part 7

732 32 5
                                        

Maya menahan lapar sejak tengahari tadi lagi.sudah seminggu dia tak turun makan gara-gara tak nak bertemu dengan waiter yang dia cari masalah tempoh hari.Linda dan fariz pun satu,apasal lah diorang suka sangat makan kat restoran tu.haila.terpaksalah dia tolak ajakan Linda untuk makan.sengaja dia buat alasan nak diet kononnya.balik-balik nanti yang disambarnya mee segera jugak.

Sebaik sahaja maya punch card,dia terus balik ke rumah.laparnya dah tak tertahan lagi.sampai-sampai di rumah je,dia terus campak beg atas meja di ruang tamu dan terus ke dapur.

maya mengeluarkan telur dari peti ais dan periuk untuk memasak maggi seperti biasa.memang menjadi kebiasaannya memasak maggi sebab hanya maggi satu-satunya masakan yang dia pandai.

Selepas dibasuh telur tersebut,dia membuka kabinet dan mengeluarkan sepeket maggi yang terakhir.hanya itu sahaja satu-satunya maggi yang dia ada.maklumlah,seminggu ni hanya maggi yang menjadi makanannya.mana tak habis.maya mengeluh perlahan.esok aku kena shopping ni.beli maggi banyak-banyak buat stock.tak sanggup dah aku nak pergi restoran tu and jumpa mamat tu.desisnya.
***************************************
Pasaraya Giant hari ni sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu datang untuk membeli belah.ada yang datang dengan keluarga,kawan-kawan dan ada juga yang datang dengan kekasih.memandangkan hari ini hari hujung minggu,memang penuhlah orang datang singgah ke sini.termasuk Ray juga.hari ini hari jumaat dan dia tidak bekerja.jadi dia ambil kesempatan untuk membeli barang-barang dapur yang dah habis.dia memang suka memasak jadi memang wajib dapurnya lengkap dengan semua bahan.walaupun dia orang bujang dan kebiasaannya golongan mereka cuma makan di kedai.tapi tidak bagi ray.dia lebih suka masak sendiri.mungkin kerana arwah ibunya juga suka memasak jadi sedikit sebanyak kepakaran ibunya diturunkan padanya.

Troli ditolak perlahan sambil matanya melilau-lilau mencari barang yang dikehendakinya.senarai barang ditangan ditenung lama.

-sos lada
-kicap
-garam
-sawi
-kobis
-roti
-jem
-ayam

Semua barang-barang tersebut sudah diambil.sekarang dia hanya perlu mengambil sawi dan kobis.dia menapak ke arah tempat-tempat menjual sayur-sayuran.

Dia mengambil satu tangkai sawi dan memasukkannya ke dalam troli sambil mencari-cari di mana letaknya kobis.setelah dijumpai kobis tersebut,dia menolak troli ke depan.sebaik sahaja dia mahu mencapai kobis tersebut,dia merasakan ada sebelah tangan lagi turut mencapainya.kepalanya diangkat dari memandang kobis kepada orang sebelahnya.

"Sorry" perempuan itu melepaskan kobis yang turut dipegan ray lalu mengambil kobis yang satu lagi tanpa memandang ke arah ray.

Ray memandang lama perempuan tersebut.macam familiar muka minah ni,siapa agaknya.ray cuba mengingat kembali.wait!!minah ni bukan ke...

"Mak cik!!!" Ray menjerit spontan.rasa seperti bermimpi dapat berjumpa maya kat sini.apatah lagi apabila melihat maya berpakain sebegini.dengan track suit,t-shirt merah lengan tiga suku,selipar jepun dan..rambut ikat macam samurai!dia memang betul-betul lain.ray menyangka maya memang seorang yang perfect seperti yang dikatakan oleh kawan-kawannya di restoran.tapi sekarang ni dia hampir-hampir tak kenal dengan wanita di depannya ini.

Maya yang baru mahu memasukkan kobis ke dalan troli berpaling ke arah orang yang menjerit tiba-tiba tu.sebaik sahaja dia melihat siapakah yang menjerit tu,tiba-tiba dia kaku macam ais,rahangnya jatuh ke bawah.alamak matilah aku,ni bukan ke waiter kat restoran tu.kenapa dia ada kat sini.aku nak buat macam mana ni,matilah aku dia dah nampak aku macam ni.maya dah mati akal.perlahan-lahan dia berpaling membelakangi ray dan menolak trolinya.aku kena lari sekarang,buat-buat tak kenal.desis hati kecilnya.

Tiba-tiba..
"Clip"
Ray menangkap gambar maya dengan handphonenya.entah bila masa entah ray berada di depan maya dan menangkap gambar diri maya yang berpakaian selekeh tu.

teman lelakiku 17 tahun!!!???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang