AKHIR

2.2K 80 8
                                    


akhirnya, tamat. komen dan star tau!


AKHIR

Kasih Manira mengesat wajahnya yang basah dengan air mata. Benarlah, bahagia itu nikmat luar biasa. Bukan semua dapat rasa. Di balik rumah besar ini, terpendam satu luka yang besar dan dalam. Dan luka yang tidak pernah kering itu seakan kembali berdarah dan pedih.

"Sanggupnya auntie demi duit yang tak boleh nak bawak ke mana. Apa atuk nak buat lepas ni?" Tuah Ezhar melabuh duduk di atas katil dekat dengan Kasih Manira.

"Ikut law. Apa sahaja hukuman yang dikenakan atas auntie Rania dan Jeremy, atuk akan follow. Demi keadilan buat papa dan Pak Ngah." Kasih Manira mengangguk laju, setuju dengan tindakan Tan Sri Haji Carim.

Demi harta Haji Carim yang ketika itu namanya melonjak naik kerana kejayaan mereka keluarga menaikkan bisnes mereka hingga ke luar negara, telah menarik hasad dengki manusia bernama Rania. Rania dan Jeremy adalah pasangan kekasih yang mahu kaya tanpa usaha. Mereka telah merancang untuk mendapatkan harta kekayaan Haji Carim dan keluarga dengan mudah, iaitu dengan membuat Rania berkahwin dengan anak lelaki Haji Carim yang merupakan pewaris harta kekayaan keluarga itu.

Cubaan pertama mereka untuk mendapatkan anak sulung Haji Carim, Tuah Azhar tidak berjaya kerana lelaki itu sudah pun mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Erika. Kegagalan itu tidak melemahkan mereka sebaliknya laju sahaja mereka berpaling kepada Tuah Aizar yang ketika itu baru sahaja menamatkan pengajian sarjananya.

Setelah beberapa tahun menjadi isteri kepada Tuah Aizar, Rania mula gusar untuk meneruskan rancangannya bersama-sama Jeremy. Perancangan besar yang telah mereka rancang. Namun, dek ugutan bunuh Rebecca Rysha membuatkan Rania tidak mampu untuk menolak. Rancangan diteruskan namun semuanya gagal biarpun Tuah Azhar dan Tuah Aizar telah terbunuh. Licik benar Jeremy, tindakannya langsung tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa dan orang-orang Haji Carim.

Perancangan mereka diteruskan lagi, kekayaan Haji Carim yang semakin mencurah-curah membuatkan Jeremy seakan tidak dapat menahan dirinya. Rania sudah tidak mahu teruskan. Dia takut rahsia yang disimpan akan bocor dan terbongkar. Dia takut dengan Haji Carim, dia takut juga dengan pihak berkuasa yang semakin hebat. Tidak mungkin mereka akan terlepas lagi.

"Enough Jeremy, aku dah bagi kau duit setiap bulan. Cukuplah setakat itu! kita tak akan berjaya untuk ambil semua harta kekayaan orang tua tu!" Rania menolak tubuh Jeremy yang masih tamakkan harta Haji Carim.

"Are you crazy?! I've been waiting years for this, and you what? Don't you dare Rania!" Pekik Jeremy.

"Habis tu, aku nak buat apa lagi?"

"Minta Haji Carim berikan hak Rebecca Rysha, tak kira saham syarikat atau tanah pusaka dia yang banyak tu!"

"But how?"

"I don't know, kau fikir, kau cari jalan!"

"Aku dah tak nak buat semua tu lagi. Aku rasa dah cukup apa yang aku dapat. Kau pun dapat apa yang aku dapat. Cukuplah!"

"NO!!!! kalau kau tak buat apa yang aku nak, nahas kau dan anak kau!"

Jeremy semakin menggila setelah Rania masih ingkar dan cuba melarikan diri darinya. Tanpa rasa bersalah, Rebecca Rysha telah dirogol. Jeremy menculik Rebecca dan merogol gadis itu yang pada mulanya tidak tahu menahu akan hal antara Rania dan Jeremy. Setelah dia mengandung akibat dirogol lelaki itu, Rania mula berterus terang. Namun, sesalan itu sudah tidak berguna.

saya suka awak, Dato'Where stories live. Discover now