LAMA Kamilia berdiri di hadapan restoran mewah itu. Hatinya masih berbelah bagi untuk masuk ke dalam. Sesekali anak matanya meliar ke sekeliling kawasan restoran itu.
Kebanyakkan pengunjung yang masuk ke sini berpakaian lebih kemas. Malah ada di antara mereka memakai pakaian dari jenama yang mahal. Kamilia tunduk melihat diri sendiri. Nafas dihela sedikit berat.“Tak boleh jadi ni. Kalau aku masuk ke dalam, nanti dia pula yang malu. Tapi, kalau aku tak masuk, mak su mesti mengamuk.”
Kamilia semakin serba salah. Takut ibu saudaranya mengamuk. Silap haribulan, seminggu juga dia tak dibenarkan makan malam. Semalam dia teringat pesanan pak su agar berkenalan dengan anak kawan baiknya. Permintaan pak su terlalu berat. Tak mungkin dia layak untuk lelaki seperti Ghibran.
Lekas Kamilia keluarkan telefon bimbitnya. Nasib baik dia sempat mengambil nombor telefon lelaki itu daripada pak su. Mesej dikirimkan kepada lelaki itu. Lama juga dia cuba menulis mesej tersebut. Janganlah dia tersalah mengeja. Malu dia nanti nak menghadap muka lelaki itu.
Beberapa minit kemudian, barulah dia berjaya menghantar mesej tersebut. Harap-harap, lelaki itu dapat memberi kerjasama. Hampir 10 minit dia menunggu di luar. Namun bayang lelaki itu masih belum muncul. Kamilia semakin resah. Janganlah lelaki itu tidak membaca mesejnya.
Tidak lama kemudian, Kamilia ternampak ada seorang lelaki bersut kelabu keluar dari restoran itu. Nafas lega ditarik perlahan. Walaupun ini kali pertama mereka berjumpa, Kamilia dapat mengecam wajah itu.
“Tuan Ghibran.”
Laju lelaki itu berpaling ke arah Kamilia. Atas bawah dia menilik penampilan gadis itu. Terpaku anak mata Kamilia. Tak sangka wajah lelaki itu kelihatan lebih kacak berbanding gambar yang pernah dilihat sebelum ini.
“Nak tengok saya berapa lama lagi ni?”
“Ha?”
“Mana tuan awak? Dia dah rugikan masa saya 10 minit di sini.”
Tertelan air liur Kamilia. Dari nada lelaki itu pun Kamilia sudah dapat mengagak dirinya dalam bahaya. Takkan lelaki ini tak tahu siapa calon isterinya.
“Mana dia? Panggil dia sekarang.” Sekali lagi Ghibran menyoal.
“Tuan Ghibran, tak baca ke mesej tadi tu betul- betul?”
Berkerut dahi Ghibran. Dia melihat sekali lagi mesej yang diterimanya tadi.
Maaf, saya ada di luar. Saya pakai baju warna biru, seluar hitam. Boleh tak Tuan Ghibran jumpa saya di luar?- uknown
Tegak terus tubuh Ghibran. Perlahan-lahan dia melihat penampilan gadis yang menegurnya tadi. Baju biru, seluar hitam...
Gulp...
“Kamilia...”
“Ya, saya calon bakal isteri Tuan Ghibran. Kamilia Rose.”
Hampir terlepas telefon dari tangannya. Tepat anak matanya merenung wajah Kamilia. Gila! Tak mungkin ini calon menantu yang dipilih oleh keluarganya.
🔥
Kalau single DPK rm40 sm/ rm45 ss
YOU ARE READING
Dia Pelindung Kamilia (Sold Out)
RomanceSejak dari kecil lagi, hidup Kamilia Rose tak seindah seperti kanak-kanak yang lain. Hanya dengan Encik Umar, Kamilia dapat menumpang kasih seorang ibu dan ayah. Disebabkan ingin melindungi Kamilia, Encik Umar bercadang menjodohkan Kamilia dengan an...