part 3

889 28 0
                                        

Maya keluar dari bilik mesyuarat sambil mengurut-ngurut pelipisnya.3 jam mesyuarat amat-amat meletihkannya.walaupun tugasnya cuma membantu bosnya iaitu,Encik Lee dalam mesyuarat tersebut,namun 3 jam duduk atas kerusi je boleh kasi urat-urat di pinggang berselirat.

"Cik maya,nanti tolong hantar dokumen2 tadi dalam bilik saya" Encik Lee yang turut keluar dari bilik mesyuarat memberi arahan.

"Baik encik" maya mengangguk perlahan.jam di tangan menunjukkan pukul 12:30."dah waktu rehat.lapar lah pulak"desis hatinya.perutnya dah keluar pelbagai lagu sejak mesyuarat tadi.dari lagu pop ke rock ke balada semuanya dah berbunyi.

"Kak Maya,jom pi makan "Linda,yang terserempak dengannya di pintu pejabat mempelawa.

"Thanks,Lin pergi lah dulu.kak maya nak hantar dokumen2 ni kat mr.Lee,restoran biasa ke?"maya menunjukkan fail-fail yg penuh ditangan.

"aah,Lin pergi dengan fariz sekali.jumpa kak maya kat sana eh,nak suruh lin order dulu ke tak?"

"Erm,takyah laa,kak maya order sendiri"

"okay" linda angkat ibu jari sambil tersenyum ceri lalu keluar dari pejabat.maya pula bergegas ke pejabat bossnya.walaupun perut dah lapar.tapi kerja macam manapun kena diutamakan.itulah prinsip kerjanya.sebab tu lah bossnya suka ada setiausaha sepertinya.senang kerja dia.malah,encik Lee jugalah yang mengusulkan namanya sebagai calon untuk jawatan penolong ketua setiausaha.dia yakin maya dapat jalankan kerja dengan baik.

********************************
Maya melangkah masuk ke restoran Ai Z.lalu dia menuju ke arah Linda dan fariz
melambai-lambai memanggilnya.maya tersenyum sambil berjalan mendekati mereka.

"Sorry,korang tunggu lama ke?"maya menarik kerusi di sebelah Linda lalu duduk.

"Tak pun baru je order."fariz di depan menjawab.

"Eh,kak mayapun order lah.ermm,mana waiter ni?"

******************************
Ray menyapu pinggan-pinggan yang baru dibasuh.inilah rutinnya setiap hari selepas balik dari sekolah.sejak 2 hari lalu.dia mula bekerja sebagai pekerja restoran di restoran Ai Z.rutinnya bermula dari pukul 3 hinggalah ke 10 malam.tapi pagi ni dia terpaksa datang pada shift pagi walaupun bersekolah kerana kekurangan pekerja.terpaksalah dia ponteng sekolah hari ni.syah mesti bising esok tanya kenapa tak datang.ray tersenyum sumbing bila teringatkan syah."aish budak kepoh tu"

"Eh,kau budak baru tu kan.sape name kau?" Hisyam yang baru sampai menyapa.

"Ray" ray angkat muka dari pinggan.

"Kau tolong ambik order kat meja tujuh kejap.aku nak pi tandas"

"Ha?"ray buat muka blur.belum sempat bertanya hisyam dah angkat kaki."huh,sejak bila kerja aku ambik order.kerja aku basuh pinggan je kat sini" omelnya dalam hati.nak tak nak dia terpaksa jugak.almaklumlah dia kan pekerja baru.kalau tak kena buli memang tak sah.buku dan pen diambil lalu dia melangkah ke meja tujuh.arghh,sakit hati betullah.dahlah aku memang tak suka bercakap dengan orang.tetiba pulak kena jadi waiter.

"Selamat tengahari,nak minum apa" ray cuba beramah mesra sehabis mungkin.senyum plastik ditampal sehabis cantik.

"Bagi air kosong eh,kau fariz?"maya tanya orang depan."erm,fresh orange" fariz tongkat dagu dengan tangan.

"Okay,cik pulak nak apa?" Ray menunduk sambil mencatat pesanan dua pelangganya.Linda yang duduk di sebelah kiri pula ditanya.

"Saya nak awak"
"What?" Lipat maut dia berpaling menghadap Linda.meroyan ke customer sorang ni.

