Tuah Ezhar masih ketawa. Ketawa yang tak boleh nak dihentikan. Kasih Manira sudah mencuka. Memeluk tubuh dan memandang keluar tingkap kereta.
"Nak marah tapi kena sabar, rasa nak marah tapi kena sabar." Tuah Ezhar mengulang kata-kata yang viral di tiktok. Sengaja, sengaja membuatkan Kasih Manira terus sebal.
"Bencilah Dato'. Mengada sangat."
"Sabarlah sayang. Saya gurau aje."
"Benci jugak."
"Kesian saya, baru nak bercinta, tapi isteri dah benci." Tuah Ezhar bersuara seakan berjauh hati. Senyuman dimatikan. Kasih Manira menoleh ke arah Tuah Ezhar sekilas dan berdecit kecil.
"Saya benci yang apa yang awak buat sekarang ni, bukan benci awak tu. Janganlah nak mengada eh, saya yang kena merajuk sekarang ni." Tuah Ezhar kembali ketawa. Kasih Manira menjeling.
"Tengok tu, suka mainkan saya. Bencilah."
"Ala... sorry, sorry. Okay saya stop mainkan awak. Tapi awak ni kan sayang, comel tau tak bila merajuk macam tu. Sebab tu, saya rasa geram nak gelak aje."
"Haa sukalah, sukalah. Saya tak suka."
"Gurau sayang, gurau."
"Dah sampai ke sini pun, gurau sangatkan."
"Satu malam aje, esok kita balik eh. Awak cutikan?"
"Memanglah cuti, tapi dah datang sehelai sepinggang nih, pakai baju Cameron aje lah kita kat sini?"
"Don't worry about that, saya dah ready. Semua ada dalam boot." Kasih Manira memaling tubuhnya. Memandang Tuah Ezhar dengan pandangan yang tajam.
"Auchhh, tajamnya. Menikam."
"Ish! Main-mainlah awak ni." Laju tangannya mencubit lengan Tuah Ezhar.
"Pandanglah saya dengan penuh kasih sayang, ni pandang macam helang lapar."
"Kejap lagi saya pandang penuh kasih sayang awak tergoda kut. Haa, parah nanti." Kasih Manira laju membalas.
"Aishh tergoda tu sentiasa sayang, dengan awak setiap masa saya tergoda. Tak berani nak terkam aje, takut kena marah." Terus darah seakan menyerbu ke wajah Kasih Manira. Terasa panas dan memerah wajahnya. Padan muka Kasih! Haa sebutlah lagi.
"Mula dah lah tu, okay ubah topik. Sejak bila awak dah siap baju kita semua tu?"
"Sebelum awak sampai rumah lagi. Kan saya dah bagitahu, awak balik Ipoh saya akan cuti satu minggu."
"Kan saya kata tak payah nak cuti bagai?"
"Sekarang aje boleh cuti sayang, saya ada projek baru di Johor dan Singapore hujung bulan nanti. Saya akan busy, sangat-sangat busy that time. Saya dah tengok kalendar plus takwim KPM tau. Awak pun super busy with school. Ini aje masa kita nak berkenalan, from heart to heart."
"Kan boleh bagitahu macam ni, penat aje saya merajuk."
"Sebab tu jangan merajuk sangat. Give me some time, nak explain and cari cara nak explain dekat awak."
"Eleh, boleh aje cakap tadi masa saya sampai. Boleh aje nak discuss masa tu. Saya suka surprise tapi bukan terkejut tergempar macam ni tau."
"Okay sayang, sorry. My bad." Tangan Kasih Manira dicapai dan disulam jemari mereka bersama-sama. Kucupan kasih diberikan ke tangan Kasih Manira membuatkan Kasih Manira tersenyum.
"Sorry jugak, kuat sentap." Tuah Ezhar ketawa.
"Tau, eh?"
"Tau aje. Tapikan Dato' Tuah Ezhar..." Tuah Ezhar memandang Kasih Manira dengan kerutan kening yang hampir bercantum.
"Sepanjang saya follow awak di Ig, saya ingat awak ni, orang yang serious. Kerek. Ala-ala anak orang kaya yang poyo tu. But, bila dah kenal for almost 3 weeks ni, tak kereklah sangat. Poyo tu tak ada tapi betullah awak ni serious person. Not with me tapi dengan orang lain. Tengok awak marah Rebecca tadi, haihhh jauhkanlah saya dimarah awak sampai macam tu. Seram."
"Kasih Manira.... Aishhh mujur saya tengah drive sekarang ni. Kalau tak nahas awak. Gigit-gigit jugak pipi awak tu. Senang hati awak judge saya eh? Kerek? Poyo? Apa ingat anak orang kaya semua macam tu ke?" Kasih Manira hanya menjelir bibir dan ketawa. Tangan yang digenggam erat Tuah Ezhar dielus perlahan.
