Jam loceng yang terletak di atas meja berbunyi lantang mengejutkan tuannya.namun tuannya sedikit pun tidak terkutik.malah makin lena tidurnya.setelah beberapa minit barulah dia bangun.kakinya dihayun malas ke bilik air sambil menyambar tuala yang terletak di atas kerusi.
Usai mandi,dia memakai kemeja sekolah berwarna putih ke badannya yang sasa.necktie yang terletak elok di atas meja dicapai dan disarungkan ke leher ala kadar.di poket bajunya dapat dilihat dengan jelas tanda nama yang tertulis rayyan ahmad.namun rakan rakan di sekolah memanggilnya ray.
rambut yang dah hampir cecah bahu diikat tocang.kalau sekali tengok macam penyanyi rock indie pun ada.jam ditangan dijeling.dah pukul 7:30 pagi.kalau waktu ni pintu pagar sekolah dah tutup.kalau datang masa ni sah sah kena tahan di pak guard yang setia tunggu kat pagar 24 jam.tapi dia tak ambik pusing pasal semua tu.sudah menjadi kebiasaan baginya untuk sampai lewat ke sekolah.dan entah untuk keberapa kali namanya diambil.bilik disiplin pun dah jadi tempat biasa untuk dia keluar masuk macam rumah sendiri.
Setelah puas dengan penampilan dirinya,begnya digalas sebelah dan kunci motornya dicapai.lalu dia memecut laju ke sekolah yang mengambil masa lebih kurang 30 minit.
*************************
Motornya diberhentikan tidak jauh dari pagar sekolah seri perdana.kelihatan dari jauh seorang pak guard sedang duduk di atas kerusi sambil memakai cermin mata hitam.ray tersenyum mengejek.Motornya menderum garang lalu dipecut laju memasuki kawasan sekolah melalui ruang pagar yang terbuka sedikit,cukup cukup untuk membolehkan motorsikalnya lolos.
Pak guard yang sedang lena tidur terkejut apabila mendengar deruman motor itu.dengan serta merta cermin mata hitamnya diretus kasar."hoi,kurang ajar!!!!" Dia cuba memanggil budak itu namun, dia telah ditinggal jauh.ray menoleh kebelakang sambil tersenyum mengejek.berang dengan perbuatan budak itu, kerusi di depannya diterajang. "Arghhh!!berani kacau tidur aku!!budak kurang ajar!!" Bentaknya dalam hati.
************************************Dia Maya Lina keluar dari kereta honda civic hitamnya setelah diparking.gayanya cukup ringkas hari ini.dengan blouse putih beropol dan seluar jean.rambutya yang hitam disanggul kemas.earphonennya dimasukkan ke dalam beg tangan merahnya.langkahnya diatur dengan cukup elegan ke bangunan warna maju holding.iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang terkenal.
Secara rasminya,pada hari ini,dia telah dinaikkan pangkat sebagai penolong ketua setiausaha yang baru ternyata usahanya selepas berada selama 3 tahun di bawah syarikat ini berhasil.
Berita tentang kenaikan pangkatnya menjadi bualan hangat dalam kalangan warga syarikat itu.maya melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut melalui pintu utama.kedengaran beberapa orang yang lalu lalang mengucapkan tahniah.maya mengucapkan terima kasih sambil tersenyum.bibirnya tidak lekang daripada senyuman.setiap orang yang melihatnya turut merasa senang.maya memang seorang yang amat ramah mesra.tidak kira sesiapun,dia akan melayan mereka dengan penuh hormat.malah tukang sapu pun dia hormat.nasihat ibunya supaya sentiasa menghormati satu sama lain sentiasa terngiang-ngiang di telinganya.
"maya" kedengaran seseorang memanggilnya.dia cukup kenal dengan suara itu lalu berpaling kebelakang.
Fariz yang baru sahaja sampai berlari-lari anak ke arahnya."wahh,ceria betul kau hari ni,orang dapat naik pangkat lain,btw,tahniahlah..."fariz tersenyum nipis menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya.walaupun pujiannya kedengaran seperti mengejek.namun dia ikhlas.maya juga tidak berasa hati.fariz memang begini orangnya.caranya memuji orang agak berbeza.iaitu dengan berpura pura menyakitkan hati orang.fariz amat kagum akan insan di hadapannya.malah dia turut bersetuju apabila pihak atasan bersetuju untuk memilih maya sebagai ketua setiausaha yang baru setelah penolong ketua setiausaha sebelum ini dinaikkan pangkat sebagai ketua setiausaha .walaupun maya baru sahaja bekerja selama 3 tahun dalam syarikat tersebut,pihak atasan memberikannya kepercayaan kerana dia sentiasa memberi komitmen dan bekerja keras dalam masa yang sama,fariz juga turut memendam perasaan terhadap maya.perasaan dipendam sejak 3 tahun yang dulu.iaitu ketika maya mula-mula menyertai syarikat itu sebagai pekerja baru bersama-samanya.
"Terima kasihlahhh"maya turut membalas dengan ejekan sambil tersenyum.senyumannya boleh mencairkan mana-mana jejaka yang melihatnya.namun entah mana silapnya sampai sekarang dia belum mempunyai pasangan hidup.akibat terlalu sibuk bekerja,ada sesetengah orang menggelarnya sebagai workaholic.oleh sebab itu tiada lelaki yang berani untuk memilihnya sebagai teman hidup.almaklumlah,mana ada orang nak jadikn isteri kalau sibuk memanjang.
"Jom naik atas.hari ni aku nak escort kau masuk pejabat " fariz mempelawa maya.
"Mengadalah kau ni fariz"maya mencebik lalu meninggalkan fariz di belakang.
"Weyh,cik editor baru,tunggulah!" Fariz tergelak nakal sambil mengejar maya.hatinya cukup puas dapat mengusik gadis kesukaannya itu.
*************************************
![](https://img.wattpad.com/cover/36090053-288-k184669.jpg)
YOU ARE READING
teman lelakiku 17 tahun!!!???
Romansbagaimana jika si perfect maya,seorang setiausaha berumur 26 tahun berjumpa dengan si dingin rayyan?? tapi si perfect tersebut hanyalah berlakon menjadi gadis yang perfect ditempat kerja dan diri sebenarnya 360 darjah berbeza.masalah mendatang apabi...