Kasih Manira mengelap peluh yang merinik di dahinya. Jam di tangan menunjukkan tepat jam 3 petang. Jadi kerja pula perlu menapak ke rumah agam Tan Sri Carim, gara-gara nombor keretanya tidak didaftarkan lagi di pondok pengawal. Terpaksa letakkan kereta di luar pagar dan menapak dengan bagasi.
Beberapa langkah menghampiri rumah Tan Sri Carim dan Puan Sri Catrina, terdengar suara-suara yang saling bertelagah. Sekejap perlahan sekejap kuat. Kasih Manira mengangkat beg bagasinya melepasi penghadang jalan dan menghampiri ruang depan rumah agam yang tersergam indah itu. Dari kejauhan, Kasih Manira melihat Tuah Ezhar yang sudah memerah muka sambil bercekak pinggang. Di depannya, ada seorang wanita yang sangat cantik dengan rambut yang berwarna silver. Hanya yang 'confident' boleh warna rambut dengan warna tu, getus hati Kasih Manira.
Marah benar Tuah Ezhar, suaranya semakin tinggi. Puan Sri Catrina menggosok perlahan belakang Tuah Ezhar, mungkin menyabarkan lelaki itu. Kasih Manira mematikan langkahnya. Hanya membuka mata dan telinga melihat apa yang berlaku di depannya. Namun, dia langsung tidak memahami setiap butir bicara mereka ketika itu.
"Sudahlah, masuk rumah dulu. Apa yang jadi dah pun jadi." Tan Sri Carim cuba meredakan.
"Lepas ni apa nak jadi, aku memang tak akan masuk campur. Hidup kau kan? So, live your life." Jerkah Tuah Ezhar sebelum laju melangkah masuk ke rumah.
"Fine! Aku pun tak hadaplah bantuan kau. Dah lah nenda, Rebecca balik rumah mama je!" Wanita itu menarik beg yang dibawa bersama dan melangkah keluar, mendekati Kasih Manira yang tegak berdiri di ruang depan itu. Rebecca Rysha, menjeling Kasih Manira tajam sebelum terus melangkah ke arah keretanya dan terus meloloskan dirinya.
"Allahu, Kasih Manira?" Suara Puan Sri Catrina mematikan pandangan Kasih Manira yang asyik memandang ke arah Rebecca Rysha sebentar tadi. Kasih Manira memandang ke arah Puan Sri Catrina dan Tan Sri Carim yang masih berdiri di situ. Kasih Manira menguntum senyuman lebar.
"Assalamualaikum, Atuk, Nenda." Kasih Manira mendekati dan terus menyalami kedua-dua pasangan itu.
"Bila sampai? Tak nampak pun kereta." Soal Puan Sri Catrina.
"Baru aje, tapi tersekat dekat pondok pengawal depan sana. Diorang tak bagi masuk. Kasih call abang Tuah tapi tak berangkat."
"Alahai, Tuah tak dengarlah tu. Kesiannya kena jalan dengan beg semua ni. Kenapa tak tinggal aje beg dalam kereta?" Tan Sri Carim mencelah.
"Tulah, mula nak tinggal juga tapi risau kalau-kalau abang Tuah kerja, nanti penat pulak nak menapak balik ke sana."
"Dah-dah. Jom masuk dulu, panas ni." Puan Sri Catrina memimpin tangan Kasih Manira sementara Tan Sri Carim laju masuk ke rumah memanggil Tuah Ezhar.
"Tuah Ezhar..."
"Apa lagi atuk?"
"Aik, marah lagi? Haa ni ha, penyejuk hati dah sampai." Tuah memandang terus ke muka pintu. Wajah yang mencuka serta merta tersenyum lebar. Lebar selebar lebarnya!
"Kasih!" Laju Tuah Ezhar meluru ke arah Kasih Manira yang tersenyum di muka pintu rumah agam itu. Puan Sri Catrina tersengih melihat tingkah Tuah Ezhar yang bertukar 360' sebaik sahaja melihat Kasih Manira.
"Bila awak sampai?"
"Dah agak lama, sempat tengok drama pukul 7 dekat luar tadi tu." Balas Kasih Manira membuatkan Tuah Ezhar tersengih dan menggaru kepala.
YOU ARE READING
saya suka awak, Dato'
RomanceJatuh suka, pada pandangan pertama. Jatuh cinta, selepas akad dan janji yang diikat bersama. Janji, mereka akan bersama untuk selama hayat yang ada. kisah cinta Dato' Tuah Ezhar yang luar biasa dan Kasih Manira yang serba sederhana, yang bermula ha...