"Lah, betul apa. Cuba tengok dekat Ig, semua gambar diorang poyo aje. Awak pun samalah. Poyo aje gambar. Tapi tulah, ada tarikan tersendiri, sebab tu banyak follower. Orang-orang biasa, suka tengok kepoyoan yang pada pandangan kami-kami ni, nampak classy and kaya, semestinya."
"Mana ada, semua tu luaran aje. Rezki semua dari Allah. Dah mata awak pandang and hati awak judge macam tu, memang nampak macam tu. Kita ni semua manusia biasa, hamba. Kepoyoan eh? Cikgu punya word baru ke?" Kasih Manira ketawa.
"Okay sorry. Saya jujur aje."
"Yelah cikgu Kasih. Tak baik tau judge orang. Saya sejak kenal awak, tak ada pulak nak judge awak. Make up okay ke tak, tudung or fashion up to date ke tak. Tak ada tau. Saya suka awak, as awak Kasih Manira."
"Saya pun suka awak Dato' as awak. Kepoyoan awak tu, saya suka." Kasih Manira ketawa lagi.
"Awak main-main eh Kasih Manira? I am serious right now. I like you; I love you." Genggaman tangannya dieratkan. Kasih Manira menguntum senyum. Mengelus lembut tangan Tuah Ezhar sebelum menyandar kepalanya ke lengan Tuah Ezhar.
"I like you too. Love...?" Jeda yang membuatkan Tuah Ezhar menanti dalam debar. Bagai nak pecah jantung!
Cuppp... Kasih Manira mengucup laju pipi Tuah Ezhar sebelum kembali menyembam wajah ke lengan lelaki itu. Tuah Ezhar terkaku sesaat sebelum menguntum senyuman melebar. Cintanya berbalas. Biarpun masih dalam fasa pra perkenalan, namun mereka tidak nafikan kehadiran bibit cinta yang memekar dalam hati masing-masing.
Elusan lembut di pipi membuatkan Kasih Manira tersedar dari mimpi yang panjang. Entah bila dia tertidur menyandar di lengan Tuah Ezhar. Laju sahaja Kasih Manira menekup mulutnya yang terbuka luas dek rasa mengantuk yang masih tersisa. Pandangan terus menerpa ke sekeliling luar kereta. Senyuman terukir.
"Seronok tidur?"
"Empuk bantal saya, mau tak lena." Kasih Manira tersengih menampakkan barisan gigi.
"Kebas tau."
"Alololo, sorry, meh saya urut." Kasih Manira memicit lengan Tuah Ezhar yang menjadi bantal tidurnya sepanjang perjalanan. Tuah Ezhar tersenyum memandang keletah Kasih Manira yang sangat bersahaja dengan dirinya.
"Cantik tak?" Soal Tuah Ezhar setelah mengeluarkan bagasi dari kereta.
"Sangat. Esok pagi mesti sangat-sangat cantik kan?" Tuah Ezhar mengangguk kepala. Menarik bagasi mereka dan dalam masa yang sama menarik tangan Kasih Manira ke dalam genggamannya.
"Ciptaan Allah semuanya indah. Termasuklah Kasih Manira saya ni. Akhirnya, my morning view akan seindah mentari yang muncul setiap pagi." Kasih Manira memandang Tuah Ezhar yang kian melebar senyumannya. Kasih pula berkerut dahi dengan bibir menahan senyuman.
"Dulu-dulu, Dato' Tuah ada cita-cita nak jadi cikgu sastera ke?" Soalan yang membuat Tuah Ezhar tersembur gelak. Kasih Manira potong stim!
"Orang nak sweet dengan dia, dia buat lawak. Dah lah, lewat dah, kita check in dulu lepas tu kita keluar jalan-jalan ambil angin malam sekali dinner." Tuah Ezhar menarik tangan Kasih Manira untuk melangkah beriringan ke dalam hotel yang telah ditempah lebih awal. Kasih Manira tersenyum dan terus mengeratkan genggaman tangannya. Lengan Tuah Ezhar dipeluk dan terus melangkah bersama.
"Moga yang indah-indah sahaja untuk kita." Doa Kasih Manira dalam hati.
YOU ARE READING
saya suka awak, Dato'
RomanceJatuh suka, pada pandangan pertama. Jatuh cinta, selepas akad dan janji yang diikat bersama. Janji, mereka akan bersama untuk selama hayat yang ada. kisah cinta Dato' Tuah Ezhar yang luar biasa dan Kasih Manira yang serba sederhana, yang bermula ha...