Majlis doa selamat yang berlangsung di rumah Haji Mansur berjalan dengan baik. Rata-rata yang hadir semua mengatakan terkejut dengan jemputan tiba-tiba. Orang-orang kampung lagilah, tak sangka! Itu yang keluar dari mulut mereka.
Iyelah, selama berpuluh tahun Kasih Manira tinggal di kampung itu, sekali pun tidak pernah gadis itu membawa mana-mana lelaki ke rumah atau berkawan dengan mana-mana lelaki di dalam kampung. Yang orang tahu, Kasih Manira duduk di asrama dari sekolah, Kolej sampailah habis Ijazah.
Majlis semua okay, yang tak okay adalah Kasih Manira dan Tuah Ezhar. Sejak pulang mencari persalinan untuk majlis hari ini. Kasih Manira seakan memboikot Tuah Ezhar. Langsung tidak bercakap, malah seakan mengelak untuk lama-lama dengan lelaki itu.
"Marah lagi ke?" Tuah Ezhar menghampiri Kasih Manira yang sedang membungkus lauk pauk kenduri di dapur. Lengan baju disenteng kemas hampir ke siku, mahu membantu. Kasih Manira tidak bersuara, hanya tangan sahaja ligat membuat kerja.
"Kan dah cakap, nanti dah selesai semua saya akan terangkan. I will explain everything." Tuah Ezhar bersuara lagi. Tangannya mengambil plastik yang siap diisi lauk dari tangan Kasih Manira untuk diikat dengan getah.
"Baru dua hari, takkan dah nak bergaduh?" Tuah Ezhar bersuara lagi. Kasih Manira memandang sekilas sebelum melepas lelah kuat.
"Tak perlu kut. Saya faham kedudukan saya, siapa saya dekat awak. Tak lebih tak kurang, hanyalah 'superman' yang membantu selesaikan masalah keluarga awak. That's it." Kasih Manira terus mengangkat periuk yang telah kosong ke luar dapur. Tuah Ezhar diam dan mengeluh perlahan.
"Salah tu Kasih. Terlalu awal untuk saya jelaskan. Just give me a little more time?"
"Ambillah sebanyak masa yang ada. Saya tak kisah. Tak perlu nak pedulikan saya."
"Trust me, for once. Saya tahu kita memang banyak lagi tak kenal tentang each other. We do need time. Jadi, masalah macam ni akan ganggu hubungan yang baru kita nak bina. Tak bagus untuk kita. So, please." Tuah Ezhar memegang lengan Kasih Manira yang mahu melangkah pergi dari situ. Kasih Manira diam.
"Sebagai isteri pilihan saat akhir awak, saya terima semua keputusan yang awak buat. Saya tak rasa saya ada hak nak minta apa-apa. Cuma, saya harap janji tak tinggal janji." Kasih Manira menarik tangannya dari pegangan Tuah Ezhar. Beberapa langkah sebelum kembali berpaling.
"Saya nak mintak izin, saya nak tinggal dekat sini lagi seminggu sebelum saya balik rumah awak. Ada urusan yang saya perlu selesaikan. Terima kasih." Tuah Ezhar hanya mengeluh lagi dan lagi. Kesilapan pertama yang dilakukan tapi bukan sengaja, terpaksa.
"Eh, mana boleh macam tu Kasih. Bukan ke dah siap kemas semua, kenapa tak jadi ikut Tuah balik?" Hajah Mastura mula bising apabila pihak lelaki mahu beransur pulang dan Kasih Manira tidak mengikut sama.
"Kasih dah minta izin abang Tuah nak tinggal sini lagi seminggu." Ujar Kasih Manira, perlahan. Tahu sudah, Atuk dan nenek tak akan setuju.
"Ada apa lagi tu Kasih?" Soal Haji Mansur. Kasih Manira mencari alasan.
"Tak apa atuk, Kasih dah bagitau semalam lagi. Nanti saya datang ambil Kasih balik Ipoh." Tuah Ezhar mencelah, melihat gadis itu terkulat-kulat mencari jawapan.
"Saya drive sendiri nanti." Kasih Manira laju menambah. Haji Mansur dan Hajah Mastura menggeleng kepala. Tuah Ezhar hanya mengangguk perlahan memandang Kasih Manira yang langsung tidak memandang ke arahnya.
YOU ARE READING
saya suka awak, Dato'
RomanceJatuh suka, pada pandangan pertama. Jatuh cinta, selepas akad dan janji yang diikat bersama. Janji, mereka akan bersama untuk selama hayat yang ada. kisah cinta Dato' Tuah Ezhar yang luar biasa dan Kasih Manira yang serba sederhana, yang bermula ha...