Teaser 4 😊

533 23 1
                                    

#dpk

“Sebenarnya tuan, saya tak nak kahwin.” Takut-takut Kamilia menjelaskan tujuan dia ke sini.

Tercengang Ghibran. “Kenapa?”

“Tak ada sebab.” Perlahan Kamilia menjawab. Jujur dia juga tiada sebab untuk menolak. Tetapi teringatkan amaran mak su, dia tak berani nak melawan.

“Saya pun tak bersedia. Tapi saya terima rancangan keluarga saya memandangkan ini kali pertama daddy dan mommy saya buat permintaan.”

“Tuan kena paksa kahwin ke?” Laju Kamilia menyoal dengan riak terkejut.

Terkedu Ghibran. Tiba-tiba dia disoal begitu. Lekas dia berdeham menghilangkan rasa malu.

“Kalau macam tu, tuan beritahu keluarga tuan, kita tak boleh kahwin. Kalau tuan kahwin dengan saya, mesti tak bahagia.”

“Mana awak tahu tak bahagia? Awak boleh nampak masa depan seseorang ke?” Geram juga Ghibran. Terasa tercabar pula melihat reaksi Kamilia yang mudah menolak dirinya mentah-mentah. Teruk sangat ke dia sampai gadis itu tidak mahu berkahwin dengannya?

“Hishhh… saya bukan Tuhan. Tak baik tuan cakap macam tu. Maksud saya, tuan tak rela nak kahwin dengan saya. Macam mana kita nak kahwin? Mesti tak bahagia.”

“Masalahnya sekarang awak yang tak nak kahwin dengan saya. Bukan saya.”

Tegak terus tubuh Kamilia. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Baru dia sedar tentang situasi mereka sekarang.

“Kenapa diam?”

“Err… saya… cuma fikirkan keadaan tuan.”

Ghibran tersenyum sinis. Nampak sangat gadis itu seperti mengelak.

“Beritahu saya alasan yang kukuh. Sebab apa awak tak nak terima rancangan keluarga kita?” Meja di hadapannya ditepuk geram.

Ternaik bahu Kamilia. Dia melihat ke sekelilingnya. Tebal juga muka Kamilia dibuatnya. Bukan dia tak perasan ada beberapa pasang mata sedang melihat ke arah meja mereka.

“Sebab…  errr… sebab…”

“Sebab apa?” Gertak Ghibran.

“Sebab saya tak suka tuan!” Dek terlalu terkejut, terus terkeluar ayat itu. Laju dia menekup mulut sendiri.

Wajah Ghibran terus berubah. Dia berdiri tegak sehingga terjatuh kerusi yang didudukinya tadi. Perkara yang berlaku sekarang mengingatkan dia terhadap kejadian beberapa tahun yang lepas. Sebab inilah dia tidak mahu membuka hatinya kepada sesiapa.

“Dah habis cakap?”

“Ha?” Terdongak kepala Kamilia ke atas.

“Perbincangan kita dah selesai. Lepas ni jangan tunjuk muka awak depan saya lagi. Saya sendiri akan beritahu keluarga saya, kita tak serasi.”

Ghibran terus beredar setelah meletakkan not 50 di atas meja. Terkebil-kebil mata Kamilia melihat wang itu. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu. Baju yang tersarung di tubuhnya milik Ghibran.

Laju dia mengejar lelaki itu untuk memulangkan kembali jaket tersebut. Tak sempat dia nak menjerit, kereta lelaki itu sudah berlalu pergi. Jatuh kedua bahu Kamilia. Jujur dia berasa bersalah kerana telah menghampakan harapan pak su.

😜

Alahai... Kesian Ghib. Belum sempat nk kenal, dh kena rej ect 😂

 Belum sempat nk kenal, dh kena rej ect 😂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pratempahan sehingga 31/12. Dijangka siap Jan 2022. Wasap 0129284568.

Dia Pelindung Kamilia (Sold Out)Where stories live. Discover now