Fariz dan maya dah pecah tawa."weyh,lin,kau sedar tak ni?" Fariz melambai-lambai tangan depan muka linda.

"Ehhh,bukan.saya nak ca..carrot susu" tergagap linda menjawab.aduishh.boleh pulak dia terkantoi tengok anak teruna orang.

Ray terus mencatat pesanan sambil tersenyum plastik.kalau ikutkan hati mahu je dia lari masuk dapur.nasib malang betul jumpa customer meroyan hari ni.

Sebaik sahaja ray meninggalkan mereka,sekali lagi fariz meletuskan sisa-sisa tawanya."Lin lin,dah sangkut ngan waiter ke camne sampai boleh tersasul"

"Alah,mana aku tau.habis mamat tu yang hensem sangat.sampai terhenti jantung aku tau.nasib tak kena sakit jantung " Linda loyar buruk.kepala yang tak gatal digaru.

"Mesti lin masa tidur semalam mimpi prince charming masuk meminang ni" giliran maya pulak mengusik.

"mana ada kak maya,semalam lin tidur nyenyak sampai mimpi pun takut nak kacau tau"

"Memang a mimpi tak kacau sebab kau tidur tak ingat dunia"fariz mengejek sambil ketawa.

Linda juling mata ke atas. "Ish,kau ni,tak habis habis nak sakitkan hati aku,kak maya,tengoklah kawan kak maya sorang ni"adunya lalu sebelah lengan maya dipeluk manja.fariz pulak makin galak ketawa.

Maya angkat tangan dua-dua belah.tak tau nak bela sape."sorry,i tak nak jadi orang tengah.nanti tak pasal pasal perang dunia ketiga meletus"

"Lin pun malas nak gaduh dengan orang depan.membazir masa je" linda berpeluk tubuh.fariz pulak tak habis-habis dengan ketawa mengejeknya.

"Btw,kak maya,rumah kak maya kat mane ar?lin rasa nak pergi ar" tiba-tiba Linda tukar topik.dah malas nak layan rafiq.menyakitkan hati dan perasaan je.

Maya telan liur.aku salah dengar ke ni."kenapa tiba tiba tanya?" Dia tersenyum manis menyembunyikan kegusaran di hati.aduh,harap-harap lin gurau je.kalau dia nak mari sungguh mati kutu aku.

"Alahh,takde ah.saje je tanya.lin tengok kak maya ni cantik,kemas,sopan santun.jadi mesti rumah kak maya pun cantik jugak.kemas macam kak maya.and mesti kak maya punya skill memasak tip top"

"Tak lah,mana ada,kak maya biasa biasa je tau." Suaranya dicontrol sebaik mungkin.dalam hati Allah je tau betapa berdebarnya dia.kalau lah diorang tau kebenarannya yang aku tak seperfect yang diorang sangkakan.

"Hadoi..merendah diri betul cik maya kita.patutlah boss suke sangat dengan cik maya" fariz pula menambah pujian yang melambung tingginya.maya pulak dah tak tau nak buat macam mana.parah betul.apa yang dia buat semuanya betul kat mata diorang.nak kate aku ada ubat guna-guna tak pula.yang aku buat cuma jaga diri sendiri.tapi diorang pulak yang puji lebih-lebih.

"Kring,kring" tiba-tiba handphone maya berbunyi lalu segera diambil dari handbag."mr.lee?"matanya terbuntabg luas.kenapa pulak telefon time rehat ni.ada masalah ke.serta merta panggilan dari bossnya diangkat."Helo encik,ada apa ya"

Fariz dan linda berpandangan sesama sendiri.macam serius je.maya letak telefon di atas meja setelah selesai berbual lalu bangkit dari kerusi. "Kita kena pergi sekarang.boss nak buat mesyuarat sekarang" maya memberi arahan dengan tegas.fariz dan linda apa lagi.terus bangun untuk segera ke pejabat bersama maya.

Elok sahaja maya mahu berpaling ke belakang.dia terlanggar waiter yang tengah bawa air. "I'm sorry,we need to go" maya tergopoh gapah meninggalkan restoran.linda dan fariz kat belakang turut mengejar.sempat pula mereka meminta maaf kepada waiter yang dah kebasahan dengan minuman-minuman yang ditatang di tangan.

teman lelakiku 17 tahun!!!???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang