SATU

3K 75 5
                                    


RUMAH HAJI MANSUR – waktu hampir ke tengahari.

- Lokasi di ruang dapur, rumah kampung separa batu separa kayu. Agak mewah, sesuai jawatan Haji Mansur, Penghulu Kampung.

Kasih Manira kali pertama memandang Tuah Ezhar yang kacak bergaya adalah pada malam kenduri doa selamat di rumah Tan Sri Haji Carim dan Puan Sri Hajah Catrina. Kali pertama itu, merupakan kali pertama jantungnya berdegup luar biasa untuk seorang lelaki. Namun, hanya mampu tersenyum dan berangan sendiri. Lelaki bernama Tuah Ezhar itu sudah pun diikat dengan sepupunya sendiri Rebecca Rysha, instafamous yang jelita.

"Termenung apa tu Kasih? Dah sama dengan ikan termenung dah rupa kamu tu." Hajah Mastura menegur cucunya yang sedari tadi tidak selesai menyiang ikan di sinki. Kasih Manira hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Teringat dekat Dato' Tuah Ezhar yang hensem tu." Sengaja Kasih Manira membalas begitu. Mengusik neneknya yang sibuk memasak.

"Ish budak nih, dah angau sangat ke tunang orang tu kenapanya?"

"Neneklah, lambat sangat nak kenalkan Kasih dengan dia. Ruginya, kalau tak, boleh dapat Datin express." Kasih Manira menyakat lagi neneknya, sengaja. Tahu benar, nenek sangat tidak suka Kasih Manira berkelakuan begitu. Tidak senonoh dan sopan kata nenek.

"Kamu ni Kasih... dah gatal nak berlaki ye? Tak apa, kejap lagi nenek cari laki untuk kamu. Nak? Pak cik Hassan tokey sawit tu duda rasanya." Hajah Mastura membalas. Kasih Manira ketawa besar. Tahu benar neneknya sudah hilang sabar.

"Ishh sanggup ke nenek tengok cucu kesayangan nenek ni jadi isteri Pak cik Hassan tu?" Balas Kasih Manira, sambil mengangkat bekas berisi ikan yang di siang ke meja dapur.

"Kalau dah gatal sangat, sanggup ajelah."

"Mintak jauh nek, gatal-gatal Kasih, masih boleh sabar untuk lelaki bujang." Hajah Mastura mula menguntum senyum.

"Haa tau pun. Doa, insyaAllah, nanti datang jodoh yang lebih baik. Jauh lebih baik dari Tuah tu."

"Aamin. Tapi dapat Tuah tu, memang bertuah."

"Budak ni!" Kasih Manira ketawa mengekek dapat mengenakan Hajah Mastura.

"Apa yang kecoh sangat ni, sampai ke depan dengarnya." Haji Mansur yang baru pulang dari Balai Raya menegur, duduk dilabuhkan ke kerusi meja dapur. Kasih Manira bingkas bangun dan mengambil cawan untuk datuknya.

"Kasih ni lah Bang Aji, gatal nak berlaki." Laju Hajah Mastura mengadu. Kasih Manira hanya ketawa kecil.

"Gurau ajelah nek."

"Umur dah sesuai ada laki pun. Dia yang menolak bila orang merisik." Haji Mansur membidas dalam lembut bahasanya. Kasih Manira tersenyum sahaja, sambil menuang minuman untuk Haji Mansur.

"Bukan menolak. Masa tak kena. Masa tengah study, masa baru posting. Belum jodoh Kasih." Balas Kasih Manira dengan sopan. Haji Mansur menyisip air dan mengangguk.

"Haa tahu pulak ye, dah tu mulut tu asyik menyebut Tuah Ezhar tu dah kenapa?" Hajah Mastura menempelak, berkerut dahi Haji Mansur mendengarnya.

"Taklah nek, ni haa di Instagram ni, viral Tuah Ezhar dan Rebecca Rysha nikah esok ni. Orang mana tahu diorang bertunang, kan antara family diorang aje kan?" Kasih Manira menjelaskan, tidak mahu ada salah faham.

"Betullah tu, tadi Tan Sri Carim ada call atuk, dia jemput ke majlis esok. Bolehlah kita pergi esok." Haji Mansur mencelah.

"Wah... bestnya, mesti grand majlis diorang esok."

saya suka awak, Dato'Where stories live. Discover now