DUA BELAS

1.3K 54 0
                                    


Kasih Manira yang sedang mengupas dan memotong buah-buahan, memerhatikan Rebecca Rysha yang sedang asyik menikmati anggur hitam di meja kopi, di sudut dapur. Entah kenapa, sejak sampai ke sini, gadis itu hanya diam membisu.

"Cik Rebecca, itu buahnya Datin Kasih. Nih, makan yang ini saja." Ujar Mak Siti yang sudah berkerut dahinya, menghulur piring berisi kuih muih. Iyalah, buah anggur itu Kasih Manira yang beli di pasar pagi tadi. Terpikat dengan saiz yang besar bola ping pong, rasanya pula, manis sekali!

"Alahhh, sedap kut anggur ni, kedekut!" Rebecca menolak pinggan berisi anggur itu menjauh darinya. Kasih Manira hanya tersenyum hujung bibir dan mula melangkah menghampiri Rebecca. Kerusi di tarik dan dia mula melabuh duduk. Pinggan berisi buah epal dan pear diletakkan di hadapan Rebecca Rysha, pinggan berisi anggur ditolak kembali ke arah Rebecca.

"Makanlah... banyak lagi dalam peti tu. Mak Siti risau saya mengidam, sedangkan tak ada isi lagi. Awak makanlah, kesian baby dalam perut tu." Kasih Manira memujuk Rebecca Rysha yang sudah mencuka wajah.

"Kesian baby ni buat apa? Kesiankan akulah, menanggung sakit mengandung dia." Ujar Rebecca seakan langsung tiada rasa kasih pada kandungannya. Sudah hampir waktu untuk melahirkan, takkan masih tak ada rasa belas buat bayi yang sudah bergerak dalam rahim? Kasih Manira berfikir sendiri.

"Rasa sakit, kafarah untuk dosa kita. Mana tahu, anak dalam tu, asbab Rebecca masuk syurga?" Lembut sahaja Kasih Manira menutur kata tetapi ayat itu menusuk jiwa.

"Kau nak kata aku akan masuk neraka eh?"

"Ya Allah, saya bukan tuhan nak tentu syurga neraka orang."

"Dah tu?"

"Taklah, semua benda yang kita buat dekat dunia ni, ladang saham untuk akhirat kita. Kalau baik, baiklah akhirnya. Kalau jahat, wallahualam. Jadi, kalau kita rasa, kenapalah Allah uji kita ni macam-macam, kita dah penat, dah letih dan tak mampu sangat nak tanggung semua ni. Kita kena tahu, yang Allah masih nampak kita, masih sayang kita, masih nak beri peluang syurga untuk kita. Sebab itu Allah uji kita dengan semua sakit yang kita rasa sekarang ni. Untung Rebecca, Allah uji kita macam ni, dari Allah uji kita dalam kesenangan dunia sampai kita sendiri lupa dan lalai. Tahu-tahu dah tak sempat nak bertaubat."

Rebecca Rysha terdiam. Menunduk memandang anggur yang berada di jarinya. Lambat-lambat anggur itu dimasukkan ke dalam mulut.

"Allah akan ampunkan aku atas sebab dosa-dosa aku?" Soalan itu meniti di bibirnya.

"Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Allah Maha Pengampun. Pengampunan Allah itu seluas langit, seluas lautan. Tadahlah tangan, minta ampun dekat Dia. tak akan rugi, tak akan sia-sia."

"Tapi anak ni? Orang akan cemuh dia. Anak haram." Setitik air jatuh di pipi Rebecca Rysha.

"Jangan pernah sebut perkataan tu. Di sisi Allah, anak tu anak syurga. Tak ada secalit dosa pun saat dia lahir ke dunia. Kita yang akan corakan dia dengan izin Allah. Kalau kita didik baik, insyaAllah baiklah dia." Kasih Manira mengelus perlahan tangan Rebecca, memberi kekuatan.

"Tapi aku takkan mampu didik dia jadi baik macam kau. Aku tahu aku tak akan mampu nak didik anak jadi lebih baik dari aku."

"Atuk dengan nenda kan ada, saya pun ada untuk tolong awak."

"Teruskan aje niat kau dengan atuk, untuk jaga anak ni nanti. Aku nak balik." Rebecca Rysha mengesat air matanya dengan belakang tangan. Menolak kerusi dan terus berlalu pergi. Kasih Manira hanya memerhati sehingga hilang dari pandangannya.

"Tak usah mengeluh Datin, udah begitu sikapnya. insyaAllah, kita doakan saja Cik Puan Rebecca terima anak tu nanti." Mak Siti bersuara selepas mendengar keluhan kecil Kasih Manira.

saya suka awak, Dato'Where stories live. Discover now