"Kau kenapa? Dah la lama tak datang sini, tiba-tiba datang monyok." Soal Zul sambil menghulurkan segelas air. Tuah Ezhar mengeluh kuat.
"Atuk aku suruh aku terima sepupu aku, jadi isteri aku." Luah Tuah Ezhar kepada Zul dan beberapa kenalannya yang turut berada di situ.
"Alamak, habis gadis idaman kau tu? Kau tak jumpa dah ke?" Soal Hazman yang sedang sibuk menyiapkan order pelanggan.
"Lama tak datang rumah. Aku pun tak tahu nak cari mana." Balas Tuah Ezhar. Air yang diminum pun terasa tawar saat itu.
"Kau tak tanya nenda kau ke? Kan nenda kau kenal perempuan tu. Apalah takut sangat." Tempelak Zul.
"Bukan takut. Segan. Kang apa pula nenda aku cakap. Entah-entah bini orang ke?"
"Muda kan? Takkan bini orang. Kau pun. Dah tu, setuju ke nak kahwin dengan Rebecca tu? Bukan stok buat bini dia tu."
"Habis, apa alasan aku ada? Nak tak nak terpaksalah."
"Terus terang dekat atuk dengan nenda kau, kau baru nak mulakan bisnes kau kan. Baru habis belajar. Tak pun, terus terang kau tak boleh terima sepupu kau jadi isteri dan kau dah ada pilihan hati." Zul memberikan cadangan. Tuah Ezhar diam yang keluar dari bibirnya hanyalah keluhan.
"Bila last kau jumpa perempuan yang kau suka tu?"
"Lama dah, tak ingat bila but she's always in my dream, ahhh aku tak bolehlah, memang asyik terbayang muka dia aje."
"Parah sangat dah kawan kita ni Zul." Celah Hazman. Zul menggeleng kepala.
"Kau memang tak tegur dia ke?" Soal Zul sebaik melabuh duduk.
"Aku cuba, tapi dia selalu melekat dengan nenek dia aje. Dia bukan pandang aku pun."
"Dah kau pun tak usaha langsung. Dah tu kau kena terima Rebecca jadi isteri kau? Kau tahu kan dia macam mana?" Soal Zul lagi, Tuah Ezhar hanya mengangguk lemah.
"Apa yang aku boleh buat lagi?" Soalan yang tinggal soalan.
"Dah tu, kenapa awak tak tegur saya?" Soal Kasih Manira, burger di tangan digigit sedikit. Tuah Ezhar yang memandang Kasih Manira sedari tadi, tersenyum dan melepas tawa.
"Awak datang rumah atuk dengan nenda boleh kira dengan jari, lepas tu asyik berkepit dengan nenek, tak pun duduk dapur dengan Mak Siti. Mana saya berani nak tegur."
"Ooo, sebab tu awak buat dek masa saya cuba tegur awak dulu?"
"Masa awak hantar pulut kuning tu. Iye, masa tu saya tunang Rebecca. Saya ada sikit rasa marah dekat awak masa tu. Kalaulah, lebih awal awak tegur saya, mungkin saya tak akan jadi tunang Rebecca masa tu."
"Dia yang tak berani tegur kita, salahkan kita pula. Kalau pun awak tegur masa tu, tetap apa yang Allah dah takdirkan akan berlaku dekat kita. And mungkin, kita lambat berjodoh. Tak pun, mungkin kita akan bercinta tapi putus tengah jalan haaaa... kan?" Kasih Manira menutur kata-kata dengan mulut yang penuh dengan burger. Tuah Ezhar hanya tersenyum, jarinya laju membersihkan hujung bibir Kasih Manira yang comot dengan sos burger.
"I'm glad that you are my wife right now. Thank you, sayang." Kasih Manira yang selesai menikmati burger special, hanya tersenyum memandang Tuah Ezhar yang sejak dari tadi tidak melepas pandang dari wajahnya.
"Tapi kan, seingat saya. Saya hanya perasan Dato' Tuah Ezhar ni masa kenduri doa selamat. Atuk dengan nenda pergi umrah, 2 bulan sebelum majlis haritu kan? Sekali atuk bagitahu awak dengan Rebecca bertunang. Sebelum-sebelum tu, macam perasan tapi entahlah, tak ingat." Ujar Kasih Manira sambil memakai tali pinggang keledar. Tuah Ezhar hanya mencebik bibir.
"Orang tu tak suka saya, mana nak perasan. Perasan masa saya dah famous aje, gitulah."
"Mungkin." Kasih Manira ketawa besar, sengaja mengusik suaminya.
"Kalau saya tak famous, awak setuju ke nak ikut plan orang tua kita tu?" Soalan yang membuatkan Kasih Manira terdiam dan memandang lama Tuah Ezhar yang sedang memandu.
