p.s: sorry sebab lambat nak sambung. insyaAllah lima belas adalah the end. so sekarang kita masuk fasa konflik, klimaks and the end. enjoy!
++++++++
Kasih Manira mengeluh kuat, rimas! Entah ayat apa hendak digunakan lagi untuk dia fahamkan Rebecca Rysha di depannya ini.
"I tak kira, I nak Ezhar jadi suami I!"
"Lah, saya dah ulang 1000 kali. Siapa saya nak paksa suami saya terima awak dah kalau dia tak nak?"
"Jadi awak sanggup bermadu?"
"Tidaklah sanggup, ingat senang ke hidup bermadu?"
"Kalau kau suruh dia setuju kahwin dengan aku mesti dia setuju."
"Dah kenapa saya nak kena suruh dia kahwin dengan awak pulak?"
"Kau ni nampak alim tapi tak ada belas kasihan eh? Ni anak ni, takkan tak ada bapaknya nanti?"
"Lah... kenapa saya dengan suami saya kena tanggung salah silap awak pulak? Awak pandai buat anak, pandailah fikirkan masa depan dia."
"Ishhhh! Kau ni memang tak guna! Aku akan bunuh anak ni, semua sebab kau!" Tempik Rebecca Rysha yang berang Kasih Manira seakan tidak beriak seperti yang dia fikirkan.
"Allahuakhbar. Dah kenapa anak tu pulak awak nak bunuh? Awak yang salah, awak yang buat dosa, orang lain pulak kena tanggung. Awak ni dah kenapa?" Balas Kasih Manira, lebih tegas. Wajahnya tidak lagi cuba membendung kesabaran, terpampang jelas kemarahan Cikgu Kasih Manira!
"Aku tak salah! Anak ni yang salah! Aku tak nak!!!!" Rebecca Rysha menjerit lagi. Mak Siti yang sedari tadi memerhati pertelingkahan kedua-dua itu hanya menggeleng dengan wajah yang berkerut, tidak menyenangi semua yang dikatakan oleh Rebecca Rysha. Mak Siti tetap setia di situ, niatnya untuk menemani Kasih Manira, risau di apa-apakan oleh Rebecca.
"Boleh tak ambik masa 1 minit pun cukuplah. Fikir dengan akal yang Allah bagi dekat kau tu, fikir kenapa Allah bagi kau anak tu walaupun kau tak nak. Jangan ingat aku tak tahu apa kau cuba buat ye, dah berapa banyak ubat kau ambik, kau cuba nak buang tapi tengok anak kau membesar dengan sihat, tunggu hari aje kan? Boleh fikir tak sekejap?" Kasih Manira sudah hilang rasa hormat, menukar kata ganti nama kepada Rebecca kerana terlalu marah kepada wanita itu yang seakan hilang imannya.
Rebecca Rysha terdiam namun rengusannya lebih kasar. Habis pinggan yang berada di atas meja di dapur itu ditepis ke bawah hingga pecah. Jeritannya usah dikatalah, bergema satu rumah besar itu. Kasih Manira berdecit dan menggeleng.
"Apa yang jadi ni Rebecca? Apa yang menjerit-jerit dekat dapur ni?" Entah bila Tan Sri Haji Carim berada di situ. Rebecca yang menggila sebentar tadi, diam menekur lantai.
Kasih Manira tahu, Rebecca tetap mengandungkan bayi itu hanya kerana amaran Tan Sri Haji Carim. Jika apa-apa berlaku kepada anak yang dikandungkan Rebecca, Rebecca dan ibunya Rania akan dibuang dari keluarga mereka. Amaran yang lebih kepada ugutan itu Kasih juga faham, hanya untuk tidak membiarkan Rebecca membunuh anak yang tidak berdosa itu.
"I hate this baby." Suara Rebecca Rysha dalam esak dan amarah yang ditahan-tahan.
"Okay, lepas dah deliver nanti, atuk dengan nenda akan ambil baby tu. Kamu dengan mak kamu boleh pergi dari sini. Just go where ever both of you want." Balas Tan Sri Haji Carim, mendatar seolah-olah tiada langsung rasa kasihan atau belas.
YOU ARE READING
saya suka awak, Dato'
RomanceJatuh suka, pada pandangan pertama. Jatuh cinta, selepas akad dan janji yang diikat bersama. Janji, mereka akan bersama untuk selama hayat yang ada. kisah cinta Dato' Tuah Ezhar yang luar biasa dan Kasih Manira yang serba sederhana, yang bermula ha...