
"Arghhh!!!" Dia menjerit geram menghilangkan tekanan dirasainya.kedua-dua belah tangannya didepakan.seraya itu,badannya dihempaskan di atas katil.
"Ouch" badannya terasa sakit tiba-tiba.serta merta dia bangun dan duduk bersila atas katil.rupa-rupanya dia terbaring atas charger telefonnya.dia mengalihkan charger tersebut keatas meja kecil disebelah katil.matanya tertancap pada handphonenya di atas meja.diambilnya handphone tersebut lalu bersandar pada kepala katil.lama dia menatap handphone tersebut.entah kenapa,setiap kali dia tengok handphonenya mesti dia akan teringat kejadian tadi.aduh,stress betul dibuatnya.
"Tapi kan..mamat tadi macam aku pernah tengok" dia cuba mengingat kembali sambil menongkat handphone pada dagu.
"Aha!" Jari telunjuk dinaikkan tegak ke atas.baru dia teringat.tu lah waiter hensem yang Linda cakap tu."huh,hensem je lebih,tapi perangai..." omelnya seorang diri.
"Tapi..kalau mamat tu waiter hensem tu.maknanya...." jari telunjuk diletak ke bibir.
"Oh my...maknanya dialah waiter yang aku langgar tu" mulutnya terlopong luas.barulah dia teringat tentang tu.tentang kejadian langgar lari kat testoran semasa dia tergopoh-gapah mahu ke pejabat.
"patutlah mamat tu marah bukan main.rupanya dia marah pasal tu..aduh.kenapalah aku tak sedar langsung.dah lah mintak maaf pun tak.kenapalah kau bodoh sangat.kenapa,kenapa" kepala dihantuk ke kepala katil berkali-kali.menyesal pula dia marah tak tentu pasal.padahal ni semua salah dia.rasa bersalah menghantui diri."perlu ke aku minta maaf?" Dia menutur rendah sambil berpeluk tubuh.dia tak tahu mahu pergi minta maaf ke tak.kalau dia pergi,jatuhlah ego dia,kalau tak pergi..rasa bersalah pulak.
"Tik tok" tiba-tiba handphonenya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Maya 'unlock' handphonenya lalu dilihatnya mesej tersebut."unknown number" keningnya diangkat sebelah.siapa pulak ni?
Assalamualaikum,sorry sebab tak datang tadi.saya ada hal.terpaksa saya kirim kat waiter.awak dah dapat handset awak tu?
-unknown number"Ohh,mesti orang bisu tu" desisnya dalam hati.pantas jari jemarinya dilarikan ke atas skrin.
Waalaikumussalam,ohh,takdepape.saya dah dapat handphone saya tu.terima kasih banyak-banyak tau.btw,awak kenal ke waiter tu?
-mayabutang 'send' ditekan.saje tanya pasal waiter tu.mana tahu dia memang kenal.
"Tik tok" mesej masuk.
Sama-sama.saya tak kenallah pulak.kenapa?
"Tak kenallah pulak.." gumamnya rendah.daripada melunjur dia bersila sambil menaip mesej.
"Tarapapa..saje tanya"
Butang 'send' ditekan.selang beberapa minit.mesej baru masuk.
"Okay..ermm,kalau saya nak kenal dengan awak boleh?sebenarnya,sejak awak telefon saya hari tu.saya rasa something pasal awak.something yang buat..saya tertarik kat awak.saya pun tak tahu kenapa.sudi tak awak kenal dengan orang yang serba kekurangan macam saya?"
Maya diam tak terkata membaca mesej tersebut.sungguh dia tak pernah terima mesej macam ni."tertarik?dengan aku?" Jari telunjuk dituding ke muka.sungguh dia berasa lawak.tanpa tertahan lagi ketawanya pecah sampai keluar air mata.aduh,kalaulah dia tahu perangai aku sebenar macam mana.konfem perkataan 'tertarik' tak kan wujud dalam hidup dia."nak balas apa ya?" Desisnya.setelah berfikir panjang dia membalas mesej tersebut.sebelum itu sudah bermacam-macam ayat direka.takut juga dia kalau tersilap cakap.
![](https://img.wattpad.com/cover/36090053-288-k184669.jpg)
YOU ARE READING
teman lelakiku 17 tahun!!!???
Romancebagaimana jika si perfect maya,seorang setiausaha berumur 26 tahun berjumpa dengan si dingin rayyan?? tapi si perfect tersebut hanyalah berlakon menjadi gadis yang perfect ditempat kerja dan diri sebenarnya 360 darjah berbeza.masalah mendatang apabi...