"Awak ingat saya ni pandang ke populariti awak tu? Tentu-tentu sama aje keputusan saya. Kebetulan awak orang besar. And kalau awak bukan orang yang famous, tentu-tentu saya dah post banyak-banyak gambar akad nikah kita."
"Kenapa sekarang tak boleh post?"
"Kan dah bagitahu, saya tak nak tersilap. Tak nak jadi tumpuan. Buatnya saya jadi gila nak post gambar kita, ada rasa lain pulak datang."
"Rasa apa?"
"Riak atau nak menunjuk-nunjuk. Yelah, dapat lelaki hot di Malaysia. Mana tahu Allah nak uji saya. Dari rasa jatuh cinta jadi kepada nak tayang kepada semua, saya dapat Dato' Tuah Ezhar, kau ada? Tak ada? Lemahh... Haa bahaya kan?"
"Perghhh, hebat isteri saya. Jauh betul awak fikir." Tuah Ezhar ketawa.
"Bukan hebat, bukan apa-apa. Semua yang jadi, semua yang kita lalui adalah proses belajar. Jadi, semua yang kita nak buat, nak cakap and zaman sekarang, apa yang kita nak post. Fikir 3 kali dulu. Banyak kesan di kemudiannya yang kita tak nak rasa menyesal tu datang." Kasih Manira berterus terang.
"Terima kasih sayang, ajar saya sesuatu hari ni."
"Thanks to you too husband, saya pun banyak belajar dari awak. Belajar untuk sabar dan tak mudah melatah."
"Oh, sebab tu macam tak terkejut dengan cerita viral Rebecca buat tu?" Kasih Manira berkerut dahi dan mencebik.
"Ish, terkejut jugak lah. Bukan tak rasa apa-apa langsung. Tapi walaupun awak baru satu bulan jadi suami saya. Saya dapat rasa dan yakin yang awak bukan lelaki macam tu. If not, atuk dan nenek tak akan bagi saya kahwin dengan awak tergesa-gesa haritu." Ujar Kasih Manira bersungguh-sungguh
"Alhamdulillah, terima kasih sebab yakin dan percaya dengan saya. insyaAllah, tak berani nak janji tapi saya akan cuba berusaha untuk pastikan hal macam tu tak berulang lagi."
"InsyaAllah. Moga tak diberikan ujian macam tu lagi. By the way, ada hikmah jugak ye perut saya lapar malam ni, dapat tahu rahsia awak tu. Kemain lagi dia, dalam diam-diam suka budak belasan tahun." Kasih Manira mengecilkan matanya. Tuah Ezhar ketawa.
"Alah, masa tu saya dah nak habis study pun. Umur dah molek cari pasangan. Tapi itulah, entah kenapa saya langsung tak berani nak tegur awak masa tu. Sedangkan, boleh aje saya tegur sebab rasanya awak dalam 16, 17 masa mula-mula datang rumah atuk dan nenda kan?"
"Lebih kurang. Tapi memang saya tak perasan tau awak, saya just tahu orang kaya tu ada 2 orang cucu, seorang lelaki dan seorang perempuan. Nenek tak suka saya ambil tahu hal orang. Kebetulan ikut nenek pun sebab atuk ada hal dekat kampung, jadi saya kena teman. Jodoh kitalah kut."
"Mungkin."
"And... sebelum terlambat. Sorry sebab merajuk sebelum PC tadi. Saya ingat awak tak kisah langsung penampilan saya macam mana. Thank you tau, pilihkan baju dan set kan orang make up untuk saya. Rasa macam pengantin malam ni." Tangan Tuah Ezhar dicapai dan dikucup perlahan. Tuah Ezhar membalas yang sama namun kucupan lebih lama.
"Sebab tu kena sabar, jangan buat andaian awal. Saya memang suka buat surprise. Awak sangat cantik malam ni, sentiasa cantik tapi malam ni extra cantik."
"Terima kasih sebab cantikkan saya." Kasih Manira menjatuhkan kepalanya pada bahu Tuah Ezhar yang masih memandu pulang. Moga malam yang panjang ini memberikan 1001 keindahan dan kebahagian buat mereka berdua, yang masih di fasa pertama perhubungan. Masih banyak fasa yang bakal ditempuhi dan semoga setiap fasa itu ditempuhi bersama-sama dengan penuh sabar.
YOU ARE READING
saya suka awak, Dato'
RomantizmJatuh suka, pada pandangan pertama. Jatuh cinta, selepas akad dan janji yang diikat bersama. Janji, mereka akan bersama untuk selama hayat yang ada. kisah cinta Dato' Tuah Ezhar yang luar biasa dan Kasih Manira yang serba sederhana, yang bermula ha...